Showing posts with label Dunia Guru Mim. Show all posts
Showing posts with label Dunia Guru Mim. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Serius

Serius, itu bukan gurauan.


Terimakasih atas gelak tawa anda semua. Papai.

Wednesday, November 23, 2011

First Air Tangan

My first video. 
While godek godek my lappy , then terjumpa Windows Movie Maker. 


Okayy fine. Tak menarik sangattt kan ?
I'm super junior ! So, kira okayy la ni kan ?
*angkat bakul masuk sendiri laa*

Nota kaki :
Artis artis dalam video tu semua adalah rakan seperjuanganku. Thanks ! Bonne chance .


Sunday, November 20, 2011

End !

Alhamdulillah. 18 November 2011. Akhirnyaa cukup lah satu semester mim bergelar guru pelatih di Institut Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG KBA. Sedar tak sedar , dah abes satu sem, dah khatam bundle of notes , dah abes kan elauun yang beratus ratus , dah tamat round satu kuala lumpoq , dah kenal budi hati class mate , dan banyak lagi lah. Segala macam pahit tuit tuit manis memori ter gam erat di hati. Hurmm. Imbas sikit . Zuuuup  =.=

Study Bersama ;)

Kelakar kan ? Bila dikenang , first day masuk kelas. Semua senyap, macam dalam exam hall ! Malu .aww ! Waktu lecturer masuk , lagi senyap ! sometimes, rasa macam dalam mahkamah ! erkk. lebih lebih lagi tyme kelas Miss Gaid, si lecturer ayu dari France, semua masing masing terlongo ! heyy, include me lahh. ! hanya mampu sengih and sengih. Gaid, sebenarnya kami tak paham French ! at that time lah. kekadang kasihan tengok lecturer cakap sengsorang no respons ! tapi, sekarang, alhamdulillah. boleh lah nak bertutur french , even masih merangkak ringkuk. Thanks lecturers ! Juga kawan-2 , thanks, bantu mim ! especially, to the best student of our class. thx ;)
Saling meng-back up !
wahai jejaka-2 skalian, sila jangan lewat lagi ;D
Uishh. Entah lah, mim pun tak taw nak komen apa. Bagus ke tidak ? Elok ke rude ? Judge sendiri lahh. ( o.O ) Macam tak. Ampun, lecturer maafkan kami ! takmau tipuu dah. Nak dijadikan cerita , adalah one of my classmate , selalu lewat datang kelas . bukan lewat sangat pun. 5minit camtu je kot ! once, lecturer tanya, mana si A, kami ramai ramai cakap on the way !!! padahal, . . . . teeet. bila lecturer tanya lagi, selalu ke si A lewat, kami pun sahuuut, taaak, kadang-2 je. Mbhaaha. Hakikatnya. . . okayy, insaff ! next sem tak ulang dah. hihi ;)

Tangisan
Aim your target mim ! success !
Semester berakhir. Beberapa exam dah mim duduki. And, biasa lah, bila dapat result low ke, tak menepati sasaran ke, puuuurrrr, mencurah curah air mata jatuuh. Hehe. Tak malu. Lepas tu, mula lah nak emo semacam je. baru lah nak mula struggle, tapi, seminggu je. lepas tu, azam berkecai balik. okayy, next sem, nak serius ! tak mau main main dah. hurmm, kalaulah boleh cik mim jadi macam tuu ? heyy, why not ? insyaAllah.

sweetsourmemoryowezinmyheartmaman!


Saturday, July 23, 2011

Enchantee ! !

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuhh dan salam satu malaysia. cewaahh. tetiba lak timbul satu semangat patriotik yang membuak buak. hahah. what a good improvement . huh. *muke tersenyum bangge kot. hehe. attention ! ! harap maaf kalau entri ini menggangu emosi anda. hahah. maaf jugak if this entri is terlalu open ! woow ! sekadar nak coretkan sedikit sedikit profile chekgu chikgi waima my classmates untuk 6 tahun. fuhh.
haa. first of all, aku perkenalkan leader cohort aku dulu ehh. panggil adri je cukup. coz name asal die pnjang. hurmm. amat peramah. asal pineng. hoho. lakse pineng ! slurpp. suke makan nasik lemak. nak minta jadik cikgu sejarah pun boleh kot, sbb die taw banyak fakta. huh. jeles. c'est tout ! :)

err. nie, student dari smap nie. so, kalau diskuss or debat pasal agama ke cari die lahh ye. bagus ! siap dengan hujah skali. hurmm. ape lagi yep ? anak bongsu lam keluarga. de tahap keyakinan yang maximum. dan fanatik ngan warna hijau. haha. lupe namenye sikin ;)
haa. ni kan ? name diberi nadia adiba. tapi, aku panggil die kak deeba. sebabnye ? antum pikirlah sendiri yep. kuikui. ceria dan amat lah ceria. dan paling penting kak deeba nihh boleh jadik pendengar yang setia. pendek kata, law stress ka, just skype je ngan akak ni . kan kak ? hihi .;)

hurmm. . hape yep ? name diberi faisal. . haa. orang teganung nie. so, kalau tetibe rase nak kecek ganung ke, mamat ni pun boleh lah ciket ciket kot. heheh. lagi lagi, haa, lam kelas, die nih slalu je congek congek kerusi. pendek kate, tak boleh duk diam, tak pun, nak senang cerita, hyperactive lahh. haha. ops.lupe, senior ni, hormat :)
amalina. . sweet la jugak die nihh. sumpah ta tipuu ! hihi. ikhlas ni taw. hurmm. baik hati baik dan baik lahh.  hehe. nie penting, die nie cepat bebenor touching nye. eh eh, lupe nak inform, touching law tengok filem sedih sedih je lahh. takdenye tetibe je nak SENTAP. maintain cool je anak perak nie. huhu. ;)
ni ronny. hurmm. kalau dalam class, dia lah yang paling tua. oops ! hurm, diimport dari sabahan ni. naek belon. hahah. paling gentlemen kot lam kelas kami. huishh, then, rajin ! semangat nak belajar fuhhh. perghh setinggi gunung kinabalu gituu. hehe. maaf kalau terover ! kihkih. ;p
last, ni name diberi aminah. budak paling senyap lam kelas. hahah. ye kot. then,  et puis,  d'abbord,  parce que, nourritures. huh. ape pae je lahh. is wearing baju pengakap. huh. first and last , katanya. amin~
hurmm, ade dua orang lagi pelajar baru dalam kelas mim. namenye masitah dan akmal. bienvenue a ipba ye. senyum senyum selalu. kalau ada sumur di ladang, maafkan aku kalau tersalah dan selamat malam. tchaoo~ !

Wednesday, May 25, 2011

Pengorbanan Cikgu Melati

adalah ditegaskan ini adalah rekaan semata mata. jangan cuba kaitkan dengan mana mana pihak. anda boleh didakwa di bawah akta 33 kerajaan labah labah. sekkian, harrap dimaklum.

Kisah Melati. Melati nie cantik sangat, macam bidadari kayangan. Lemah lembut pekerti, hormat orang tua, dan yang paling penting si Melati ni amat amat lahh penyayang terhadap haiwan. Sejak kecik kecik lagi, dia dah tanam cita cita menggunung lam pasu bunga rumah dia, "aku nak jadi doktor haiwan. aku nak. aku nak. aku nak jugak".

Pulang dari sekolah, pantang nampak kucing kat tepi jalan, si Melati ni pasti kendong bawa balik. Hampir tiap hari, Melati pasti kendong kucing bawa balik rumah. Sampai satu tahap, kucing kucing di rumahnya dah 20ekor. Wooow. Si Melati ni memang pencinta kucing. Lagi satu, pantang bagi Melati bila lihat kucing kucing peliharaannya terluka, terseliuh mahupun demam tak panas , dia lantas beraksi ala ala pakar veterinar yang bertungkus lumus nak selamatkan nyawa kucing itu.

Pengembaraan harapan bermula.
Si kecil molek Melati lantas mencapai minyak gamat yang diumpamakan antiseptik di hospital terkemuka. Garpu dijadikan forceps yang menggenggam kapas, karpet buruk dibentang ala ala bed kat ward. Ishh. Mulutnya terkumat kamit mengarahkan pembantu bedah nya (yakni kakaknya sendiri) ambil kan itu, ambilkan ini. Melati usaha, usaha dan terus usaha untuk selamatkan kucing kucong nya itu.

Betapa kasihnya Melati terhadap haiwan. Betapa tinggi keinginan seorang anak kecil yang kepingin mahu jadi doktor haiwan. Sungguh suci niatnya. Namun, segalanya telah berubah. Biarpun si Melati telah ditawarkan menyambung pelajaran ke bidang veterinar, namun atas nasihat keluarga, tawaran itu terpaksa DITOLAK. Kini, si Melati sedang merawat hatinya.

''mungkin ini yang terbaek untukku. akan ku teruskan merawat haiwan haiwan yang perlukan bantuan ku, biar dengan apa cara sekalipun. aku pasrah. insyaAllah, jika ada kelapangan, akan ku terokai dunia veterinar. InsyaAllah''


Desis si Melati. Kini, Melati bakal menjadi seorang guru. Pengorbanan seorang doktor kecil.
Kepada sesiapa yang terbace entri ini, doakan Melati menjadi guru yang berjaya ya.


NAMA:MELATI BINTI SUKRI
KURSUS DITAWAR:L520F0000P
PROGRAM:PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
NAMA KURSUS:BAHASA PERANCIS (SEKOLAH MENENGAH)
INSTITUSI:INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI
59200Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan



Sekian kisah hidup yang diceritakan sendiri oleh Melati Binti Sukri.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru ;)

Terima kasih , cikgu !
Terima kasih , cikgu !
Terima kasih , cikgu !

Laungan keramat ku di pagi hari bersempena sambutan hari guru seMalaysia. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru guru yang pernah mendidik serta membimbing saya dalam usaha mahu menjelmakan insan berjaya. Ketabahan cikgu cikgu semua amat saya kagumi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. tanpa cikgu, siapalah saya.

Guru umpama lilin yang sanggup mengorbankan dirinya untuk semua.
Terima kasih cikgu. Saya sayang cikgu :)
----->> cikgu di SM Sains Sultan Mahmud
----->>cikgu di SK Fikri Pantai
----->>cikgu di SK Jelapang
----->>cikgu di Tadika KEMAS Jelapang

hadiah paling bermakna buat cikgu :)

kejayaan hasil titik peluh seorang insan dipanggil 'cikgu'

Terima kasih cikgu.

''Ya Allah, berikanlah kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru ku. Rahmati mereka yang mengajarkanku ilmu ilmu al Quran, ilmu ilmu sains mahupun ilmu kira kira. Semoga jasa jasa mereka di balas dengan sebaik baik ganjaran. Amin''