Saturday, May 28, 2011

Buah cempedak di luar pagar !

umpphhh. soddapnyo !
hahaha. buah cempedak di luar pagar. buah nangka di dalam peti. jarum patah di dalam hati. pisang emas di dalam perahu. terima kasih daun keladi. toot. toooooot. toooottt.

hehe. mood heppi. sebab dah dapat blajaq ilmu baru. cewahhh. hape la sangat. tapi, aku nak share jugak.saya budak baru belajar, buah cempedak di luar pagar.

okehh. aku baru je blaja tang snipping tool. haa? wat' dat. hehee. korang jangan buat buat paham ye. law tak paham tu, ngaku je laahhh. ngeeee~~ *cover bengang la tu. cool la beb. setelah aku selidik laptop hakuu, ni lah hasil pertama. eksaited laa jugak sangat. scroll down pat ! !

kihkih. cubaan pertama. amacam ?
okehh ta? nielah snipped pic. ngee


lalalala~
lalala. a big thanks to my dear Jannah Lazim . . sebab dah ajar gune snipping tool nie. kepada sesapa yang tak  taw. meh nak ajar. hehe. *pektis jadi cikgu. . hehe.

1>>> ang bukak page or hape hape yg nak korang crop
2>>>pegi kat button start
3>>>cari word snipping tool lam accesories
4>>>then, cropped aja si. senang bangat.

okehh. selamat mencuba !


Wednesday, May 25, 2011

Pengorbanan Cikgu Melati

adalah ditegaskan ini adalah rekaan semata mata. jangan cuba kaitkan dengan mana mana pihak. anda boleh didakwa di bawah akta 33 kerajaan labah labah. sekkian, harrap dimaklum.

Kisah Melati. Melati nie cantik sangat, macam bidadari kayangan. Lemah lembut pekerti, hormat orang tua, dan yang paling penting si Melati ni amat amat lahh penyayang terhadap haiwan. Sejak kecik kecik lagi, dia dah tanam cita cita menggunung lam pasu bunga rumah dia, "aku nak jadi doktor haiwan. aku nak. aku nak. aku nak jugak".

Pulang dari sekolah, pantang nampak kucing kat tepi jalan, si Melati ni pasti kendong bawa balik. Hampir tiap hari, Melati pasti kendong kucing bawa balik rumah. Sampai satu tahap, kucing kucing di rumahnya dah 20ekor. Wooow. Si Melati ni memang pencinta kucing. Lagi satu, pantang bagi Melati bila lihat kucing kucing peliharaannya terluka, terseliuh mahupun demam tak panas , dia lantas beraksi ala ala pakar veterinar yang bertungkus lumus nak selamatkan nyawa kucing itu.

Pengembaraan harapan bermula.
Si kecil molek Melati lantas mencapai minyak gamat yang diumpamakan antiseptik di hospital terkemuka. Garpu dijadikan forceps yang menggenggam kapas, karpet buruk dibentang ala ala bed kat ward. Ishh. Mulutnya terkumat kamit mengarahkan pembantu bedah nya (yakni kakaknya sendiri) ambil kan itu, ambilkan ini. Melati usaha, usaha dan terus usaha untuk selamatkan kucing kucong nya itu.

Betapa kasihnya Melati terhadap haiwan. Betapa tinggi keinginan seorang anak kecil yang kepingin mahu jadi doktor haiwan. Sungguh suci niatnya. Namun, segalanya telah berubah. Biarpun si Melati telah ditawarkan menyambung pelajaran ke bidang veterinar, namun atas nasihat keluarga, tawaran itu terpaksa DITOLAK. Kini, si Melati sedang merawat hatinya.

''mungkin ini yang terbaek untukku. akan ku teruskan merawat haiwan haiwan yang perlukan bantuan ku, biar dengan apa cara sekalipun. aku pasrah. insyaAllah, jika ada kelapangan, akan ku terokai dunia veterinar. InsyaAllah''


Desis si Melati. Kini, Melati bakal menjadi seorang guru. Pengorbanan seorang doktor kecil.
Kepada sesiapa yang terbace entri ini, doakan Melati menjadi guru yang berjaya ya.


NAMA:MELATI BINTI SUKRI
KURSUS DITAWAR:L520F0000P
PROGRAM:PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
NAMA KURSUS:BAHASA PERANCIS (SEKOLAH MENENGAH)
INSTITUSI:INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI
59200Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan



Sekian kisah hidup yang diceritakan sendiri oleh Melati Binti Sukri.

Thursday, May 19, 2011

Tipulahh

Assalamualaikum dan selamat petang. First of all, salam terima kasih buat rakan rakan aku yang setia jenguk jengek kat blog aku nihh samada dengan rela hati maupun setelah dipaksain oleh syamimi the typewriter *mbahaha. Maseh2. Tipulah.. Mungkin aku dah takde mase nak post entri kat sini lepas nih. Maklumlah. Kihkihkih. Maaf maaf maaf.

Tipulah...
Okeyh. Sebelum berangkat ke dunia baru, tipulah law aku cakap aku tak takut nak masuk u nie. haha. pengecut rupenye. dikit dikit adela sekelumit gementar lam diri aku nih. ye la ! sape yang nak tegur aku law aku poteng kelas? sape yang nak kejutkan aku tidow pagi2? bolehke aku nak survive ngan budak besaw2 punye? mudah mudahan. Allah sentiasa ada untuk membantu hambaNya. InsyaAllah.

Tipulah..
Tipulah law aku cakap yang aku gumbira nak pergi hidup lam bandar kolumpo tuh. dah tujuh belas tahun aku serasi ngan kehidupan 'kampung' aku nie. siyes jujur aku cakap yang kehidupan di kampung jauh beda ngan life kat banda. dan apa yang aku harapkan, kat sane nanti adalah kawan yang mahu bersama aku lam suka dan duka sebagai pelajar baru ! *moody.

Tipulah..
Law aku cakap yang aku boleh survive kat sane. I don't think so. orang cakap anak bungsu nie, banyak karenahnye. dan aku ni anak bungsu. okehh. tak maw describe panjang panjang. pandai pandai lah teka ye. baik buruk nya. aku kalau boleh nak berdikari di sane. dah hampir sekian lame duk berkepit ngan family. yeah ! bukan aku tak sayang mereka, tapi aku sayang mereka sangat2. tipulah law aku cakap aku tak homesick nanti. will miss u ols ! i'll remember tiap tiap saat bersama kalian.

Tipulah..
Okehh. letih dah asyik duk men tipu tipu je. tipulah kalau aku tak jeles ngan kawan kawan yang dah dapat pegi oversea sane nuh. ade yang dpat UK, rusia, jepun and banyak lagi lahh. siyes ! hampir tiap saat naluri kejelesan terbit lam sanubari aku ni. tapi takpe, aku yakin Allah sentiasa mengaturkan yang terbaek untuk hambanya. and also, you get for wat you deserved ! hah. padan muke kau syamimi. time spm aitu, kuat sangat maen nye. kan dah gagal tu.*

to my dear Nurul Jannah Lazim, trima kasih untuk semuanya. tahniah untuk kamu. !
okeyhh. maaflah banyak sangat aku tipu korang kali nie. ta pe, tipu sunat nie. hehe.
okehh. hav to go. nak pack barang2 ni. malam ni dah nak bertolak pegi unibesiti.


tata memorimemora.
titi facebook.
tutu yahoo mesengger.

gonna miss u !

Tuesday, May 17, 2011

Adakah UPM untuk selamanya ? ?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ;)

Setelah berhempas memulas, akhirnya, aku gagahkan diri jugak untuk mengepost tentang hala tuju masa depan ku nih. Aku yakin inilah yang terbaik untukku. Setelah aku pikir pikir kan, peluang untuk aku jadi doktor veterinar lebih cerah setelah aku daftarkan diri di sini. Alhamdulillah.

Akhirnyaa. .

Nama : NURUL SYAMIMI BINTI RAZALI

No Kad Pengenalan : 93051311****
Nama Program : ASASI SAINS PERTANIAN
Institusi Pengajian : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Tempoh Tajaan : 1 1/2 TAHUN (Tertakluk Surat Tawaran Universiti)

[ aku + agro + machine ]
dan sekarang
aku dah bersedia nak jadi pelajar universiti yang ternyata berbeza dengan school life. huhu. semangat berkobar kobar ni harap harap akan sentiasa berkobar lah yee. dengar dengar kat upm ni, tidur anda bertemankan angin syahdu dari ladang, muzik iringan biri biri hampur sekandang. bereksperimen dalam ladang beb. kihkih. papepun, upm ! wait for me. ;p

bukan setakat di mulut blog sahaja, okehh, cik memori memora, anda saksi perjanjian ini. cewaah !

tapi, rumit rumit. benar ! kehidupan ini tidak lengkap tanpa ujian. aduyaii. sementara aku duk syok syok menjalani minggu orientasi di pusat asasi upm, hakikatnya perut aku masih berdebar debar menantikan keputusan maktab. yeah. sebelum ni, aku ade hadirkan diri untuk satu interview.agak agak boleh ke aku jadik cikgu? sape sape nak tahu lebih lanjut klik di SINING ye. Trimas. Doakan aku. mane yang terbaik semuanya aku tibai.


~~~~di persimpangan <<<---------

p/s : terima kasih kepada pemilik blog ini . . entri anda meniup semangat dalm diriku. !

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru ;)

Terima kasih , cikgu !
Terima kasih , cikgu !
Terima kasih , cikgu !

Laungan keramat ku di pagi hari bersempena sambutan hari guru seMalaysia. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru guru yang pernah mendidik serta membimbing saya dalam usaha mahu menjelmakan insan berjaya. Ketabahan cikgu cikgu semua amat saya kagumi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. tanpa cikgu, siapalah saya.

Guru umpama lilin yang sanggup mengorbankan dirinya untuk semua.
Terima kasih cikgu. Saya sayang cikgu :)
----->> cikgu di SM Sains Sultan Mahmud
----->>cikgu di SK Fikri Pantai
----->>cikgu di SK Jelapang
----->>cikgu di Tadika KEMAS Jelapang

hadiah paling bermakna buat cikgu :)

kejayaan hasil titik peluh seorang insan dipanggil 'cikgu'

Terima kasih cikgu.

''Ya Allah, berikanlah kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru ku. Rahmati mereka yang mengajarkanku ilmu ilmu al Quran, ilmu ilmu sains mahupun ilmu kira kira. Semoga jasa jasa mereka di balas dengan sebaik baik ganjaran. Amin''

Sunday, May 15, 2011

Durianthon Sesma High School

jeng jeng jeng !
bagai durian menanti dibelah due ;p

inilah kami ! bestnyee makan durian nihh.
fuuuh, melelehh beb !

hero kampung .
hurmm. makan ta hengat duniaa daaah.. 


slurrrrpp. . 
aku nak makan durian !

wahai putera raja kayangan tujuh berlipat seri purnama kandungan malam sari,
bagilah sekandang durian kat aku. yummy. yummy. yummy.
aku nak makan durian. eh sat, pics kat atas tu last year punye tyme durianthon kat skolah aku. nak durian lagi. oh my feberet fruit. come here baby. i'm waiting ! !

Saturday, May 14, 2011

Kecukupan Umur di Hari Bersejarah ;)

oh tidaak. tua. tua. tua. tua.
kiki. siapa tua nie? haha. cop ! xmau ngaku.

ops lupe ! assalamualaikum semua. abah ummi along kengkawan paksu maksu maklong ayah long pakngah makngah tok nenek scha erra osama dan sekaum dengannya. mbahaha.

Pembaca yang dihormati sekalian, tanggal kelmarin iaitu 13mei. tooot toot. alhamdulillah. genap 17 tahun aku hidup kat dunia nie. maknenye kaki sedang melangkah ke alam baru, dunia belia dewasa, 18 tahun. yeah ! baru bagi aku. dan mungkin untuk kamu juga. ops ! peewit ! hehe. sedang aku bergembira . lalu . . . .

Buat Mama,
Jutaan terima kasih tak terhingga kerna sanggup mengandungkan melahirkan menyusukan serta menjaga adik. Tanpa mama, adik tak akan dapat mengenal kehidupan, tidak dapat mengerti makna kasih sayang sejati. Hanya iringan doa yamg mampu adik titipkan untuk membalas budi mama. Allah lebih menyayangimu. You are the best mom in the world. there's no other.
''ibu, bergenang air mataku, 
terbayang wajahmu yang redup sayu,
restumu yang amat ku harapkan,
bagaikan laut yang tak bertepian.''

Buat Abah,
Setelah sekian lame tinggalkan dunia masakan, akhirnya abah masuk dapur jugak akhirnya. supper dupper thank you atas masakn special nasi minyak abah. sedap ! menjilat jari. hehe. hadiah birthday kot. papepun, nak lagi boleh? kihkih. masuk tahun ke lapan belas, aku di bawah jagaan abah dengan sesempurnanya. oh. ye lah, bukan senang nak jaga anak yang kuat makan, kuat merajuk, dan wat so ever (ta leh gtaw banyak2. turun saham nanti. hihi). 
same sebijik anak abah ngan abah ngan abah nie ;)

wohoo. Reunion and birhtday party aku.
thanks kepada kawan hok same2 sambut bufday aku kat pantai Penarik semalam. best. gempak. heppinye boleh jumpe nga korang sume. nak upload pics, apekan daya masalh melanda. aishh. macam2 lah. papepun, kepada taukeh nasik ayam, soddaplah. next year buatlah lagi ye. haha.


p/s :
sorry lah entri aku out cket, ngah pening pening lalat nih. baru lepas gayut gayut. huhu. almaklumlah first time blh bufday bonus. kiki.

juga kepada penaja penaja kek, maseh banyak2. walopon sekadar pic upload lam internet. i'm appreciate dat. aku dapat 5kek palsu. satu kek ori. huhu.
maseh. kek kawin kate middleton nie. tpi, edisi bufday aku. kiki ;)


kepada kamoo, sorry tak angkat fon. mesej enough. hepi belated bufday to u. teeet. 
^____________^

sekian dalam kerinduan bang bang boom at ko*** Sesma 2010..
TATA WITH LOVE

Wednesday, May 11, 2011

Interview KPLSPM Bahasa Perancis ;)

Assalamualaikum

 Rasanya, ramai yang berminat nak jadi cikgu kan. Termasuk lah parents aku. Not me. K tak sedih pun T_T

Aku baru je habes interview for Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a KPLSPM. jangan nak maen maen ngan aku. bakal teacher ni beb.
**superb.interassant.mal.drole**

haa. tu la serba sedikit huraian pasal my interview seharian di Kota Raya Kuala Lumpur. yarh. memang nyata aku silap langkah kot, apesal aku pilih Bahasa Perancis? Haa. kan dah kena speak french. agak tunggang tunggeng siket. ops ! Insha Allah cuba terbaik.

aku nak share ngan korang semua pasal interview cikgu perancis nie. hehe. bermula seawal 4 pagi, aku ngan uncle and anutie skali dah bangun. somangat beb. maklumlah kat kolumpo ni, takut jalan jem. yang tu, memang dah perfect lah, kami pun meluncurlah laju bagai evolusi kl drift. tengok2, jalan lengang. dan more surprise is kami sampai sejam lebih awal. nak tergelak pun ade. jam 6.30 pagi dah sampai. haha.

okehh. scene kecut perut bermula. sorang demi sorang bakal bakal cekgu datang. cehh. jalan kemain lagi. siap pakai kot lagi. kasut bertingkat tingkat. cakap omputih berbuih buih. mak aihh. hanya tuhan yang tahu darjah kekecutan usus aku nie. (sesi imbas diri bermula ) 
--->speaking aku out terus
--->loghat kelate aku pekat dooh nihh ! ! !
--->kasut plain je. xde tumit langsung. blh affect keyakinan dri  !

pedulikan semua tu. aku yakinkan diri gak. tamil cina india semua aku letak ke tepi. in a second, kami dah kamceng beb. wahaha. okehh, aku dipaksa lalui empat stage ! menyempeh betel leh.


First Stage Interview : INSAK

 Aku maintain je. Masih cool lah orang kata. Nafas terkawal lagi. Ahaha. Almaklum lah. Sesi ini hanya sekadar berdialog ngan kertas. Just kena kawal emosi.

Dimulakan dengan menjawab 135 soalan INSAK [Inventori Sahsiah Keguruan]. Jawab semua soalan dalam masa 30minit. Agak semput sebenarnya. Tapi, insha Allah boleh. Sebab soalannya ikut logik dan soalannya agak physcho. Perghh.

Contoh soalan :
Sewaktu perkhemahan, seorang pelajar melaporkan kuali kumpulannya hilang. Apa tindakan anda ?
a) Beli baru
b) Gotong royong mencarinya
c) Marah pelajar


Tips penting : sekali baca terus jawab ya. Bimbang overthinking nanti masa tak cukup. Memang soalan senang punya. Multiple choice question. Bercakap berdasarkan pengalaman, memang ada sahabat sedewan yang tak sempat menghabiskan semua soalan. So, penting jawab ikut logik akal.

Hakikatnye, berdebarlah jugak sebab subjek Sivik dan Kewarganegaraan jarang sangat nak dapat A. Apalagi nak merasa gred cemerlang tertinggi tu.  So, tyme ni, sumpah ! aku tak tipu, aku jadi askar. tembak here and there.


                   Second Stage Interview : Bertulis

Okay ini sesi kedua. Masih lagi ujian bertulis. Maaf, tak berapa sure untuk permohonan subjek lain. Tapi untuk subjek french, memang akan ada sesi bertulis. Which is kena buat karangan in french. Ini kiranya ujian untuk test betul ke Sijil Delf kita tu betul betul sah dan selaras dengan keupayaan kita.


Waktu tu, kitorang dapat soalan bergambar. Kami dapat beberapa gambar budak laki tengah bersukan. Mula dengan bangun bagi, breakfast, bersukan dan tidur. So, kena karang jadual harian benda alah tu. Allahu. Hanya Allah je yang tahu waktu tu. Dah dua tahun kot tinggalkan bahasa Perancis. So agak berterabur lah. Papepun, kita dah cuba, Allah will do the rest ;)

Tips penting : Disarankan buat sedikit ulang kaji pasal conjugaison verb penting in french. Contohnya, bangun, jalan, makan. Ada certain verbe aku terlupa, maka terhasillah karangan dwibahasa. Seriously tak tipu. Karangan aku campur dua bahasa, English and French. Gagal :'(

              Third Stage Interview : Group Discussion

Pelaksanaan mungkin berbeza ikut tempat interview kot. Okay, kami dah memang ditetapkan group. Setiap group ada 5 orang. Masuk masuk sama sama. Ambil tempat.

discussion. hah ! u got it. ini bermakna i have to cakap cakap cakap nga orang asing. tapi, berbekalkan semangat dari my abah, aku pot pet je manjang. Abes aku belit sini, aku belit situ lop. haha. Disebabkan aku anak jati terengganu, tak heranlah tertubik dialek dialek yang tak diingini. haha. bile ingat balik, aku pun tergelak. ta patut. tapi, aku ta heran sebab 3 daripada group kami adalah orang TEGANUNG. haha. chayyook. kami pun sembang bergegar. kebetulan tajuk yang kami dapat pun best. pelancongan. ape lagi. its da tyme to enjoy! interviewer, maafkan kami ye ! hehe. out cket dri topik. aku siap duk promote Kenyir lagi, ngee~

fuuhh. relax relax relax. sesi baiki tudung. touch up siket. bismillahirrahmanirrahim.


                Fourth Stage Interview : Personal Interview

penentu hidup aku kot. last stage. hehe. inilah part yang ta mungkin aku lupe. sebijik macam sesi terjah dalam Melodi tv3 tu. naseb takde kamera je. huh. jahat. tak de hati perut. aishh. melalut plak. okehh, selama hampir 20minit bersame tiga wanita yang menggegar dunia betul. aku heppi coz dapat jumpe minah salleh . . hehe. weewit. cantik beb. yang wanita chinese due orang tu pon chantik gak. (amek hati kot. hehe) 
aku usaha jugak cakap omputih walaupun gagap gugup gege tapi ta riuh pun. mbahaha. memang aku jawab macam orang da tak betul dah. gabra beb. terkejut tengok awek lawa lgi. diorang tanye, aku hemtan balik. haha.

org prancis : ape hobi awak noghul? hurmm. punyela kasar die sebut name aku.
aku : regarde le tele et desiine. (tengok tv and melukis)
org prancis : cite ape?
aku : konsert akademi fantasia. (hehe. tak terlintas yg laen dah. chinese tu dh ketawekan aku dh pun. sabor je lah)
org prancis : ape tu? filem?
aku : non. reality. mcm american idol. (haha. songeh la cik mimi ni)
org prancis : awak boleh nyanyi?
aku : bien sur (sudah tentu. . haha, tipu je nie )


bermula lah kesah nye. tertipu la plak. nak taw ape sudahnye, die suh aku nyanyi lagu perancis beb ! haha. aku ternganga. dah terbayang Mukhsin. yeah ! aku tanpe segan silu nyanyi dengan sesumbangnye.

hehe. malu nye, ;p


ne me quitee paas , ne me quittee pas,,


oleh sebab part tu je yang aku tahu, so, empat lime kali aku duk ulang yang tu je. sabow je lah. paddan muke ngko syamimi. pandai sangat nak kelentong. kan dah kena! cash. tspi, bsk pom ! sampai skang aku aura bengang tu ade lagi. kne menyanyi mase interbiu weh !

tapi, naseb bek die puji. hehe. ikhlas lakot dey ols puji. tu je laa, kesah interbiu aku. tercatat lam books of record, interview kene nyanyi. lalalala~~

p/s : kawan kawan doakan aku erk. minat la plak nak jadik chekgu nie. hehe. :)
kawan2 sekumpulan, tengs so much. NgYun Hoi, Hannan, Kak Najwa, Fathul, Faiz, dan Ahmad. korang memang sporting larh. love u ols.