Monday, August 25, 2014

Kisah Memberi

Assalamualaikum every one !

             Cerita kali ni berkisarkan kehidupan seharian kita. Cerita ni cukup dekat dengan Mim. Dah lama mahu kemukakan, suarakan, tapi keyakinan belum tumbuh. Mungkin juga sudah tumbuh, tapi masih belum bercambah. Kaku. Okay, ceritanya begini. Bayangkan situasi dalam sebuah supermarket ya. Yang saiznya tak besar sangat tak kecik sangat. Cukuplah untuk membeli barangan keperluan harian rumah dan keluarga. Ada barang basah, ada barang separa basah, ada barang ready make and ada macam macam lah lagi.



Photo : Gambar diambil di sebuah pasaraya kecil di sempadan Syria.
Membeli keperluan bayi untuk diagihkan kepada refugees Syria di kawasan berhampiran.
Sekadar gambar hiasan, tak berkaitan dengan cerita.



          Kemudian dua sahabat muda remaja baru tiba. Mahu membeli sedikit barang keperluan rumah. Mungkin. Mereka berjalan seiring, sambil berbual bual barang apa yang mahu dibeli. Minta pendapat satu sama lain. Begitulah gayanya. Tiba tiba, datang seorang perempuan yang boleh dikatakan sudah agak berusia, memegang sekotak uncang teh. Blurr. Patah katanya tidak berapa difahami. Seorang cuba memahami apa yang mahu disampaikan, seorang lagi sahabat ke bahagian rak lain. Mungkin mahu mencari sesuatu yang mahu dibelinya. Terkapai kapai sahabat yang seorang ini bersama wanita tersebut, agak berusia, bertudung dan kelihatan tidak bermaya.



         Setelah sedetik si sahabat berdialog bersama wanita itu, maka faham lah bahawa dia perlukan seuncang teh itu untuk anaknya yang masih kecil. Namun wang yang ada padanya tidak mencukupi untuk membeli biarpun sekotak teh yang harganya hanya 2euro itu. Lalu lahir rasa simpati dalam diri. Si sahabat cuba mengeluarkan duit apa yang ada untuk membantunya. Bernasib baik untuk keduanya. Kehadiran wanita tersebut membantu si sahabat untuk mengikis rasa pentingkan diri. Moga rasa untuk cakna dan membantu yang kurang berkemampuan itu terus bertambah bercambah dan tersebar. Terpancar kebahagian di wajah kedua duanya. Si wanita bahagia bersama tehnya, dan si sahabat juga pamerkan senyum tanda suka. Suka kerana dapat membantu yang memerlukan ? Harapnya begitulah.


Mungkin ini yang menghantui kepala sahabat yang memberi itu.
Tapi sungguh, pengalaman ini terus kekal terngiang ngiang dalam kepala Mim sendiri.
Photo diambil di pondok pelarian Syria di sempadan Turki. Menyedihkan.
Biar gambar berbicara. Adakah begini keadaan wanita uncang teh tersebut dan gimana anaknya ?


         Namun, kegembiraan sahabat tak kekal lama. Mood nya sedikit terganggu beberapa minit selepas pertemuannya dengan wanita uncang teh itu. Hurmm. I can feel you. Kegembiraan sahabat seolah direnggut. Terhenti di situ jua. Kegembiraannya berkongsi bahagia hidup terhenti setelah seorang lagi sahabat datang menghampirinya dan bercerita akan wanita tersebut. Katanya pernah didatangi oleh wanita tersebut atau mungkin wanita lain yang meminta minta beberapa minggu sebelum tu. Bukan di supermarket ini, tapi di tempat lain di tengah bandar katanya. Si sahabat mungkin mahu menasihati sahabatnya agar jangan terlalu mudah memberi kepada sesiapa sahaja. Mungkin.


           Situasi macam ni, dah biasa sangat Mim lalui alami. Banyak pendapat berbeza pasal ni. Biasalah, sepuluh manusia sepuluh kepala maknanya sepuluh pemikiran. Harapan Mim budaya memberi kepada yang perlu akan bercambah menjadi amal harian rakyat Malaysia juga rakyat dunia. Tak semua bernasib baik macam kita, mampu membeli makanan berjenama kualiti kelas pertama. Sedangkan di sisi kita, di tepi kita, masih ada yang merana. Untuk cerita kat atas tu, pendapat Mim camni laa.



        Pertama : Kalau kita tak mahu buat amal atau apa apa sumbangan untuk masyarakat, at least jangan jatuhkan semangat insan yang mahu terus lakukannya. Kalau tak nak buat, at least jangan jadi penghalang. Tak perlu nak lari elakkan diri atau apa. Allah tengok hati.

        Kedua : Cuba selami hidup orang bawahan. Eh rasa macam kejam pula kan panggil orang bawahan. Tapi kalau macam tu lah gayanya kita layan orang kurang berkemampuan, hurmm memang boleh cakap kategori bawahan masih wujud. Jom kita sama sama aplikasi kan gaya hidup sama rata jom. Saling bantu yang memerlukan.

        Ketiga : Sebarkan maklumat apa yang betul. Kalau belum tentu kesihahannya, please better keep it just for you. Macam mana kalau itu bukan lah makcik yang sama yang minta itu hari ? Bukan kah itu sudah terjadi fitnah. Nauzubillah.

        Keempat : Ingatlah yang hidup kita ni umpama roda. Rasanya semua dah tahu prinsip roda roda ni kan. Ringkas kata, hari ni kita senang, gunakan kesenangan dengan sebaiknya. Kemudian hari siapa tahu, giliran kita berda di bawah ? Anak di rumah kelaparan ? Tiada sumber pendapatan. Apa mahu dibuat?

        Kelima : Kalau betul lah wanita tersebut kerjanya hanya meminta minta, itu urusannya dengan Allah. Kita sebagai masyarakat yang berjiran sekampung cuba jalankan hak kita. Harapannya ada usaha yang diajalankan wanita tersebut untuk menyara keluarganya. Bukan hanya meminta minta. May Allah bless all personages in this short story.



         Okay, mari kita semai amalan murni dalam hidup. Insha Allah, sucikan hati ikhlaskan niat bulatkan tekad. Barakallahu fik. Moga sentiasa dalam jalan Allah.

xoxo





Friday, August 22, 2014

Petit Papier Mystère

Salut mon blog !

Aujourdhui, j'ai un cours jusqu'au quinze heures. Ahhh Quelle chance ! C'était fatigant pour moi. Heureusement, j'ai des bons profs qui partagent très bien des connaissances et aussi des techniques importants afin de bien reussir mon année à la fac.


Bein, avant de commencer le cours, j'ai passé un peu près une heure dans la bibliotheque, juste en bas de mon salle de cours. Car je voulais utiliser l'ordinateur. J'ai pas encore fini mon devoir. C'était un petit devoir de Madame Mati. C'était pas difficile, mais j'avais pas de courage à le faire. Ah je suis paresseuse moi. 



Puis, dans la bibliothèque, je n'ai pas fait mon devoir. Je me suis interessée plutôt à mon portable. Hahahaha. La jeune generation et la technologie sont des meilleurs amies. J'ai lassé mon ecran d'ordinateur tout ouvert. En même temps, j'ai entendu le chanson de Westlife. C'est une melodiouse chanson. Je l'adore vraiment. Cette chanson me faisait penser à mon histoire pendant l'enfance. 


Soudainement, j'ai vu qu'il y avait un petit papier au dessus de mon souris. Ah je me demande c'est quoi ce papier ? D'où vient t-il ? C'était en petit taille comme un brouillon. J'ai marmonné, qui a jetté ce dechet vers moi ? Tu pouvais pas differencier la poubelle ou une jolie fille ? Hahahaha. N'importe quoi. Apres quelques minutes, je l'ai pris et puis je l'ai lu qu'est-ce qui ecrit sur ce papier. 



Qoui ? Qoui ? Quoi ?



Il y a un emel ecrite sur ce papier. Hurmmm. Je croyais que je savais de qui ce petit papier là. Car avant il y avait un jeune homme qui se asseyait à côté de moi. Hurmm. Maintenant, je comprends ses yeux. Il existe encore des trucs comme ca ? Draguer ou trouver des amis par une correspondance. C'est très tradiotionnel ca. J'avais pas pense à ca car nous sommes tous à l'époque moderne. Voila voila. Quelle belle histoire du jour. 




Sunday, August 17, 2014

Ragam French Back To School

Assalamualaikum wbt people !


          Okay, mostly negara negara di Eropah akan mulakan sesi persekolahan pada bulan September setiap tahun. Tidak terkecuali lah Perancis. So now dah bulan Ogos. Maka banyaklah supermarket market yang buat sale dan promosi untuk barang barang sekolah. Kiranya ni momen terbaik lah untuk lengkapkan keperluan sekolah, universiti dan sewaktu dengannya. So, Mim pun tak terkecualilah.

K sila sedih semua ya. Cuti dah nak habis dah T_____T


            Sekian mukaddimah. To make it short, semalam Mim pergi lah ke Carrefour, one of the biggest supermarket kat tempat Mim ni. Kalau nak beli barang barang sekolah best pergi ramai-ramai kan. Buat trip dengan kawan kawan. Hihi. Boleh mintak pendapat. Hurmm memang carrefour agak ramai orang semalam. Dengan parents yang bawak anak diorang membeli alat tulis beg sekolah baru semua tu lah. Alah situasi sama je macam Malaysia. Kat sini pun ada jugak beg beg tarik gambo Sailorman Ultraman semua tu. Kalau dah namanya budak budak kaaaan. haha


         Dalam kekalutan nak mencari dan membanding harga alat tulis, pandangan Mim tertumpu pada satu family perancis ni. Ada Ayah, Mama, dan tiga orang anaknya yang Mim kira umur dalam lingkungan 9 hingga 12tahun macamtu lah kot. Tengok pada ketinggian mereka lah. Tiba tiba si adik memanngil ayah nya dengan gembiranya.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anak :  Ayaaaah ! Saya nak ni. Please *sambil tangan pegang satu file bertingkat tingkat*

Ayah : Apa kegunaannya tu ?  *ayahnya meneliti file tersebut* 

Anak : Nak letak kertas kertas kerja yang cikgu bagi nanti.

Ayah : Okay okay. Beri pada ayah kertas list barang yang telah kamu senaraikan semalam, ayah nak tengok. 

Si anak menghulurkan kertas kecil. Ku agak mungkin itu tulisannya sendiri berdasarkan perbualan antara mereka. Muka si anak tu plak macam nak bagi tanak bagi je list tu. Lama juga si ayah merenung kertas senarai barang yang nak di beli tu. 

Ayah : File tingkat takde pun dalam list yang kamu tulis untuk dibeli. So, maknanya file ni tak penting untuk kamu. Ingat sayang, kita bukan family berada, membeli ikut keperluan ya. Kita dahulukan apa yang perlu okay.


Si anak mengangguk faham. Kemudian disusuli suara perlahan timbul mohon maaf dari ayahnya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


                K demikianlah drama pendek yang mampu sentuh hati Mim semalam. Okay kalau bab parenting kat sini, memang Mim salut lah. Diorang ada skill tersendiri macam mana nak didik anak anak mereka. Anak anak mereka dididik berdikari sejak dari kecil lagi. Contohnya macam situasi kat atas tu lah, untuk pergi beli barang keperluan sekolah, anak anak ada tugas sendiri untuk buat senarai. Bukannya mama papa yang tuliskan. Then behavior anak anak perancis di supermarket Mim salut jugak. Ouh cara ni memang win lah. Kamu tak listkan, so kamu takleh beli. So kira macam nak kurangkan risiko anak anak mengamuk nak itu ini yang tak berfaedah dalam supermarket lah kononnya. Soooo effectif maaaan !

