Thursday, June 28, 2012

The Chef of The Day

Assalamualaikum,

Permulaan semester yang baik, menurut firasat mim. beuuurk ! mengapakah ? Mungkin umur dah matang, mungkin semangat nak belajar dah tak turun turun sebabnya dah boleh terima hakikat tinggal jauh dengan abah, umi dan along. dan sebagai nya lah kan, 

back to the topic, semalam French Club kampus mim jemput seorang lecturer from Taylors College, Monsieur Joaquim, native speaker from France untuk luangkan sepetang yang awesome bersama kami, pheww ! kitorang ni memang, dengar aje berita mat salleh nak datang melawat, terus senyum sampai ke hidung, heh. attention, kecuali saya, thee.

Aktiviti kami dimulakan dengan sedikit explaination pasal French Gastronomie, menarik lahh, dapat tambah ilmu pasal makanan² menarik kat France, mana tahu ada rezeki boleh fly, boleh lah merasa buoillabaise, couscous royale, foie grass, fromage dan etc. Merci beaucoup monsieur Monsieur Joaquim ni. mim memang respect lah kat dia ni, sebab dia jaga sensitiviti Islam, sebelum mula kelas memasak, dia dah explain awal awal, semua makanan yang dia sponsor hari tu, non alcohol and he knows bout HALAL, respect him much. fuhh, lega , okayy, let's go !

ini lah dia Monsieur Joaquim, un grand meci pour tous ! Enchantee :)
sedap nye, inilah salah satu makanan famous kat French, le baguette,
name aje pelik, kat Giant pun ade je jual neh. hihi :P

Ni pulak potongan fromage or cheese, errr,
perut mim langsung tak boleh terima, aiyyayai, kuat sangat baunya, 
Produk French yang dah bertapak di Malaysia.
yummy ! jom beli Monin, Halal :)
Malaysian guy diapit French guys, opss ! berbeza ketinggiannya.

Les dames de notre classe. After the tasting session . alhamdulillah, kenyang :)
Me ekin and Masitah

Selepas sesi sharing sharing dengan Monsieur Joaquim, ada lah pulak sesi Quiz, group boys lawan girls, and the result is, teeet. Tahniah kepada pemenang ! xD minggu depan turn kitorang plak pegi Taylors ! yabebadooo, tapi, dengar cerita, nanti pegi sana mungkin akan jadik tutor French untuk students kat sana, oh Tuhan, cakap French pun tunggeng terbalik lagik ni, haiyyah. Courage !


Monday, June 25, 2012

Semalam Punya Exam

Assalamualaikum


Alhamdulillah, akhirnya selesai. Semalam mim dan beberapa classmate yang lain dah abis exam. Memang meletihkan. Kawan dengan buku siang malam, berjaga sampai pukul tiga pagi, menjamu selera pun nak jenguk nota, call kawan kawan pun tak terangkat, sedih memang sedih, tapi... hurmm, memang perit. First time kot exam besaw besaw sepanjang mim belajar kat sini. Tu yang gabra semacam aja.


Pagi exam,
Bangun pagi pagi dah tatap nota, semua dah serba tak kena. Nak minum air, nak pegang cawan pun dah tak mampu. Selimut tebal tebal pun rasa macam bergelumang dalam salji jugak. rasa macam nak bawak semua nota nota masuk letak atas meja waktu exam. * kalau lah bolehh kan... okayy, semua dah tak tenteram. Call my abah, mohon restu. moga ketengangan milik aku.

kusimpulkan, jangan gabra waktu exam. bila jiwa dah gentar, apa yang sedia tahu, semua terbang entah ke mana. ini betul, sumpah aku tak tipu, tak mahu menyesal untuk kali keseterusnya, satu pun dah cukup.

Kawan-kawan,
pegang kata-kata Mentor kita, mettez-vous à côté ce qu'est déjà passé, concentrez à l'avenir. dan mungkin ini lah yang jadik spirit mim, yang berlalu biarlah berlalu, tumpukan yang masih di hadapan. Thanks Mademoiselle Teh Hui Yen, memang pemberi semangat. tahniah kawan kawan ! setahun kita berperang pagi petang siang malam, ini lah waktu nya kita nak guna kan ? -___-

Hablun minallah,
dengar cerita, result dah nak keluar dah dari pintu kebalnya, gentar gemuruh pun dah bergabung dah. gugup. tiba tiba, kawan mim bagitaw something,

''Buat apa nak takut, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, yakin denganNya''

and then, i feel like, tenang setenang tenangnya. semua rasa gugup hilang serta merta. pendek dan simple, tapi, Subhanallah, mampu buat hati mim tenang. thanks ya Allah. tersedar, dari terleka.

apa sebenarnya tujuan aku belajar,,,adakah untuk markah tinggi semata?

Friday, June 15, 2012

Paradigma Seorang Hamba

Entah bila mahu berhijrah
menuju ke situ
di mana detik bermula
aku, menjadi aku

ah, alasan semata
 aku mampu
cuma cuma cuma

tidak !
kuatkan taman hati
sematkan bunga azam
kau hampir ke situ
istana kayangan
Syurga impian

Jannatul Firdausi

Wednesday, June 13, 2012

My Admire House

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia.

Bangun pagi pagi, mata terus segar bugar nak update belog, ntah apa apa lah mim ni, haiyya. Mana taknya, semalam mimpi indah yang mendebarkan lagi mengasyikkan. fuhh ! *ayat taleh blah..

Mim mimpi rumah mim di zaman ntah bila ntah, mungkin abad 2020 kot, tu pun kalau bajet cukup, ye lah, beliau ada White House, kita pun nak jugak kan, dia punya villa, kita punya teres pun ok lah kan !

papepun, based on apa yang mim mimpi tu, boleh tahan laa, my futur house punya rules mengalahkan peraturan sekolah juvana Henry Gurney, Beurkkk ! tapi, macam menarik lah, here we go ....

simple macam ni pun okayy lah kan ? cute je. :)

No outsider allowed 
cehh, macam kawasan Istana je rumah mim tu. padahal, rumah takdelah besar sangat, mim bukan nak block terus siapa siapa yang datang menziarah, just as precaution. means, takde amah amah Indon, babysitter or whatelse lah, I nak jadik IronWoman ! hehe, bisa bikin apa saja, kekadang, bahaya hire amah ni, ehemm, paham paham je lah kenapa kan. Your husband is in danger ! haha :P

No Cigarette
masyaAllah, ni tersangat-paling-sangat lah mim allergic. kekadang, kalau makan kat restoren ke mana mana je lah, tertakdir lah penghuni meja sebelah tengah smoking, hurmm, memang rasa nak bagi gusti Ultromen je, tapi, apakan daya, pompuan, kene kontrol ayu lah sikit kan. hehe. so, hav no other choice, mim buat buat batuk kuat kuat, biar lah nampak over, janji mesej itu sampai. haha. ''Merokok Membahayakan Kesihatan lah brader.'' So, No smoker in my big big house, please. 

Cat's House
Dalam mimpi tu, hasrat mim nak bukak taman kucing tercapau dengan jayanya, hoorey ! siapa siapa yang tak paham jiwa kucing, memaaang rugi, rugi you, bagi mim, sometimes, bila ada problem, cakap kat kucing tu lagi mengharmonikan. *tiba tiba teringat kat kucing kat umah, manja dan hyperactif. so, my futur colocataire or nak specifik lagi, my futur protecter, please allow me to have a big family of cat in our family, hemmm, gelli weh aku, haha. tak sempurna rumah tu nanti kalau takde kucing, believe me !

The Remote Controller
kalau taknak tengok ada makhluk muncung panjang sedepa boleh hanger baju sepasang, haaa, jangan berani berani nak ubah channel televisyen, lebih lebih lagi, kalau dia duk syok layan dia punya feberet channel. takpe, bukan lama pun, satuu jam je pun, hehe. biar lah dia layan MasterChef Selebriti tu, dia nak belajar masak lah tu, *eheh.. sedar diri takberapa pro kat dapur lah tuu. biarlah dia layan program On Air Pak Nil tu, dia angan mak jenin nak jadi Host Top lah tu. hehe. menariknya rules keempat my futur house ni. terpukul pukul di benak sanubarikuu, hihi -,-


dah dah, kalau nak tulis semua, memang keyboard pun boleh rosak, cane parking kereta, ni garaj kau, tu garaj aku, aji no moto diharamkan kat our dapur, ni makanan aku bukan makanan kau, k, stop stop, over dah nim. kedekut hidung masen betul! haha. tade lah, tipu je tu ;) ikutkan mimpi mim tu, fuhh, memang rumahnya chantek, tenang dan paling penting design nya fuhh lawaa, kalau dapat kan best ! decorate ala ala Perancis gitu, hurmm, angan je lah kau mimi, 


hurmm, biar mimpi sampai ke bintang, kbai.