Perempuan Separa Hidup
Blog seorang budak biasa yang gemar bercerita tanpa suara. Baca dengan hati bukan dengan emosi. Doakan aku kuat ya.
Friday, October 26, 2018
Fête du cinéma d'animation
Wednesday, October 3, 2018
Percutian ke Cameron Highlands
Wednesday, September 26, 2018
Enfin, je suis prof !
Enfin, je suis professeur de français. Mon rêve depuis longtemps. Maintenant, j'enseigne la langue française à Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. C'est une école trés celebre et reputée en Malaisie. C'est une grande honneur pour moi de travailler la bas.
J'ai commencé mon job au moins de mai apres avoir fini mon parcours academiques en Malaisie et aussi en France.
J'espere que je peux survivre la bas !
A tres bientot 😉
Wednesday, July 5, 2017
Menunggu
Alhamdulillah fasa belajar sudah tamat
Kini Mim sepenuh masa di rumah
Bersama keluarga ummi dan abah
Berkhidmat sepenuhnya sementara masih ada masa
Semoga panggilan untuk temuduga tiba pada waktu yang tepat
Semoga semua urusan dipermudahkan Allah
Thursday, April 21, 2016
Coretan sang rembulan
Kadang-kadang, walaupun telah berusaha sehabis baik untuk berlaku adil pada orang lain, pada yang tersayang dan pada diri sendiri, ada sahaja ruang cacat yang kelihatan oleh mata-mata lain. Dan dengan ruang yang sedikit itulah, dijadikan hujah kelemahan dan kekurangan sehingga segala pengorbanan yang lebih besar hampir tidak kelihatan.
Wahai mata-mata yang berfikir, lihatlah dengan hati yang bersih dan berkatalah juga dari hati yang bersih. Bukan semua kesilapan perlu dicerah-cerahkan, malah boleh disampaikan dengan tutur biasa asal sampai maksudnya. Merendah lah ketika berbicara, seperti mana banyaknya dosamu pada manusia yang tidak diketahui. Berani memberi dan berkata, haruslah juga berani menerima, dan bersedia untuk merendahkan hati melebur ego, mematri kembali hati yang dipatahkan. Jika masih berfikir untuk diri sendiri, masih tenang di saat mengabaikan yang lain, walaupun sekejap, masih tenang di saat menyakiti yang lain, walaupun dalam perkara kecil, menandakan ada sesuatu dalam hatimu.
Kebenaran bukan diukur dengan lembut dan tajamnya cara bertutur, tetapi kebenaran apabila ia diterima oleh hati-hati yang bersih dengan rasa lapang atas jalan dan nama agama. Setiap hati ada fatwanya dan perbincangan adalah tempat pertemuannya. Sampaikan lah ia seolah-olah kita boleh jadi di pihak yang salah, itu lebih baik untuk mengelakkan rasa tinggi. Dan sebaliknya, diam serta membiarkan sesuatu yang kurang benar itu satu pendustaan. Ingatlah, Islam itu manusiawi, tidak bertentangan dengan naluri dan kemampuan insan. Dan bukan semua perkara dapat difikirkan dengan kapasiti sendiri.
Friday, April 15, 2016
Café des Felins Besançon, France
Saturday, March 12, 2016
Stage d'observation
.
Segala perilaku Maya sangat tertib dan sopan. Semalam we ols mewarna dan makan pizza. Sewaktu pizza diagihkan, Maya ambil sepotong lalu ditenungnya. Riak muka berubah sikit bila nampak ada daging di dalam pizza Mungkin Maya sudah dididik ibunya supaya lebih berhati hati dalam pemakanan. Halal haram perlu dijaga. Selepas beberapa minit, cikgu annonce semua boleh makan. Bahan bahan yang digunakan halal. Yeay lega di hati. Kami pun makan reramai. Aku pun makan sekali wahahha.
.
.
.
Doakan adik Maya diberi peluang pulang semula ke Syria, semoga Syria kembali aman. Semoga islam tertegak di muka bumi. Maya a dit qu'elle aime la France mais elle veut bien rentrer en Syria. Inchaa Allah Maya. Un beau jour tu seras là.
.
.
Wednesday, February 24, 2016
Pejuang Agama Allah
"Selagi mana tarbiyyah yang sebenar tidak dihayati dalam diri seorang pejuang, maka kemenangan yang tertangguh lebih baik daripada kemenangan yang tergesa-gesa"
Boleh jadi Allah tangguhkan kemenangan Islam di muka bumi ini kerana kita masih belum bersedia. Kerana sifat kita yang sering lupa tujuan hidup di muka bumi ini. Allahu.. Cukupkah ilmu kita?
Cukupkah usaha kita?
Cukupkah amalan kita?
Cukupkan cakna kita?
Usah terlalu salahkan orang lain. Usah terlalu salahkan kepimpinan Malaysia semata. Kita juga, harus perbaiki diri. Kerana kita lah yang menjadi 'base' negara. Tidak kuat sesebuah piramid andai 'base' nya rapuh. Tidak kemana juga jika hanya pemimpin yang kuat berwibawa andai rakyatnya huru hara.
Segalanya bermula dari bawah. Jom lah kita tamak pahala.
Ingatan untuk diri yang sering lupa. Kerana asal perkataan manusia itu daripada perkataan Nasia, yang bermaksud pelupaa ✌
Photo :
#venice
#inmemory
January 2013
Thursday, March 19, 2015
Semangat Alfateh
Kemana hilangnya semangat itu
Semakin luput ditelan masa lalu
Kamu kata kamu lah Alfateh era ini
Tapi adakah itu yang usaha untuk miliki ?