Tuesday, January 31, 2012

Serius

Serius, itu bukan gurauan.


Terimakasih atas gelak tawa anda semua. Papai.

Sunday, January 29, 2012

Tragedi Dragon

Assalamualaikum.

Orang tua kata, rambut Melayu sama sama hitam, tapi HATI ?

Wallahua'lam.. tiada siapa yang tahu. Terfikir fikir jugak kenapa lah keluarga aku yang kena ? Kenapa tak famili bedah ke ? Kenapa kami ? kenapa dan kenapa.. haih. Abah cakap, ''jangaaan. sabar. ada hikmah la tuu. tiba masa Allah nak tarik balik nikmat pemberianNya...''

Ye. ye. Abah memang tenang. cool. walaupun ini dah termasuk kes polis. Umi masih tak senang duduk. dan mim ? hanya berdiam diri , mungkin seakan mengerti apa yang berlaku . akak, walaupun jauh di rantau, tidak henti henti sms tanyakan apa apa perkembangan *_*
tidak tenteram.  mungkin buruan kamu lagi . . .
Kejadian
tak disangka sangka, dapat berita daripada umi, rumah kena pecah masuk ? Astaghfirullahalazim. rasa macam baru je baca kes Kak Wardina, yang dirompak. kini, giliran kami diuji. Abah tersenyap. terkejut mungkin. silap kami juga, selalu tinggalkan rumah. kosong tidak berpenghuni. apakan daya, demi tugasan, kami merantau lagi. rumah itu sepi. Abah dan umi bergegas pulang ke rumah. periksa setiap bilik, setiap bucu dan ceruk. dan sah ! memang dimasuki pencuri. barang berselerakan usah terkira.
keadaan bilik mim berubah selepas kejadian.
yang di sana di lantai, yg disini dicampak. !
Kehilangan
kami bukan lah keluarga berada. kehilangan walau sedikit cuma, nilainya agak besar di mata kami. kejamnya kamu pencuri ! kasihan kat Abah, laptop yang masih fresh lesap dikebas, habis melayang kertas kertas kerja. Arghh. mana nak cari ganti ? umi masih sedih, jam tangan kesayangan hilang sekelip mata. yang tinggal hanya lah warranty card. . tapi, untuk apa lagi ? barang kemas semua lenyap tanpa tinggal seutas pun. hadiah pemberian sewaktu perkahwinan turut kau sapu. barang barang lain tak usah disebut. buat sedih  saja. benda dah terjadi. nak salahkan siapa ?

Wahai pencuri
semoga Allah buka kan hati kamu. insaflah. insaflah. insaflah. moga Allah buka kan hati kamu. Amin. tahu kah ? kami dalam ketakutan. pesanan pihak polis sentiasa di patuhi. bimbang kejadian berulang. kami tak digalakkan meninggalkan rumah, walau sesat pun tanpa penghuni. kerana apa ? kerana kamu. ya ! kerana kamu. semua kunci pintu utama, depan, belakang, sisi, bilik bilik pun kamu ambil. semua di tangan kamu. ! oh, bijaknya kamu. mungkin persediaan di masa mendatang. kami rasa terancam. bahaya ! moga Allah bukakan hatimu, kembalikan lah.

Kami tiada berdaya
hanya mampu berdoa. serahkan kepada pihak polis yang mungkin jauh lebih arif. siasatan dijalankan. rumah kami didatangi pihak polis. bukti bukti telah diambil. beberapa keping gambar turut diambil. terima kasih atas kesan yang kamu tinggalkan. terlalai mungkin. sibuk menelan makanan kami di dapur. limau cina pun mahu kebas ? ambillah. kami halalkan. tapi, barang-2 yang lain... mungkin belum.. oh ya, thanks to pihak polis.


Akhirul kalam, semoga Allah bukakan hati kamu.

Amin.

Saturday, January 28, 2012

Kawen Punya Pasal

Assalamualaikum. Senyum senyum senyum.

Macam mana nak mula ye ? Heee.

Nak dijadikan cerita, sekarang ni kan cuti Raya Cina. So, banyaklah family mim dapat undangan kenduri kahwen. Alhamdulillah. *Jimat beras rumah aku ! Erkk. ke situu plak. haih.

Segalanya bermula. Suspens je lebih..

Situasi :
Selamat Pengantin Baruu.
ini gambar hiasan. tiada perkaitan dengan kesah ini.

Abah ngan umi sedang kalut kalut persiapkan diri, pakai lawa lawa. Umi manis berkurung, abah sweet walaupun ber tshirt aje. Heee. Konon nak pergi majlis kahwin sahabat mereka. Mim berdiam diri, layan hindustan. eh, silap, layan assignement lah. *toink toink !

Si Abah : Eh, apesal tak siap siap lagi ni ? dah lewat dahni.
Si Anak : Apesal lak bah, abah ngan umi je lah pegi. ta nak ikut.
Si Abah : Alaaah. dekat je pun. jom . 
Si Anak : tanak. tanak. letih la. Nak buat kerja sikit lagi ni. takpe lah. 
Si Abah : bagus lah bagus sangat. bagus bagus.
Si Anak : bagus, Abah ? *muka blurred berkerut seribuu.

Si Abah : ye lah, bagus lah. orang kawen tanak pergi, mimi kawen nanti, duk sengih sorang sorang atas pelamin. semua orang ada keja. takleh datang. nak ?

*Si Anak berfikir sejenak dua jenak, tiga jenak...

lantas spontan lancar terkeluar .....

Si Anak : eh eh. Abah tunggu jap. nak siap siap. nak ikut jugak lah. hihi. 
*senyum kulat kulat

Si Anak pun melangkah longlai ke arah almari pakaian, terus bersiap siap ala kadar. dalam hati, takpe, janji aku dah pergi. heee. ntah ikhlas ke tidak. takpe lah, janji, aku kawen nanti tetamu datang berduyun duyun. ops !


Moral of the story :
Kepada anak anak gadis dan jejaka jejaka hensem zaman era millenium metroplitan sekalian, cuba cuba lah berinterkasi dengan masyarakat setempat. *interaksi dalam facebook tak dikira ye. huuu. tunjukkanlah muka anda bila ada aktiviti kemasyarakatan mahupun kenduri kendara. akhirul kalam, hormati orang lain untuk dihormati. teeet.


p/s : sedap ngat gulai daging tadi. hehe. terbayang diri sendiri kawen plak. wink wink ! -,-