Monday, May 26, 2014

Part 1 : Pencarian Housemate Bumi Perancis



Bismillahirrahmanirrahim


Gambar dirakam di Bandar Rome, Italy


Rasanya readers dah sedia maklum yang Mim adalah pelajar Linguistics di negara Perancis. Mim sedang mempelajari asal usul bahasa Perancis, faham dan juga mencuba untuk hadam. Mim sedang usaha habiskan pengajian di peringkat degree selama tiga tahun di sebuah bandar kecil di Perancis ni, Sudah lapan bulan berlalu dan insha Allah masih punya dua tahun setengah sebelum menamatkan pengajian. 
*wink wink wink*


Okay, back to the main topic. Seperti yang Mim bagitahu kat atas, sudah lapan bulan Mim mengembara kat sini. Sedar tak sedar kan. Mim fikir fikir semula, lapan bulan tu tempoh yang agak lama. Sepatutnya Mim mungkin dah sampai peringkat paling kurang pun mampu berkomunikasi dengan sempurna untuk perbualan perbualan harian. Tanpa tergagap gagap lagi. Tanpa bunyi pelat. Paling kurang pun dah ada rentak retak perancis tu. Hehe. Ni.... serius rasa macam slow je perjalanan nak belajar bahasa. Macam tak ada perubahan. Hari demi hari rasa macam biasa je. Tak ubah waktu preparation kat Malaysia dulu. 



Mungkin sebab Mim terlalu malu untuk berkomunikasi dengan orang awam
Mungkin sebab Mim gagal untuk mencari kawan berlainan negara
Mungkin juga sebab Mim sedang berada di zon selesa bersama rakan senegara
Mungkin juga bahasa Perancis terlalu asing untuk Mim


Lalu Mim berusaha untuk mencari penyelesaian. Seakan rasa kecewa dengan diri sendiri. Dahlah guna duit biasiswa kerajaan, dihantar jauh belajar luar negeri ni. Mim patut kaut sebanyak mungkin ilmu pengalaman berguna. Siapa tahu nanti jadi pembakar semangat bakal anak murid Mim kan ? 

Permudahkan lah. Amin


Selepas berdiskusi dengan Abah, pakar motivasi, agamawan, beberapa kenalan rapat, sahabat yang pernah serumah non Muslim, juga berbincang dengan pensyarah. Maka Mim mengambil keputusan untuk tinggal sebumbung bersama warganegara Perancis. Semua masih dalam perancangan. Insha Allah, moga ini pilihan yang terbaik mudah mudahan. Langkah diatur perlahan lahan.


Once Mim bersetuju untuk serumah dengan warganegara asing, which in French people bermaknanya Mim harus kena dan sudah bersedia dengan macam macam consequence yang mungkin menjelma nanti. Papepun, moga ini pilihan terbaik. Go cikgu Mim gooo !


"...learners of languages need to learn about and understand cultures..."





No comments: