Bumi Indigo

Tuesday, May 27, 2014

Boleh Tinggal Serumah Dengan Non Muslim ?



Bismillahirrahmanirrahim..


Berikutan post Mim sebelum ni, ada Mim berkongsi rasa untuk tinggal serumah dengan warganegara Perancis untuk lebih mengenali budaya juga merperkasakan penguasaan bahasa Mim. Secara tidak langsung boleh lah Mim serapkan budaya Islam juga sedikit demi sedikit. Allahu :') Moga diberi kekuatan.


Okay, sekarang Mim mahu berkongsi jawapan jawapan yang diberikan oleh para ustaz dan ustazah berkenaan dengan isu ini. Yelah, Mim nak ambil keputusan sendiri takut juga. Tinggal serumah dengan non Muslim banyak juga benda yang nak kena jaga. Berguna juga rupanya fanpage Ikon Islam di Facebook. Subhanallah! Terima kasih kepada para ilmuwan yang sudi berkongsi pendapat beserta hukum dan dalilnya. Moga Allah rahmati dan berkati kalian Ustaz Ustazah :)

Inilah soalan yang Mim ajukan kepada mereka.
Mim dah cuba ringkaskan sebanyak mungkin soalannya, bimbang mencuri masa mereka pula nanti.
Direct to the questions. Sementara menunggu jawapan mereka, hati Mim berdebar juga.
Mana tahu cara ini salah ke. Berlawanan dengan agama ke. Hurmm.


Jawapan Pertama : Ustazah Maznah Daud
Jawapan yang sangat clear beserta huraiannya. 

Ini saya printscreen jawapan daripada Ustazah Maznah.
Untuk jawapan penuh : Boleh rujuk sini ya Blog Ustazah Maznah

Sambungan hurainnya Ustazah Maznah . Jazakillah Ustazah :)


Sudah pasti ada pros and cons nya.
Sesudahnya istikharah lah Mim.
Betul juga kata Imam Muda kita ni. Buntu.
Memang Mim dahulukan French Muslim ;')


Persefahaman dalam perhubungan itu penting.
Memang kena mula dari awal. Mim kena tambah ilmu di dada dahulu.
Supaya nanti imej Islam tidak tercemar disebabkan kelemahan Mim.



Ini pula jawapan daripada salah seorang Ustazah Pilihan, Ustazah Wan Suhaili
Lemah lembut biacaranya, tenang je hati. Syukran Ustazah ^^


Sambungan Halaman Kedua Ustazah Wan Suhaili


Sambungan Halaman Ketiga Ustazah Wan Suhaili


Terima kasih untuk semua pendapat pendapat yang diberikan. Moga ini membantu Mim untuk membuat keputusan yang terbaik. Insha Allah. Jumpa laagi ^^


No comments: