Tuesday, January 29, 2013

Phone masuk air. Apa nak buat ?

Assalamualaikum semua !

So please say yeay to me ! Yeay ! Semalam, mim dan kawan kawan sepakat keluar jogging. Kami jogging kat Universiti Malaya memandangkan kampus kitorang tak ada padang sendiri. Kay, itu sadis. Itu bukan point utama, yang pentingnya, while syok berjogging, tiba tiba hujan lebat. Huwaa ;') Payung tak hadoo, baju hujan lagi lah tak hadoo. Kami tunggu lah kat bawah khemah, dengan harapan hujan berhenti. Malangnya... tak henti henti jugak T_T..

wah ! Indahnyaaa. *gambarpinjam* ;')

Kami decide redah hujan dengan beraninya,, tapi, terlupa dalam poket ada handphone. Walaupun bukan iphone 5 , tapi sayang jugak lah kan, ;') Sampai rumah, after around 20 minutes main hujan, buat apa yang patut, then, mesej sahabat macam biasa. Teeeet.. masuk masuk keluar macam biasa. Tapi.. tapi... tapi... lepas setengah jam handphone mati. Baru lah mim tergerak hati nak bukak casing, bukak bateri and so on lah. Bukak punya bukak, alamak, dah macam kolam dah. Ek ? K, over. Tapi, bila mim hentak hentak lembut phone kat tangan, memang ada air yang keluar. Maybe, i shoulld say goodbye to you, phone ;')

kawan ! no ! no  ! Jangan goodbye lagi, Ada jalannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah, phone mim hidup balik, keesokan harinya. Penantian yang tak sia sia kan ? 

So, in case phone masuk air, jom ikut ni :

Pertama
Keringkan tangan. Then, buka semua benda yang boleh dibuka. Especially bateri lah kan. Lap phone anda dengan tisu atau sapu tangan pon boleh. Lap pelan pelan, jangan kasar sangat, karang rosak bahagian lain plak.

Kedua
Bila anda dah sure yang phone anda tu mati sebab kena air, jangan nak try on kan phone tu. It needs rest, sejuk kot kena air. eh. Seriously, biarkan semua kering dulu, baru lah nak charge or sambung chitchat ke whatever lah kan.

Ketiga
Kalau korang nak tahu, phone tu rosak kronik ke tak, bukak sim and memory card, kalau ada lah kan ;). hehe. Try masukkan kat phone lain. Kalau sim masih boleh baca, and memory card boleh detect, maka phone korang masih ada harapan lagi. In shaa Allah.

 
haa, cenggini la gayanya nanti. ;)



Keempat
Step ni mungkin macam tak logik and kelakar. But, trust me. Efektif ! bila korang dah rasa macam phone tu dah kering, korang masukkan phone tu and all the components tu dalam bekas beras rumah korang. Seriously tak tipu, ye lah, memang kita tak nampak phone tu basah, tapi actually, dia lembap. Perapkan dalam bekas beras tu about 12 jam ke. Disebabkan beras tu bersifat menyerap air, maka, kita manfaatkanlah ;) 

K , last but not least, Good luck all ! 
Penutupnya, siapa kata blackberry tak macho ?
See, masuk air pun boleh baiki, maaa . hiks ;)




Sunday, January 27, 2013

Insan Berhati Mulia


Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di kesempatan pagi hari ni, terdetik hati mim nak share satu kemalangan emm emm yang mungkin tak ngeri, tapi boleh jadi ngeri. tapi, dengan kuasaNya. Kerana silap selangkah, mungkin malang menimpa. mungkin badan binasa. dan segala yang mungkin akan berlaku. itu semua kuasaNya. itu semua kehendakNya. Kita, sebagai hambaNya, sematkan dalam hati, tanam dalam diri, walau apa pun yang terjadi,


'' Always remember that Allah's decision are better than our wishes ''

Semalam, kebetulan kampus mim cuti. Terasa macam mahu mengambil angin luar. menghirup udara segar di kota raya ni. Kebetulan juga, mim punya seorang auntie yang tinggal berdekatan dengan kampus mim. Actually, mim just call her Moktom. Just cute, right ? So, kami pun plan lah mahu keluar, lagipun dah lama sangat tak bersua muka. tidak tukar cerita. waktu cuti dimanfaat sepenuhnya. kata sepakat, kami ke Wangsa Walk Mall berdekatan dengan Setiawangsa. Umm, mim tak familiar sangat actually kat sana. ye lah, memang jarang sangat pergi. tapi, moktom suggest, mim angguk sajo lahh kan. Janji boleh jumpa. ;)

