Tuesday, July 10, 2012

Kem Ibadah



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .

Alhamdulillah, masih punya mata untuk melihat, biarpun dengan bantuan mata tambahan, masih punya hidung untuk menhirup oxigen, masih punya hero yang jadi pelindung, masih punya kawan yang sentiasa di sisi.

Err, umpama bidan terjun, nama Mim tersenarai dalam list fasilitator Kem Pemantapan Ibadah di SK Serdang, Selangor. Persiapan demi persiapan dibuat oleh Mim dan fasi fasi yang lain. Fahamkan lagi maksud bacaan solat, acane niat tayammum dan segala lah. Gumbira gementar gabung jadi satu. 

Kuatkan hati, thanks Abah bagi sokongan padu. Iya lah , nak jadi fasi agama untuk 130 orang pelajar, sekali silap ajar ilmu, hadess. tapi, Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dengan izinNya. Kami packing barang barang ala kadar nak bermalam di sana nanti, jalan kaki 5 minit, naik LRT, then, amik komuter, naik teksi lagi, teeeet, sekali silap sekolah, pusing pusing dalam UPM, sampai.

Bermula lah permulaan hidup ku ..  . . .

Voila, SK Serdang. Kecil, tapi teramat kondusif
Guru bersatu, anak didik pun begitu ;)
Adik adik tekun dengar nasihat yang lebih tua
One of the checkpoint waktu explorace. Mim jaga kat sinilah, peace !
Tayyamum. Explorace berbaju kurung berbaju melayu. Sabaw ye adik adik. :)
Comel nye Adik akak ni. Hurmm, macam pakai bedak sejuk dah ni.
''Sahaja aku bertayammum utk mengharuskan solat fardhu kerana Allah Ta'ala''

Next checkpoint. Di tengah tengah padang.
Buat rukun rukun solat sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya.
''Haiyya alla sollaaaaaaaah......''
Serius respect kat adik adik SK Serdang, semangat tu ada. bacaan terjaga.
Teruskan ye dik, jadi permata mak ayah ;')
Jom aerobik jom ! kiri kanan atas bawah, ewaaahh.
Walaupun tak berapa nak cukup tidur, masalah air lagi, alhamdulillah,
adik adik masih semangat nak teruskan aktiviti.
Reka Cipta Baju Muslimah. Sopan je,
Kreatif dan inovatif dan tak habis pitis. Syarat yang simple,
tutup aurat, boleh bawak pegi solat. Courage dik ! ;)
Tidur jam satu, jam dua dah bangun.
Alhamdulillah, diberi kesempatan olehnya nak qiam sama.
Bukan adik je ngantuk, akak pun sama, takpe dik, janji ikhlas kerana Allah .

The Fasilitator,
Allah, permudahkanlah perjalanan kami :')
Aucakkk !
Aeroboking di pagi hari.
Beberapa jam sebelum perpisahan
Ukhwah fillaah Abadan abada
Sayang korang. :3
Sekian wassalan. Terima kasih cikgu cikgu SK Serdang yang sudi jemput kami. pengalaman yang amat bermakna, di samping perbaiki diri menuju Ilahi, mampu pupuk semangat kepimpinan dalam diri.
Bersurai lah dengan hati yang tenang. 

Sunday, July 1, 2012

Simpul



Kesimpulannya
Jangan mudah percaya
jangan mudah diperdaya
kata kata manis bukan penentu




Thursday, June 28, 2012

The Chef of The Day

Assalamualaikum,

Permulaan semester yang baik, menurut firasat mim. beuuurk ! mengapakah ? Mungkin umur dah matang, mungkin semangat nak belajar dah tak turun turun sebabnya dah boleh terima hakikat tinggal jauh dengan abah, umi dan along. dan sebagai nya lah kan, 

back to the topic, semalam French Club kampus mim jemput seorang lecturer from Taylors College, Monsieur Joaquim, native speaker from France untuk luangkan sepetang yang awesome bersama kami, pheww ! kitorang ni memang, dengar aje berita mat salleh nak datang melawat, terus senyum sampai ke hidung, heh. attention, kecuali saya, thee.

