Thursday, January 3, 2013

Tahun Baru 2013







Bismillahiraahmanirrahim..

Assalamualaikum Abah mama along and alls.

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik pejam celik, i'm twenty now.Selamat datang 2013. Please be nice to me. please please ;') Macam biasa lah kan, pabila kaki dah menginjak ke tahun baru ni, mesti semua pun nak baru. Azam baru, misi baru, pakaian pun nak baru. Almaklumlah sale banyak kaaan ? Hihi. Tapi kan, sebenarnya kecewa jugak dengan diri sendiri ni, berapa kerat sangat lah azam sebelum ni yang mampu mim capai. Luaran dan dalaman. Ada peningkatan tak ? Hati kita macam mana. terjaga rapi ke atau sebaliknya, nauzubillah.

pertama sekali, mim mohon dengan izin Nya kekuatan dalam hidup. yeah, mim akui banyak sangat memori kelabu yang mim lalui sebelum ni. Seboleh bolehnya biarlah semua memori itu berlalu. Pergi jauh jauh. dan datang bila perlu. kalau lah itu boleh mim pilih kan. selalu juga dengar ''eh, sekali jatuh bukan bawa erti jatuh terus. come on mimi, life must go on'' . thanks kepada abah umi dan kawan kawan yang sentiasa bagi semangat kat mim. i'm appreciated it. but, i'm just... okay okayy, maybe i should shhhhh.

oh no. i've to go. k tata. love you much mon ecouter ;')


Tuesday, October 30, 2012

Nikah Muda







Assalamualaikum

Ehemm, lama betul dah tak berjimba kat sini. Busy konon gayah ini sorang. Belagak macam wife Datuk Bandar. heh. Hentikan anganmu. Arghhh. tapi tapi tapi, kalau benar nanti my husband adalah Datuk bandar ke, enak jugak kan ? kikiki. kfain, kreeeek kreeek. Sebenarnya, usia remaja ni, dugaan terhebat lah bagi mim. Banyak benaw dugaannya. For sure, dugaan dunia lah. Berhibur hibur, kesana kemari, motifnya ? menghabiskan duit ? nak hilangkan stress ? Mungkinlah. Oh remaja !

 Sebenarnya, mim takut ni. gementar. gugup. nebes, penuh di hati. Kenapa ? Mengapa ?

ye lahh, semenjak dua menjak ni. Hurmmm, topik kahwin muda ni makin hot dibincangkan, kawan kawan dalam sehari dah bincang topik, tak sah derr ! nak senang cghita, tak complete lah hari ku tanpa berbicara soal cinta. Wuuuuu.. ayat dia. tak habis kat situ, semenjak menjak ni, maktab mim pun dah start jemput artis aktress yang berkaitan dengan al kahwin al muda ni. mak aihh. seriau bak hang !  Pabila Ustazah Fatimah Syarha gemparkan dewan kami dengan ayat ayat sweet suami isteri plak dah. lepas tu, mat luthfi pun samaa, hang pi buat video pasal nikah muda plak pasai pa ? haddoii laa. makin konfius odenn, lagi lagi, surau pulak jemput pasangan hot dari UIA, Amir dan Siraj, haa? tak kenal ? k, sila google. kahwin seawal usia 18 tahun. Anda mampu ?

Nampak tak di situ ? usaha usaha ? jelas tak ?  


Ada orang tanya : Eh kau tak terfikir nak kahwin muda ke ?

Wahh ! soalan puaka, kembang kencup oden nak menjawabnya. kalau nak difikir, siapa yang tak nak kaaan ? menghalalkan apa yang selama ni hareeemmm tu. dengan hanya lafaz akad nikah. eh, korang pernah baca tak ayat ni, 

''masih ada jarak selagi belum akad''

mesti pernah kan ? Okay, jujur. Mim pun pernah. nampak kat facebook kot. ada kawan share. k, thanks sahabat :) tapi kan, terfikir setakat mana keberkesanan ayat tu kat dalam diri kita ? iman manusia ni, faham faham aja lah. macam Banjaran himalaya sane tu. ada naik, dan adaaa turuuuunya. Allahh. berat. kawan kawan, jom jaga diri , jaga mata, jaga hati kita untuk orang yang selayaknya, yakni imam kita nanti ? jom :')

Kau boleh lah. aku ni ? dah kapel ngan mamat tu. tujoh tahun kot. gila apa tiba tiba nak break up ?
tak da la, aku bukan nak minta kau break pun, tak halang korang nak contact dia pun. sumpah tak nak masuk campur. tapi, ni .. aku share ngan kau satu tips. sweet cangaaaat. apa kata, mulai hari ini, kita serahkan diri kita, hati kita, dekat yang sepatutnya, Allah, Pencipta ku, Pencipta kau, dan Pencipta kita punyaaa sweetheart tu. Dia Pencipta kita, Dia Pemilik Hati kita ni. Jom , kita doa, 

'' ya Allah, jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, sampaikan lah salamku padanya ya Allah. Jadikan dia imam terbaik ku, abi permata hati ku, penyuluh hidupku. jadikan dia ..... yang halal bagiku''

jangan lupa mention nama waktu berdoa tu. Allah Maha Mendengar. insyaAllah, Allah kabulkan.
kawan kawan, jom sama sama jaga diri kita. saya salah, awak nasihat, awak perlukan nasihat saya, saya plak nasihatkan awak. *eh! mampu ke akuu? kalau boleh, takmaw la show off kita punya bakal zauj zaujah tuu. simpan laa dulu, berdoa moga dipercepat, dipermudah segala. buat walimatul urus, dah rasmi, barulah update status tu. i'm married to Muhammad sekian sekiannnn . amin. kerana dirimu begitu berhargaaaa :')

insyaAllah...

Wednesday, October 24, 2012

Pengorbanan

 ''Hari Rabu malam Khamis abah bergerak wukuf 
di Padang Arafah keadaan menguji manusia. 
Ia diibarat padang Mahsyar di akhirat.
Harap Along dan Mimi sembahyang hajat 
doa Abah dan Umi  dapat buat haji 
tanpa sebarang ujian berat. 
Duduk di padang dengan 4 juta orang
 entah apa terjadi.
Orang mati tiap waktu.
Orang hilang tiap hari.
Doa ikhlas penting untuk dapat redaNya''

Mesej dari Abah, sebelum mata terlelap malam semalam.
terus air mata mengalir laju.
tak mampu melayan khayalan, macam macam.

Semoga Abah Umi sihat walafiat di sana.
gagahkan diri, teringat pesan Abah sebelum berlepas ke sana,
Tanah Suci Mekah.
 
InsyaAllah, doa anakmu sentiasa mengiringi.


*Sayang Abah Umi*

Thursday, October 11, 2012

Sesma, Here I come



Sangat indah bila kaki menjengah ke sana lagi
Sesma, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
Eh, mula mula tu agak nerveous lah jugak,
ye la, mana tahu, pergi dengan muka gumbira,
tengok tengok takde orang ingat kita -________-
oh, sadis !

Alhamdulillah, 
pabila disambut senyuman guru guru
khabar di balas khabar
my Science teacher, waktu Form 3 dulu,
cerita semula cerita lama,
aku bawak pisang katanya ;-)
hihi, hadiah special untuk cikgu lah tu,
sebab ajar saya cycle , electric energy segala bagai tu.
Terima kasih cikgu !

melangkah ke bilik guru,
salami semua guru guru,
bakal guru bertemu guru,
gugup sejenak, biasalah tu,
alhamdulillah, nasihat , kata semangat guru,
tersemat di hati.
mudah mudahan.
eh, ada cikgu bilang aku makin maaakinn ehemmm,
hihi, i like ;-)

di saat kaki mahu melangkah ke asrama,
ada yang memanggil sayup sayup,
 ku toleh,
oh, my juniors there.
berlari ke arahku.
alamak,, dia peluk aku weii
rindu katanya..
rasa bersalah, lamaa saaangat tinggalkan
adik adik kesayangan kat sesma,
sepi tanpa berita,
je suis desolee, vraiment
one of my adiks said,

'' Kak mimi makin matanglah. seriously. dulu dulu selalu sakat 
kitorang ni. kene **** ngan kak mimi... blablabla ''

Ada yang kena cut dialog tu,
bahaya ! hihi

takpe, kisah dulu ,
letak ke tepi,
ambil pengajaran,
bak kata pepatah,,
''buang yang keruh , ambil yang jernih''
kaaan ?

menapak ke asrama, lagi sebak
title 'technicien du menage' bukan masalah kan,
janji hati mulia, 
lama tak bertemu
nasib baik ada pakej murah Celcom tu, 
boleh borak lama lama ! :-)
terima kasih selalu bawak pisang goreng air kelapa untuk sy dulu
terima kasih jaga saya waktu sakit dulu,
terima kasih sebab selalu nasihat saya,
terima kasih lipatkan pakaian saya, bila saya demam :') ,
and terima kasih tersangat sebab sayang saya :') 

Friday, September 28, 2012

Arrow and The Target Board


Rindu menjelma
Mahu shooting
bukan di lensa kamera,
heh,
hanya di padang bawah mentari.
sungguh, rindu saat itu.
bersama team kesayangan, juga coach terhebat

lalu, 
di hujung minggu, menjelmakan diri di Times Square

hanya di Times sini jumpa ini,
wahh, hati gumbira berbunga riang

angan setinggi gunung, mahu jadi pro, macam macam yang kat belakaaang tu xD
tapi, arrownya ? semua tersungkur, apa kes.


konklusi aku, outdoor is the most chalengging
apa mampu aku nak beli alat beribu riban.
miss my 'own' bow in Sesma ;') 


and the result is....
alamak, tersasar lahh ! 



few years ago...

my last last last tournament ;')
Kejohanan Memanah Sekolah Bersarama Penuh Malaysia
Stadium... di Selangor.
ini kisah ku..




Ada kelapangan insyaAllah ketemu lagi, madame bow, miss arrow, the handsome targetboard and the strong armguard. serius nak pergi lagi. serius nak bagitahu, kalau stress, pergilah Star Archery kat Times Square ni. boleh lebam targetborad tu kena tempias stress. eh :-)

Monday, September 24, 2012

Le Jour est Mal Commencé

Garcon : Eh eh eh, Jojo ada kena present ke hari ni ?
Fille : Sape eh eh eh eh, my name is Blablabla. Panggil betul betul boleh ?
Garcon : Eiii, gediknya budak ni.
Fille : Tersentap. tersenyap.

ingat sampai mati.
terima kasih buat announcement kuat kuat.
seboleh bolehnya nak faham perangai, hati, kehendak tiap tiap teman,
tapi sampai sekarang, tak berjaya jaya jugak,
lain niat, itu paling teruk title pernah dapat,
SEUMUR HIDUP aku,
susah nak terima, tapi, c'est la vie,
terima kasih terima kasih yang amat.
see you !

Sunday, September 2, 2012

Promis

Je me promis que c'est la dernier fois 
que je parle de lui.
Promis promis promis.

Wednesday, August 22, 2012

The Decision

harapan nya ,
the decision yang di buat itu terbaik
terbaik untuk saya
baik juga untuk awak
yang paling penting , mulia di mata Maha Pencipta.

setiap yang dicipta ada pasangannya

Ca commence au debut de Ramadhan,
j'ai reçu un message, quelques minutes avant berbuka,
à la campus...

Carilah lelaki yang boleh mengingatkanmu tentang sembahyang,
bukan lelaki yang mengajakmu tengok wayang.
carilah lelaki yang selalu mengingatkanmu mengaji,
bukan lelaki yang selalu mengajakmu sms setiap hari.
carilah lelaki yang mengingatkan mu menutup aurat,
bukan lelaki yang hanya tahu nak mengurat.
carilah lelaki yang boleh mengajarmu menghormati orang tua,
kerna di situ letaknya pintu syurga.

Ca me rends étouffé.
et après, nous sommes rien parlons
rien texto
j'ai compris. t'es compris.

"Dan SEGALA SESUATU Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah." (Adz-Dzariyat: 49)

Monday, August 6, 2012

#1 A Charity Outing


Assalamualaikum..

''Awak nak join tak charity trip kat kampung orang asli, 
esok, bertolak jam 1.30 tengah hari. Terawih kat sana. 
Ada satu je lagi tempat kosong ni''

Mesej dari seorang kawan. Terkesima, masa yang sama, terfikir mampu ke nak menjejak kaki ke sana ? Nak berkhidmat untuk mereka. Ikhlaskan hati. Mim terima jemputan tersebut. 

**treeeng treeeng teeeng**

Borang pendaftaran.
From now on, i'm a part of INSAF, charity association in Malaysia :)

wearing this tshirt along the journey.
you are not alone. we care about you ;')
Keesoknnya, jam satu petang, kami bergerak secara konvoi. kalau tak silap mim, ada dalam tujuh buah kereta macam tu la. ditambah lagi 2 buah land rover, sarat dengan makanan dan pakaian untuk saudara di perkampungan asli nanti. sepatutnya sejam dah boleh sampai, entah kenapa, kereta tersilap pandu, terlewat lah sikit. its okayy. lambat lagi nak berbuka puasa kan kan ? ;)

melepasi hutan kecil, semak semak, tasik, air terjun, akhirnya kami sampai.
perasaan campur baur, sungguh, terfikir macam mana mereka tinggal tanpa elektrik, hanya berbekalkan sumber air dari bukit. anjing berkeliaran, jadi pak guard haiwan luar katanya. pengajaran yang amat bermakna buat mim. tersedar, sebelum ini, kurang bersyukur dengan rezekinya.

Sungguh sedih, kita bangun pagi, dah terhidang semangkuk cornflake, tambah susu Dutch Lady lagi fresh keluar dari peti ais, di pihak mereka, mampu makan pucuk ubi kayu rebus. Sebak hati mim dengar adik adik kecil bercerita. banyak pengajaran mim dapat even hanya beberapa jam bersama mereka. makan kura kura itu biasa, mandi tanpa sabun itu lumrah.

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir." [HR Bukhari dan Muslim]

ohh, lupa, misi utama kami ke sana untuk sediakan makanan berbuka puasa untuk mereka, at the same time, dermakan pakaian. program ni bawah non gouvernement organisation, INSAF. so, memandangkan, kitorang sampai agak lewat, so, cepat cepat lah, bersiap, nak masak.

the Insaf's crew.
The guys with the beef, and the girls with the legumes :)

Turut serta. A part of us. Her name is Julie.
From Polland. Kind-hearted women. 
In his own world.
Hulurkan tangan , ringan kan beban.
''nanti nak buat baju raya'' si kecil berkata riang...
alhamdulillah,
rezeki dariNya
Sehari bersama mereka.
Semoga senyuman sentiasa di bibir ye dik.
We care ;')

moga sentiasa di bawah rahmat Nya.
Kepada Tok Batin Kampung Orang Asli Ulu Batu, moga terus tabah memimpin. memang perlukan masa nak mengubah, nak betulkan yang biasa, biasakan yang betul. doa saya mengiringi, semoga Islam terus berkembang di sana. InsyaAllah ;)

     with love,

Sunday, August 5, 2012

Short Entry

Short entry, avant de dormir

Jangan gurau sembarangan dengan hati perempuan.
mungkin nampak teguh, tapi, hakikatnya hati ini mudah terusik.



c'est tout. assalamualaikum
et bonne nuit.