Di Wangsa Walk, berjalan seiring. bersuka suka. bertukar. All of sudden, moktom mohon undur diri seketika. kawan perlukan bantuan katanya. mim just said, 'i'm okay here. pergilah tolong kawan dulu.' Okayy, mim tipu sebenarnya. rasa takut tu tak pernah hilang. muehehhe. moktom meluru mendapatkan kawannya. and mim terlopong kesorangan. Hemm, rasa macam nak pergi touch up je ni.

touch up punya touch up.. bila dah yakin dah cun melecun. mim melangkah keluar. butik demi butik mim ber-window shopping. masuk kedai spectacle. keluar pergi beli each a cup lagi. tupppp. terdetik, aishhh, ''lamanya makcik aku ni.'' lantas mencari fon dalam tas tangan, each compartement mim terokai. double triple check. Masya Allah, telefon bimbit mim tiada. terus sasau. segala macam doa mim lafazkan. keseorangan di kompleks di kota roya, yeah, i really need it. really need my phone. .__.

bergegas kembali ke tiolet. Sabar mim menunggu di depan pintu kamar toilet. yes, sure, yang ni lah aku masuk tadi. sabar. sabar menunggu. arghhh ! lamanya. akhirnya, keluar, seorang remaja, agak rock lah, pakaian ala ala punk, tiada bertudung, bermata barbie doll. mim pandang atas bawah. Laju mim bertanya, ''ada nampak fon tak, sis? '' Seriously, nada mim agak tinggi lah waktu tu. hemm, tak patut betul lah mim ni. bila jawapan yang diberi ''takde pun... '' . Longlai terus. Fon hilang lagi. yeayy me ! ye lahh, dah berapa orang yang kelaur masuk dah ni. sah, allahyarham lah blackberry aku. Longlai mim melangkah keluar. kehabisan idea.


belum cuba belum tahu. mim nekad. kebetulan, seorang wanita, err gadis lagi sesuai kot, melintas depan mim. tanpa segan silu, mim sekat. And, ''Sis, boleh pinjamkan phone tak seminit ?'' . mim ligat dail number sendiri. dengan harapan, si 'pengambil' fon memberi respons. Cubaan pertama gagal. Kali kedua, alhamdulillah. Maha Suci Allah. ada jawapan. Subhanallah. pertolongan Allah datang dengan tak disangka sangka.

''Ye,,ye,, sis punya handfon ada dengan saya ni. sis tertinggal dalam toilet tadi. Bolehlah datang ambil. Saya tunggu dekat U Cafe ye''

''Alhamdulillah, k, thanks sangat sangat sis''

mim serah semula i phone yang dipinjam milik gadis manis tu. and, i'm asking the location of U caffe. Actually, memang mim zero lah peta Wangsa Walk. mim terkedu. alamak, macam mana ni. Subhanallah. Pertolongan Allah datang lagi. '' Macam ni, you call semula handset you. Minta orang yang pegang u punya phone tu guide kan macam mana nak ke sana. Maybe tu lagi senang kot. Saya pun tak kenal sangat tempat kat sini. Saya tunggu kat sini, takpe, it sokayy. Awak guna dulu phone saya ni. saya tunggu sini ye ''

yakinlah, pertolongan Allah sentiasa ada. syukur sangat sangat, segalanya macam dipermudahkan. mim berjalan lah sambil terima arahan on the phone. ke kiri belok, straight, akhirnya, sampai. Hanya Allah yang mampu membalasnya. insan yang jujur. tersangat jujur. rasa terhutang budi, mim mempelawa si gadis berhati mulia tu untuk dinner bersama, namun terpaksa ditolak kerana ada urusan lain katanya. tak sempat berbual panjang, i phone pinjam masih di tangan mim. hurmm, tuan dia tengah tunggu ni. berlari lari anak, bimbang yang di sana lama menunggu.


Actually, she tried to find the owner of the phone. Dia minta maaf sebab unlock the phone without permission. Dia punya niat murni. Since mim letak word Family kat depan contact. Macam, Family Daddy, Family Mummy and so on lah. Dia call Ayah mim, bagitahu anak pakcik ni tertinggal fon.

Morale of the story :

1. Dont judge a book by its cover. Contohnya, nampak dia tak pakai jubah, kurungs, or dia pakai punky punky ke, terus cop dia pengganas. silap tu. Silap tu. see, siapa yang tolong mim ? gadis punky jugak. 

2. Dalam contact details, di sarankan, letak nama Family ke kat depan. alaa, macam mim buat tu. berguna youu.

3. and last but not least, jangan lah cuai. addoi. sebab terlampau berjaga jaga, takut fon masuk lubang tandas, sampai tentinggal fon tu haa. ohmaii. nasib badan .__.


Monday, January 21, 2013

Sayonara




Assalamualaikum.

Rasa macam tak layak untuk coret kisah hati, kisah diri di sini. Kerdilnya mim, masih mentah, masih muda, masih naif dalam mencari hala tuju sendiri. Kadang langkah kaki maju laju ke hadapan, kadang, pernah juga mundur ke belakang. Samada jauh ditinggalkan, atau pun itu diri sendiri yang mahukan. mim. betulkan niat. istighfar. istighfar. Alhamdulillah, hari demi hari terasa jiwa semakin tenang. bertambah ketengangan. i thank to Allah. Sedar tak sedar, ada banyak benda baru yang tak ternilai harganya, yang mim dapat di sini, kampus.

tutup yang lama. buka yang baharu


Selangkah masuk ke alam universiti, pesan seorang kakak senior,
'kita ni, universiti tengah tengah kota. nak ke mana mana senang sangat. club tak sampai sekilometer pun dari kolej. mall gah mid valley, pavi, dan segala bagai tu, senaaaang sangat nak pergi. semua atas pilihan kita, kat sini, kawan tu penting sangat. sekali silap pilih kawan, habis lah. kuliah entah ke mana. nauzubillah'

berkali kali dapat pesanan dari beberapa senior. jazakillah akhawat. in sha Allah, doakan saya. saya tak kuat harungi dugaan seorang diri. :')

permulaan memang perit. terfikir. mim datang dari family yang boleh dikatakan beragama. Abah mim, setiap waktu solat, akan di usahakan untuk berjemaah di masjid. solat dhuha memang menjadi amalan wajib. benarlah seperti dalam lirik lagu nasyid nostalgia, iman tak dapat diwarisi. mim seakan akan pandang sebelah mata. bila nampak, Abah mim bergegas gegas bersiap ke masjid, dah yea, mim hanya sekadar pandang. pandang dengan pandangan kosong. tipu lah kalau mim cakap, abah mim tak pernah ajak. selalu. he did it. tapi, masyaAllah, hanya alasan yang diberikan. benarlah solat mim tak abaikan, tapi mim rasa seolah olah jiwa ni kosong. kosong. Rasa ada sesuatu yang hilang. perlu di cari.

One day, mim diketemukan dengan seorang ukhti di kampus. Subhanallah. Mim terfikir ini hadiah yang tak patut mim ketepikan. ini anugerah. mulai saat itu, mim mengenal apa itu usrah. kenapa perlunya usrah ? Awalnya, mim mempersoalkan, kenapa perlunya usrah.. usrah itu keluarga. mim dah punya keluarga. mim punya kakak ayah umi. kami bahagia bersama. mim soal sama hati. dengan izinNya, mim mengerti. usrah ini memang perlu. sangat. Alhamdulillah, detik itu banyak mengubah kehidupan mim. moga sentiasa terus di jalan ini.

Allah, bantu lah hambuMu ini agar terus di jalanMu. Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang kerdil ini..

Friday, January 18, 2013

Nina

Minggu depan birthday Nina. Tujuh hari je lagi. 'Aku nak belikan something special untuk diri aku. Alaaa, tak kan lah nak tunggu hadiah kawan kan. Siapalah sayang aku ni. Siapalah aku untuk mereka mereka kan.' Nina masih lagi stay kat asrama since dia masih lagi belajar. Hurmm, kebetulan birthday Nina jatuh hari minggu. So apa laaagi ? Say yeahh ! Seminggu sebelum tu, haa, Nina dah sibuk dah mula fikir pasal dia punya plan personal tu. Nak keluar dari hostel and memanjakan diri. Hadiah birthday lah katakaan.

Hadiah tu, tak da lah grand pun, bukan berjenama lah senang sikit nak terjemahkan. Tapi, kalau dah teringin kan ? Nina dah kumpul duit lama jugak lah, demi nak beli mende alah tu. Alah, bukan brand Chanel pun, apa lagi, Louis Vuitton or Christiana Louboutin pereka terfamous kat France tu, ini hanya produk Malaysia yang biasa biasa sahaja, seriously biasa, tapi mendapat tempat di hati Nina. Itu tujuannya, itu matlamatnya. Itu keinginannya, dan itu hadiah untuk dirinya ! *bukan untuk orang lain

sehari sebelum Birthday si Nina yang naif,
Dugaan besar untuknya. terhebat. Hingga mampu gugurkan air mata Nina. Gugur sederas ombak. MasyaAllah. Nina akur, redha, pasrah. Kehilangan. Nina terus terdown. down yang amat sangat. bila plan yang sudah direncana bakal musnah berkecai. Wang yang Nina kumpul, dengan usaha yang kuat. Kurangkan belanja makan, korbankan wang belanja harian, semata mata nak beli hadiah untuk dirinya. sekelip mata, wang itu hilang ! MasyaAllah, hebatnya dugaanMu ya Allah. keseimbangan diri Nina agak serabut.

tiada tempat untuk mengadu selain yang Maha Pencipta, Allahu ;') hingga ke malam hari, air mata Nina mengalir tiada hentinya. terima kasih buat sahabat sebilik Nina yang sabar untuk tenangkan Nina. namun, kasih sahabat tiada mampu tandingi kasih ibu bapa. Nina perlukan sokongan abah dan family. sangat perlu. solat hajat pohon ditenangkan hati. doa diutuskan pada Ilahi. mohon keredhaan. mungkin silap Nina ? mungkinlah. Nina tertidur dengan esak tangis. menyanyi 'Happy Birthday, mata menangis, air mata bergenang'. Nina kena kuatkan hati, mahu jaga sahabat. Subhanallah, dengan ketentuannya, birthday Nina jatuh pada hari yang sama dengan kekasih hati sahabat sebilik. Hati Nina berkata 'Nina, jangan nangis. kau rosakkan hari bahagia mereka, jangan nina. jangaaan. hormat hari kelahiran orang lain jugak' Nina memujuk hati kecil nya.

_ _ Mei 2012
'Selamat Hari Lahir Nina. nina lafazkan untuk dirinya. hadiah yang mampu diberi, buat masa ini. punya mata bengkak di hari kelahiran is not cool at all. Benarlah, manusia hany mampu merancang but Allah is always the best Planner. percaya, Nina kena percaya semua ini ada hikamhnya. tapi, nina seakan tidak mahu berdiam diri. mahu selidiki. mahu siasat. di mana silapnya ? di mana kecuainya ? dengan mata masih berbaki merah, nina mulakan. pohon keredhaan Ilahi, moga nina ditunjukkan jalan. dipermudahkan urusan. moga selesai urusan.

ke kiri ke kanan. ke depan ke belakang. Nina langsung tidak keruan. tidak boleh duduk diam. kepala ligat berfikir. Adakah benar ini kenyataan ? adakah benar ? apakah benar apa yang Nina nampak. mungkin tak perlu ceritakan apa yang nina buat. macam mana nina boleh kesan kehilangan tu. biarlah hanya Nina yang tahu. persoalannya yang tak pernah habis, adakah itu benar, minda seakan tidak percaya. tahajud diteruskan mohon petunjuk Ilahi. Nina ketemu penyelesaiaan. namun, tiada kesudahannya. kerana akal sukar percaya. namun, bila bukti sudah nyata, apa kan daya ? minda harus percaya. ini kehidupan. percaya. percaya.

apa apa pun terjadi, harapan diri Nina agar kepercayaaan yang diberikan tolong hargai, kerana ia tiada ganti. sekali kau cabuli, usah merayu lagi.

Friday, January 4, 2013

Thursday, January 3, 2013

Tahun Baru 2013







Bismillahiraahmanirrahim..

Assalamualaikum Abah mama along and alls.

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik pejam celik, i'm twenty now.Selamat datang 2013. Please be nice to me. please please ;') Macam biasa lah kan, pabila kaki dah menginjak ke tahun baru ni, mesti semua pun nak baru. Azam baru, misi baru, pakaian pun nak baru. Almaklumlah sale banyak kaaan ? Hihi. Tapi kan, sebenarnya kecewa jugak dengan diri sendiri ni, berapa kerat sangat lah azam sebelum ni yang mampu mim capai. Luaran dan dalaman. Ada peningkatan tak ? Hati kita macam mana. terjaga rapi ke atau sebaliknya, nauzubillah.

pertama sekali, mim mohon dengan izin Nya kekuatan dalam hidup. yeah, mim akui banyak sangat memori kelabu yang mim lalui sebelum ni. Seboleh bolehnya biarlah semua memori itu berlalu. Pergi jauh jauh. dan datang bila perlu. kalau lah itu boleh mim pilih kan. selalu juga dengar ''eh, sekali jatuh bukan bawa erti jatuh terus. come on mimi, life must go on'' . thanks kepada abah umi dan kawan kawan yang sentiasa bagi semangat kat mim. i'm appreciated it. but, i'm just... okay okayy, maybe i should shhhhh.

oh no. i've to go. k tata. love you much mon ecouter ;')