Aktiviti kami dimulakan dengan sedikit explaination pasal French Gastronomie, menarik lahh, dapat tambah ilmu pasal makanan² menarik kat France, mana tahu ada rezeki boleh fly, boleh lah merasa buoillabaise, couscous royale, foie grass, fromage dan etc. Merci beaucoup monsieur Monsieur Joaquim ni. mim memang respect lah kat dia ni, sebab dia jaga sensitiviti Islam, sebelum mula kelas memasak, dia dah explain awal awal, semua makanan yang dia sponsor hari tu, non alcohol and he knows bout HALAL, respect him much. fuhh, lega , okayy, let's go !

ini lah dia Monsieur Joaquim, un grand meci pour tous ! Enchantee :)
sedap nye, inilah salah satu makanan famous kat French, le baguette,
name aje pelik, kat Giant pun ade je jual neh. hihi :P

Ni pulak potongan fromage or cheese, errr,
perut mim langsung tak boleh terima, aiyyayai, kuat sangat baunya, 
Produk French yang dah bertapak di Malaysia.
yummy ! jom beli Monin, Halal :)
Malaysian guy diapit French guys, opss ! berbeza ketinggiannya.

Les dames de notre classe. After the tasting session . alhamdulillah, kenyang :)
Me ekin and Masitah

Selepas sesi sharing sharing dengan Monsieur Joaquim, ada lah pulak sesi Quiz, group boys lawan girls, and the result is, teeet. Tahniah kepada pemenang ! xD minggu depan turn kitorang plak pegi Taylors ! yabebadooo, tapi, dengar cerita, nanti pegi sana mungkin akan jadik tutor French untuk students kat sana, oh Tuhan, cakap French pun tunggeng terbalik lagik ni, haiyyah. Courage !


Monday, June 25, 2012

Semalam Punya Exam

Assalamualaikum


Alhamdulillah, akhirnya selesai. Semalam mim dan beberapa classmate yang lain dah abis exam. Memang meletihkan. Kawan dengan buku siang malam, berjaga sampai pukul tiga pagi, menjamu selera pun nak jenguk nota, call kawan kawan pun tak terangkat, sedih memang sedih, tapi... hurmm, memang perit. First time kot exam besaw besaw sepanjang mim belajar kat sini. Tu yang gabra semacam aja.


Pagi exam,
Bangun pagi pagi dah tatap nota, semua dah serba tak kena. Nak minum air, nak pegang cawan pun dah tak mampu. Selimut tebal tebal pun rasa macam bergelumang dalam salji jugak. rasa macam nak bawak semua nota nota masuk letak atas meja waktu exam. * kalau lah bolehh kan... okayy, semua dah tak tenteram. Call my abah, mohon restu. moga ketengangan milik aku.

kusimpulkan, jangan gabra waktu exam. bila jiwa dah gentar, apa yang sedia tahu, semua terbang entah ke mana. ini betul, sumpah aku tak tipu, tak mahu menyesal untuk kali keseterusnya, satu pun dah cukup.

Kawan-kawan,
pegang kata-kata Mentor kita, mettez-vous à côté ce qu'est déjà passé, concentrez à l'avenir. dan mungkin ini lah yang jadik spirit mim, yang berlalu biarlah berlalu, tumpukan yang masih di hadapan. Thanks Mademoiselle Teh Hui Yen, memang pemberi semangat. tahniah kawan kawan ! setahun kita berperang pagi petang siang malam, ini lah waktu nya kita nak guna kan ? -___-

Hablun minallah,
dengar cerita, result dah nak keluar dah dari pintu kebalnya, gentar gemuruh pun dah bergabung dah. gugup. tiba tiba, kawan mim bagitaw something,

''Buat apa nak takut, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, yakin denganNya''

and then, i feel like, tenang setenang tenangnya. semua rasa gugup hilang serta merta. pendek dan simple, tapi, Subhanallah, mampu buat hati mim tenang. thanks ya Allah. tersedar, dari terleka.

apa sebenarnya tujuan aku belajar,,,adakah untuk markah tinggi semata?

Friday, June 15, 2012

Paradigma Seorang Hamba

Entah bila mahu berhijrah
menuju ke situ
di mana detik bermula
aku, menjadi aku

ah, alasan semata
 aku mampu
cuma cuma cuma

tidak !
kuatkan taman hati
sematkan bunga azam
kau hampir ke situ
istana kayangan
Syurga impian

Jannatul Firdausi

Wednesday, June 13, 2012

My Admire House

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia.

Bangun pagi pagi, mata terus segar bugar nak update belog, ntah apa apa lah mim ni, haiyya. Mana taknya, semalam mimpi indah yang mendebarkan lagi mengasyikkan. fuhh ! *ayat taleh blah..

Mim mimpi rumah mim di zaman ntah bila ntah, mungkin abad 2020 kot, tu pun kalau bajet cukup, ye lah, beliau ada White House, kita pun nak jugak kan, dia punya villa, kita punya teres pun ok lah kan !

papepun, based on apa yang mim mimpi tu, boleh tahan laa, my futur house punya rules mengalahkan peraturan sekolah juvana Henry Gurney, Beurkkk ! tapi, macam menarik lah, here we go ....

simple macam ni pun okayy lah kan ? cute je. :)

No outsider allowed 
cehh, macam kawasan Istana je rumah mim tu. padahal, rumah takdelah besar sangat, mim bukan nak block terus siapa siapa yang datang menziarah, just as precaution. means, takde amah amah Indon, babysitter or whatelse lah, I nak jadik IronWoman ! hehe, bisa bikin apa saja, kekadang, bahaya hire amah ni, ehemm, paham paham je lah kenapa kan. Your husband is in danger ! haha :P

No Cigarette
masyaAllah, ni tersangat-paling-sangat lah mim allergic. kekadang, kalau makan kat restoren ke mana mana je lah, tertakdir lah penghuni meja sebelah tengah smoking, hurmm, memang rasa nak bagi gusti Ultromen je, tapi, apakan daya, pompuan, kene kontrol ayu lah sikit kan. hehe. so, hav no other choice, mim buat buat batuk kuat kuat, biar lah nampak over, janji mesej itu sampai. haha. ''Merokok Membahayakan Kesihatan lah brader.'' So, No smoker in my big big house, please. 

Cat's House
Dalam mimpi tu, hasrat mim nak bukak taman kucing tercapau dengan jayanya, hoorey ! siapa siapa yang tak paham jiwa kucing, memaaang rugi, rugi you, bagi mim, sometimes, bila ada problem, cakap kat kucing tu lagi mengharmonikan. *tiba tiba teringat kat kucing kat umah, manja dan hyperactif. so, my futur colocataire or nak specifik lagi, my futur protecter, please allow me to have a big family of cat in our family, hemmm, gelli weh aku, haha. tak sempurna rumah tu nanti kalau takde kucing, believe me !

The Remote Controller
kalau taknak tengok ada makhluk muncung panjang sedepa boleh hanger baju sepasang, haaa, jangan berani berani nak ubah channel televisyen, lebih lebih lagi, kalau dia duk syok layan dia punya feberet channel. takpe, bukan lama pun, satuu jam je pun, hehe. biar lah dia layan MasterChef Selebriti tu, dia nak belajar masak lah tu, *eheh.. sedar diri takberapa pro kat dapur lah tuu. biarlah dia layan program On Air Pak Nil tu, dia angan mak jenin nak jadi Host Top lah tu. hehe. menariknya rules keempat my futur house ni. terpukul pukul di benak sanubarikuu, hihi -,-


dah dah, kalau nak tulis semua, memang keyboard pun boleh rosak, cane parking kereta, ni garaj kau, tu garaj aku, aji no moto diharamkan kat our dapur, ni makanan aku bukan makanan kau, k, stop stop, over dah nim. kedekut hidung masen betul! haha. tade lah, tipu je tu ;) ikutkan mimpi mim tu, fuhh, memang rumahnya chantek, tenang dan paling penting design nya fuhh lawaa, kalau dapat kan best ! decorate ala ala Perancis gitu, hurmm, angan je lah kau mimi, 


hurmm, biar mimpi sampai ke bintang, kbai.

Thursday, May 24, 2012

Perihal Dia

Assalamualaikum, Syamimi Razali.


Perihal dia, berat tangan nak sambung penulisan, tapi, di teruskan jugak. ingin di privatekan, tapi, dunno how ? Perihal dia, tentang dia, seorang yang biasa biasa.

Neutral
mungkin agak memboringkan kawan dengan dia, since dia sendiri tak pasti apa dia punya hobi, apa dia punya favourite sport, dia tak layan kpop macam remaja lain, dia tak follow apa apa latest songs, movie terbaru, langsung tak berkeinginan. weekend, dia memang tak pandai nak keluar jalan, berwayang wayang, yes, she's neutral, not natural. jangan silap faham, mungkin ada sebabnya kenapa dia gemar santai di balkoni rumah, rather than buat aktiviti seperti remaja seusia yang lain. mungkin, dia tak faham dia punya life. but, please, jangan cakap dia takde life ;')

Touching
dia teramatlah sensitif, lebih lebih lagi dengan orang yang dekat dengannya, mungkin sebab sikapnya yang penyayang, lembut jiwanya. ramai yang senang dengannya, ramai juga yang tak selesa, dia bilang, sebelum ni, semua okay, sejak dua menjak, jadi tidak okay, fikir positif, faktor perubahan hormon mungkin. dia senang terasa hati, air mata dia senang je jatuh. usah di bilang, memang tak terbilang, please darl, tak mahu sedih sedih lagi. please be strong macam dulu -,-'

Friendship
dia senang berkawan, teramatlah menyayangi sesebuah perhubungan, senang percaya, tapi, nyata dia silap, bila percaya, maka hundred percent lah tahap kepercayaannya. kalau ter'silap' percaya, for sure mangsa lah dia. dia sayang kawan dia, but hari demi hari, makin renggang. senang bergumbira, senang juga bergenang air mata. hanya satu kekuatan sejati, kembalilah kepada Sang Pencipta, Allah Tuhan Pemilik Sekalian Alam. insyaAllah, temui ketenangannya.

Bicara
dia senang berbicara soal hati. soal politik. soal makanan. soal fesyen. but, please, she's not strong enough to speak about mom. di hadapan, dia gagah, dia senyum. at the back, mungkin dah jurai jurai air mata keluar. dia juga punya mama, sama macam orang lain, tapi, mungkin ada sedikit perbezaannya, mungkin ada kisah lampau yang dirahsiakannya. who knows kan ? so, please dont talk about it anymore. at first look, she's behave like a 'young mama' , speaks softly, walks slowly, and so on lah. but, do u dare to call her 'mama'.?


dia punya kisah cinta yang agung, dan takkan pernah mungkin dia bongkarkan. donno what for i talk bout this. k, hav to go. Assalamualaikum.

Monday, May 7, 2012

Trial Mai 2012


;'(

C'est mon faut. Je n'ai pas beaucoup étudié. Je n'arrive pas de faire la meilleur.
Ya Allah, lembutkanlah hati mereka. Amin Amin ya Rabbal Alamin.



Saturday, May 5, 2012

Ukhwah

satu cerita, seribu makna
cerita tentang kami, pendidik bangsa
suka duka ditempuh bersama
kami jatuh, kami bangkit menuju angkasa
moga mendapat barakah yang Esa

notre maison. Allah nous benissons, inchaAllah.
merci mon Dieu. j'ai des amis qui sont toujours me dire
''mimie, hayya allassohlah ensemble'' ;')
ici, j'ai appris comment devenir une imam. Alhamdulillah.

Friday, May 4, 2012

Mata Wanita Seribu Rahsia

Assalamualaikum Peace be upon youu ;)

satu dua mula. Baru saja googling, and then, terjumpa something yang mungkin agak menarik untuk disharekan. eh ye ke ? entahlah, mungkin hanya menarik di mata mim, sebab dulu dulu waktu zaman sekolah, kawan kawan cakap mata mim ni saiz tak normal. haih. macam macam lah korang. mim celik, dikatanya tidow. glurpp. tapi, takpe, mim tidak keseorangan. ada lagi yang lain..

Jom tinjau kat bawah.. Apa rahsia mata agaknya. ? 
si mata sepet xD
Saiz mata kecil
peramah. banyak cakap. periang. marah lambat sejuknya. hal bercinta suka tukar pasangan. sooobs. boleh bahagia dgnnya jika turut kehendaknya.
boleh memkelam kabutkan lelaki. *taktahu macamana nak explain ;DD  

Saiz mata sedang
sederhana ketrampilan. tidak banyak berahsia. ada pertimbangan.bertanggungjawab. perlukan belaian mesra suami. erkk. *ini hal subjektif mungkin o.O

Saiz mata lebar
cukup kuat berahsia. otak kurang cerdas. pemarah. bertindak tanpa fikir panjang. tiada arah tujuan.
mudah putus asa. sangat setia. walaupun contres melebihi pros, tapi, i love it much much. it's perfect in my eyes ;)

Mata jarang berkerdip
wanita ini istimewa. bijaksana. budi pekerti. setia. bertanggungjawab. tidak cerewet. membantu. membahagiakan dan menceriakan.
Wahh ! ini memang terbaek. okayy, from now on, nak kontrol tanak kerdip kerdip mata dah. barulahh jadi istimewa ;)

okayy, dah dah, tak dapat oden nak listkan semua nya. yang terpilih sudah ;)
apa apa pun, ini hanyalah santapan mata untuk dibaca, bukanlah untuk dipercaya hundred percent.


sebelum warkah ini berakhir, 
someone told me that,
''Bunga yang cantik, jarang yang harum.''