Thursday, March 6, 2014

Apa itu One Day One Juz ?


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah pilih aku untuk masuk dalam golongan ini. Mereka sangat hebat. Masha Allah.

Mana tahu pasal ni ?
Dengan izin Allah, mim terserempak dengan page One Day One Juz Malaysia di homepage facebook, ada seorang sahabat share kan. Berguna jugak facebook rupanya ya. Eh. Seharian jugaklah mim scroll page itu. Seriously, mim was like wujud ke usaha usaha macam ni ? Lagi lagi kat Malaysia ? Maafkan mim, sebab pandang rendah pada negara sendiri. Allah.. Im kagum tengok effort anak muda yang sentiasa dekat dengan alQuran. Subhanallah.

So, apa itu One Day One Juz ?
Okay, actually ini merupakan salah satu kempen untuk membudayakan juga menghidupkan alquran dalam kehidupan. Satu juzuk iaitu lebih kurang 20 helai alquran nak dihabiskan dalam masa sehari macam mustahil je kan ? Tapi subhanallah, dengan izinNya peserta mampu habiskan nya sedar tak sedar. 

Macam mana pelaksanaanya ?
Stepnya sangat mudah. Bagi anda yang berada di Malaysia hanya klik link di bawah :

Insha Allah, anda akan dimasukkan dalam satu group whatApps sebaik sahaja cukup 30 hamba Allah yang mahu menyertai. Kitaran ni akan berterusan. Dalam setiap group, memang akan ada learder nya. So, dont worry. Insha Allah semuanya teratur. Setiap hari, ODOJer akan dapat satu juzuk seorang untuk dihabiskan sebelum jam 8 malam. Kalau kita tak mampu habiskannya sebelum jam 8, boleh 'lelong' dalam group whatApps tu. Insha Allah sentiasa ada yang membantu. Ukhwah ;')




Mampukah aku ? :(
Ini juga soalan yang keluar di benak fikiran mim. Komitmen belajar kelas pagi sampai petang. Assignement yang tak pernah habis. Memang menang perit sikit pada permulaannya. Tapi mim beranikan diri jugak masuk daftar selepas tersedar, orang lain boleh kenapa aku tak boleh ? Masing masing mahu ke  sorga bukan ? Alhamdullilah, team yang hanya kita kenal di group whatApps sentiasa bagi support, bagi sokongan. Mereka ada yang lagi banyak komitmen rupanya. Siang hari bekerja, pulang kerja uruskan hal makan suami anak anak, masha Allah. Kagum ! Mereka pembakar semangat mim ! Lillahi Ta'ala.


''Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai 
juru syafaat bagi pembacanya.” 
(HR Riwayat Muslim)


Ko nak masuk sorga kan ? Nak.
' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih '



No comments: