Sunday, December 25, 2011

ikut hati mati


get well soon. insyaAllah.
selamat malam. mimpi manis manis.

Wednesday, December 21, 2011

Wah ! Fullmusik Giveaway.

Assalamualaikum. Hai hai. 

waktu mim menggodek godek di webpage Fullmusik tadi, hah ! dengan spontan mata mim membulat. ada giveaway beb ! bukan senang nak tengok mim join giveaway nih, tapi, disebabkan tuan penganjur ni adalah tulang belakang belog mim, maka, muktamad ! JOIN. mim pun join dengan penuh bersemangat -_____-

If ada kawan-2 yang berminat nak join, boleh klik sini ye. Rugi kalau tak join. Syarat memang sempoi. tapi, hadiahnya, fuhh, meletopp ! 
Nak taw apa hadiah nya ? :)

 : : Hadiahnya adalah : :
Oh ! Instax mini Fujifilm .
alahai. indahnya dunia, jikalau kau milik aku. 
siap ada hadial novel lagi. slrrrpp. nak ni !

Okayy, mim mulakan dengan, Bismillahirrahmanirrahim :)

Tiga sebab ingin menang hadiah dari fullmusik ?
pertama
that Instax mini Fujifilm dah memang ada wishlist azam tahun baru mim kot. memanglah mim nak dapatkan jugak. hihi. wishlist mim tahun-2 sebelum ni, asyik terkubur macam tu je, so, harapnya, tahun ni my wishlist terkabul . amin. :)
kedua
tak dinafikan, kecomelan that instax mini yang melampau itu lah yang buat mim tertarik untuk join dan menang giveaway ni. bukan setakat cumil, spesefikasi nya pun memang sesuai dengan remaja seusia mim ni. ringan dan stylish. 
aww. totally perfect ! 
ketiga
mim adalah seorang ulat buku yang melampau. so, kalau tak menang hadiah utama tuu, dapat tambah koleksi novel pun boleh jugak kan. just now, mim dah search synopsis novel ni, hurmm, memang menarik! kalau terpilih, boleh tambah ilmu lagi, instead of berphotografi lah kan, ye dakk ? *wink wink. 

berapa lama telah guna fullmusik dalam blog ?
sebenarnya, mim dah lupa tarikh spesifik. tapi, anggaran sebulan selepas mim kenal dunia blog. hurmm, mim mula berblog awal tahun ni, Januari 2011, di bulan Februari 2011 itulah gadget fullmusik ni terus bertakhta di laman blog mim. thanks for all the great songs yeah ! like it :)

syarat wajib di follow. i'm done ! 
rakyat malaysia macam mim ni. awwcak ! foreigner tak leh join. sooobs soobs.
mesti ade blog sendiri. ni ni. macam mim punya ni. hihi.

btw, thanks kepada rakan blogger yang perkenalkan this awesome fullmusik. juga kepada owner belog mylifemystory thanks soo much . mim akan terus menyokong anda ! ;)

jangan lupa terjah di sini ye :

okayy, semoga tuah menjadi milikku. amin. mudah mudahan. k, papai. 

Monday, December 19, 2011

6 sebab aku mula bersyukur jadi cikgu ?

Assalamualaikum pembuka bicara.

well, rasanya ramai dah tahu kan mim ni adalah penuntut institut perguruan. senang cerita, bakal cikgu lah. pheww. cikgu tu beb ! tahun depan 2012, mim akan menginjakkan kaki ke ke semester dua tahun persediaan dengan rela hati. diulangi, dengan penuh semangat dan azam yang membara. jauuh bezanya sewaktu first tyme daftar. hati berat tak terkata. kaki melangkah longlai. Arghhh. lupakan kisah lama. agak-2 apa sebabnnya mim boleh terima bidang perguruan ni ? kenapa ya?
1+2 = 3
inilah jasa cikgu :)
Pertama
lifestyle kat institut pendidikan guru or ipg. memang kondusif dan menenangkan. bangganya mim nak umumkan, 5 bulan mim kat ipg, sumpah tak pernah nampak guy smoking depan mata kat kawasan kampus. fuhh. plus, nak nampak sampah free-2 depan mata memang tak lah, see ! betapa berdisiplin nya kami. 
Kedua
mim dapat save duit mak ayah. alhamdulillah. sedikit sebanyak dah kurang beban mereka. kalau sebelum ni, keje keras muka berkerut seribu, sekarang dah boleh senyum kot. elaun yang kami dapat tu banyak kot, RM430.00. kalau tak boros, setiap bulan boleh spend teddy bear kat buah hati. auuuw. oh ! btw, thanks kpm  :)
Ketiga
penyelamat utama. yeah. golongan yang fail english macam mim ni memang patut lah masuk maktab. rather than pegi foundation or apa2 preparation. sebabnya kat sana, speaking skill memang kena power. hari hari kena present kan ? kan ? kena speak english tuu bro. mau ka ? mintak jauuh. so, jom masuk maktab. lagi satu, sape masuk maktab takyah amek exam MUET. yezza ! tapi, ini depends course jugak o.O
Keempat
masa depan. bila fikir fikir balik. ''eh, aku ni perempuan. akan jadi suri rumah. jadik mama lagi'' . maka menguatkan lagi hujah mim profesion keguruan ni memang terbaek. mana tak nya, waktu kerja cikgu berjadual. paling lewat sampai rumah pun pukul 4.30 petang lah, normally. waktu malam memang totally free. waktu bersama keluarga dan anak-2 sendiri lah plak. kalau kerja laen mungkin masa bersama famliy terbatas sikit kot. sorry to say. :)
Kelima
 sahsiah diri lebih terjaga. ini part penting kot. yang ni, mim pun tak taw nak hurai macam mana. you all sendiri pun mungkin dah boleh relate kan ? bila nak jadi, cikgu ni, kena lah jaga luar dalam. perangai mahu elok, hati mahu bersih, pakaian mahu sopan, tutur kata mahu lembut. kat ipg takde pun course ini ini semua, tapi, persekitaran dan karisme pensyarah dah cukup untuk mengajar kami untuk membina kredibiliti menjadi seorang guru.
Keenam
cuti dan kerja dan bergaji. equal cuti kerja bergaji. muahaha. i like. kami kami akan dapat cuti same as the budak sekolah. sebenarnya, kami tak nak pun cuti free ni, tapi, dah student tak nak pegi skolah, kami pun tak pegi jugak la, karang mengajar sengsorang plak kan ? part cuti, waktu ni lah mim boleh bawak anak-2. husbend pun, kalau dpt cuti, jemput lah join sekali ye. haha. bercuti jauuh jauuh, lama lama. huhu. hepi holiday.

sekian wassalam omelanku di tengah malam.
sedang angau teringatkan si dia nun jauuuh di sana. *wink wink !

Wednesday, December 14, 2011

Tears

sukar untuk belajar tanpa kamu
sukar utk meneruskan hidup tanpamu di sisi
kerana aku slalu terbayang bayangkan kelibatmu di sini
wlaupun aku tahu,
semua itu hanyalah khayalan..
kerana terlalu merindukanmu.
Bobo,
 jaga diri.

there are something that i can't say to you face to face, 
so, i'm writing dis entry. thanks for dat message. my tears come out again. 

Here for you, ;)
My Bubu,
for always being my side, thank you.
for being soo much to me, thank you.
for saying that u miss me, thanks. and i miss you more and more.

p/s : friends forever . insyaAllah :)


Monday, December 12, 2011

Niat memang nak tolong . . .

Assalamualaikum .

alahai. sedar tak sedar dah tinggal berapa minggu je lagi cuti nak habes.
oh noo ! -_______-

dah bace tajuk kat atas tu kan ? niat memang nak tolong. tapi, . errghhh. memulakan cherita, beberapa bulan yang lepas, mim dah daftarkan diri sebagai penderma organ. kalau ada rakan-rakan yang berminat nak daftar gak, just klik sini. okayy, stepnya, memang senang. mim daftar online aje. dan, pendaftaran mim telah diluluskan. Alhamdulillah. mim berdaftar untuk dermakan satu organ aje. tak banyak. ye lah, at least dapat jugak membantu insan yang memerlukan. ye dakk ?
kepeningan -,-

actually, memang mim pasang niat nak derma organ ni sejak kecil lagi. kalau tak silap waktu tu, umur mim 10 tahun. waktu arwah mama masih ada. sebelum tu, alfatihah buat mama. semoga mama ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. amin. waktu tu, mama tengah suffer sakit buah pinggang. both kidneys dah rosak. tiga kali seminggu mama ulang alik pergi hospital sebab nak cuci darah a.k.a heamodialysis. dan mim sendiri pernah teman mama, mama tetap senyum. walaupun, mim tahu, mama sakit. lame mama tunggu, nak dapat turn untuk menerima organ. rupa rupanya, masih ramai yang ada dalam list menunggu. dan mim tak sanggup tengok mama sakit. memang lama mama sakit. sejak mim masih bayi, umur 15 hari. lama tunggu penderma. at last, mim cakap kat abah, mim nak jadi penderma. nak tolong mama. waktu tu, abah senyum je. tak komen apa apa. tapi jelas, reaksi muka abah memang tak bagi. ye lah, waktu tu, mim kecik lagi. baru darjah empat. -.-

lama menunggu, akhirnya, ada seorang insan baik hati, yang sanggup derma organ buat mama. terima kasih yang tak terhingga. terima kasih sangat. hanya Allah yang mampu membalas jasa mu. keluarga mim bergegas ke HKL, kerna waktu tu, proses transplan hanya boleh buat kat sana. alhamdulillah, proses berjalan lancar. namun, keluarga mim agak terkilan sebab tak dapat nak face to face dengan perderma organ tu, sebab beliau mahu identiti dirahsiakan. yang keluarga mim tahu, penderma tu keturunan orang asli. murni hatinya, walau apa pun, terima kasih skali lagi.

sejak tu, memang salah satu azam utama mim, nak derma organ jugak. sebagai tanda nak balas budi that penderma. sebelum mim daftarkan diri, mim selalu jugak la risik risik webpage pusat transplan negara. mim baca syarat sebagai penderma. ohh, kena umur 18 tahun ke atas rupanya. bawah umur tu boleh jugak, tapi dengan kebenaran ibubapa. that's why mim tunggu umur 18 tahun dulu. nak bincang ngan family ? memang tak lah. sebab mim takut ada yang setuju. umur dah cukup 18, mim pun daftar -________-

memang silap  mim lah kan. buat keputusan tak bincang dulu. now, keluarga mim dah tahu pasal ni. include abah mim. dan, unfortunately, abah tak setuju. waktu abah cakap tak setuju, muka abah memang serius. and, mim pun terus tersenyap. tak tahu nak cakap apa. lama kami tersenyap. then, about 5 minit lepas tu abah cakap, takyah la mie, seksa badan tu nanti. badan tu refer kepada badan mim waktu pembedahan tu nantilah, maksudnya jenazah mim yang dah meninggal. lepas tu, mim cakaplah, mim dah search dalam internet, proses tu penuh berhemah dan paling lama pun empat jam je. tapi, abah cakap lagi, takyah laa. mim pun okayy, senyap.

dan sekarang, mim buntu. nak teruskan ke tidak ?
mungkin ya dan mungkin tidak.

Ya Allah, permudahkanlah.

Saturday, December 10, 2011

Sepetang Bersama Meeoow !

Assalamualaikum. Good morning peeps ! Aduhaii. Lambatnye cuti nak habes. Bosan lah plak terperap kat rumah ni sengsorang. mim pun kureng paham sistem education kat malaysia ni. kenapa lahh cuti tak sama ? terlepas pluang oden nak bercuti bersama akak tercayam. tyme die cuti, kite dah jauuh terpelanting pi sambung belajaq. haishh.

tapi, syukur banyak-2 sebab mim dianugerahkan teman baru ! baru aje kenal seminggu, dah macam kawan baek. auuuw. siap dapat pakej one whole family gituu. 1 papa, 1 mama, 1 son and 1 daughter. lepas mim bagi makan sampai over kenyang, mereka pun kluar lah bersantai. hihi. mim pun ikut sama. apa lagi, sesi photoshoot bermula. sayang mereka sangat-2 :)

Jom lihat telatah mereka. meooow !
awwcak ! now present, the mama :)
aloo mama nih, ganasnyee ! jatuh karang. ishh.. nakal ye mama nih. 
alahaii lalang rumput ni. terlindung muke awet mude mama. ahaks !
the noti son ! sanggup msuk dlm konkrit ni, sbb nak pose kaw kaw punye !
mama dan si daughter ! chantek macam mama ! eewww.
anyonyonyoww. sianyye kene pakse pose kan ? hihi
udah2 le tu amek gambar. nina nak titow ni. mencik laa jdi cumel ni xD

Aduyaii. tenang hati mim dapat men ngan kucing kucing ni. aksi yang cute mute yang terlampauu. eeei. geram betul. tapi, hakikatnya, kucing ni tataw sape empunya. hope tuanya tak datang cari ye. mim naaaak ! ok, thanks. hihi.

LOKASI                    : Lot tapak rumah kosong berdekatan
ARTIS                       : popo, mama, nina, jiji. *okeii, fine, nama mim tipuu aje. hee.
MAKE UP                 : cik mim entreprise
CAMERAWOMAN   : the owner of dis belog. hihi

okayy, papai. have a nice day  :)

Thursday, December 8, 2011

Jika aku jatuh hati

Assalamualaikum kawan kawan ! ahai. sewaktu jemari duk menaip naip this entri, ade jugak terpikir, layak kah mim nak karang tajuk ni ? haihh. kan kena saman masuk kes under juvana, mau tak nya kena masuk Henry Gurney ! oh mak ! ampun. hihi, renung renung, eh, apa plak tak boleh ? aku dah umur 18 tahun pown weyy ! boleh lah nak cakap hal cenggini cikit cikit kot. hihi :p

okayy, Jika aku jatuh hati, bedebushhh ! macam macam terimagine kat fikiran mim, dari utara till selatan, A to Z, manyak lahh. yess, firstly, kena ingat, entri ni hanyalah luahan hati seorang gadis semata mata, kui kui. tiada kena mengena dengan sesiapa. hanya mim dan my future mate . inshaAllah :)


jika aku jatuh hati
biarlah kepada yang bisa menuntun diri ini. membimbing diri ini. kalau tersilap langkah, bukan lentingan yang diterima, tetapi nasihat yang membina. di saat aku terleka, fuhh, cepat cepat disedarkan untuk ke jalan sebenarnya. di kala aku membaca ayat suci al quran, ada yang berada di sisi, menegur silap baca. 
mudah mudahan.

jika aku jatuh cinta
biarlah kepada sang Adam yang panjang akalnya. bukan kepintaran yang di cari. bukan pangkat dan darjat tertumpu di hati. tapi, cukup lah sekadar si dia tahu membedakan ''oh ini waktu untuk keluargaku, ini waktu untuk mencari nafkah'' alangkah indahnya hidup sebuah keluarga jika, masanya banyak di luang bersama, bukan di ruangan kantor semata. isteri terpelihara, cahaya mata terjaga. inshaAllah.

jika aku jatuh cinta
biarlah kepada yang baik amalnya. biarlah kepada yang takut untuk berpoya poya. di saat azan berkumandang, dia yang pertama mengajak seisi rumah berjemaah. bersama sama mengaminkan doa keluarga baiti jannati. biarlah yang bersederhana orangnya. tidak keterlaluan pakaiannya, lemah tuturnya, lembut wajahnya. amin.

secebis nota : 
''jika dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
jika dia bukan milikku, tenangkanlah hatiku dengan ketentuanmu''
-Nasyid Permata yang Dicari

sekian wassalam. semoga dipermudahkanNya. Amin.