Monday, March 26, 2012

Allah lebih tahuu

Assalamualaikumm.

Kekok rasanya tangan menari nari di papan keyboard, haih. dah lama rupanya mim abaikan encik belog ni. kasihan. kasihan. jejari pantas menari sejak detik itu. nak kata genting, tak genting, nak kata penting, euhh, no komen. mungkinlah. permulaan hidup baru ;')

Menginjak dewasa
Ya. mim dah besar rupanya. kalau di era 60 an, bak kata orang tua, anak dah berderet deret dah. tapi, di zaman millenium ni, pemikiran dah berubah, gaya hidup for sure lah kan, perubahan mendadak. dan mim ? bila mahu berubah ? sampai bila di takuk lama ? umpama anak burung menunnggu disuapkan umpannya. oh tidak. satu tidakan harus diambil. # setelah disedari ada yang tak kena berlaku dan itu berlarutaaan. yeah. aku harus berubah !

Tersalah menghargai
Next month birthday si dia. next month anniversary kami. apa lagi ? everything about us, memang tercatat rapi dalam minda mim. dah tak perlukan reminder or alarm or all kind of the bahan untuk mengalertkan mim. memang alredy alert. oh tuhan ! terima kasih sedarkan aku. rupanya aku dah jauh tersimpang. mengingati tarikh penting insan yang belum tentu pentingnya, berbanding yang memang penting dalam hidup aku. how come diri ini boleh lupa birthday mama. sedangkan birthday sidia yang jaraknya masih berbulan bulan sentiasa diingatan. naif nya aku.

Tersungkur di jalan itu
syukur ya Allah. masih belum terlambat untuk mim berubah. berubah ke arah yang lebih baik, mungkin. insyaAllah. mim sedar. selama ni, mim dah banyak tersilap langkah. kurang memberi penghargaan untuk yang sepatutnya. oh ya ! rupanya, sebelum ini, mim hampir membelakangkan keluarga sendiri. nauzubillah. ada orang lain yang lebih utamakan berbanding darah daging sendiri. mim silap, bila dapat sesuatu berita gumbira, bukan family pihaak yang pertama tahu, bila mim hadapi problem, baru mim sedar, bukan family yang mim cari. even, menerusi handfon, yeah, mim tersedar, lebih banyak masa dihabeskan untuk bukan yang sepatutnya. mim silap, bila lebih kerap menghubungi sidia berbanding abah dan mama mim sendiri. khilaf diri ini ;')

mim boleh berubah. insyaAllah, bukan berniat untuk memutuskan tali silaturrahim, tidak sama sekali. cuma untuk lebih menjaga batasnya. untuk mim lebih mengetahui, walau apa pun terjadi, family tetap di hati.

Bila jumpa penggantiku,
jangan dilupakan akuu.