Mim memang jenis yang suka memerhati observe sekeliling, haha. So, dah banyak tengok skill parenting french ni, so i beat, i will be a good mother in the future. haha. Insha Allah Mim. Tout est possible. K till we meet again.


xoxo


Sunday, August 10, 2014

Cerpen Sekawan Tiga di Amsterdam


         Sempena cuti summer 2014, Persatuan Arif France anjurkan Pertandingan Travelog dan juga Photographi. Sound nice isn't ? Haha. So, aku pun decide lah nak join. Since, memang aku keluar voyage pun. Ambik masa lebih kurang dua hari jugak lah nak karang cerpen pendek 1500 perkataan ni. 


          Niat asal menulis memang just sebab nak share pengalaman jalan jalan aje dengan readers. Sekali termenang plak. Haha rezeki betul. Alhamdulillah. Thanks Arif France. Tempat ketiga pun boleh lah. Dapat free coupon beli kat Amazon. Perghhhh. So kalau berminat nak baca cerpen, boleh terus ke bawah. Panjang sikit. Maaf lah ya kalau boring. Hehe.



JOM BACA JOM CERPEN PERTAMAKU


           Seusai kelas bahasa tiga jam. Laju aku meluru keluar dari kelas. Tak mampu lagi hadam pembelajaran hari ni. Kepala berserabut, dahi berkerut, senyuman dah keriput, fikiran pun dah hanyut. Rasa mahu terbang ke Amsterdam saat itu juga. 
Sebaik keluar pintu kampus, telefonku bergetar menandakan ada panggilan masuk. Panggilan dari Abah. Setelah bertukar-tukar khabar berita...



“Adik, betul ke nak pergi jalan-jalan minggu depan. Yakin nak ke Amsterdam ?”


“Tiket dan hotel semua dah beli Abah. Yakin yakin.” Jawabku selamba. 



Ya, aku berpura-pura selamba, sedangkan hati berombak. Aneh. Kenapa nada Abah macam kurang yakin nak lepaskan aku ? Diamku panjang.  Abah sambung lagi ;

 


Takpelah adik nak pergi mana pun. Abah bagi. Yang penting, solat awal waktu. Jaga diri. Pergi dengan kawan non-Muslim kan ? Tunjuk contoh baik. Sama-sama jaga. Jalan-jalan juga, ambil ibrah jangan lupa. Bukan hanya jalan-jalan habiskan duit, habiskan masa. Kumpul pengalaman sebanyak boleh. You are the chosen one, dik. Jaga diri. Sampaikan salam kat kawan-kawan... Okay, Abah tidur dulu. Lewat malam dah ni. Love you. ”


“Baik Abah. Maaf salah silap adik. Love you too. ” Balasku  mengakhiri perbualan.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




      Tiba di Kota Amsterdam, bersama seorang rakan senegara Muslim, kupanggil Aliya, juga seorang lagi rakan bukan Islam bukan dari Malaysia, Jenny. Pesanan Abah kusemat di hati.


       Ini percutian pertamaku dengan kawan non-muslim yang tidak dibesarkan dengan persekitaran Islam.  Sudah tentu banyak yang berbeza sepanjang percutian kami nanti, bermula dengan pemilihan restoran, waktu ‘rehat’ untuk kami bertemu janji dengan Allah juga segala perilaku kami mungkin menjadi persoalan di benaknya. Kenapa Muslim begitu ? Kenapa tidak begini ? Gementar juga ditembak soalan bertubi-tubi nanti. Mungkin itulah yang dirisaukan Abah. Hurmm. Keyakinan diri aku  jatuh merudum, di tahap kritikal. Mungkin tersedar bahawa diri aku masih cetek ilmu berkenaan Islam. Kuteruskan juga percutian. Moga dipermudahkan.



“Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa”
 {Ali-Imran : 159}
 

 


      Hari pertama percutian, kami mulakan dengan berjalan di sekitar hotel kami. Mata kami tertumpu kepada basikal di jalan raya di dalam kuantiti yang amat banyak. Sangat meluas penggunaan basikal di Kota Amsterdam.  Belanda terkenal sebagai ‘Bike Capital City of The World’. Patutlah. Majoriti rakyat di sana memilih basikal sebagai kenderaan utama tanpa mengira jantina dan usia. Wanita yang kami kira sudah agak berusia, mungkin berstatus nenek pun masih kuat mengayuh basikal. Subhannallah, menakjubkan! Di jalan, mereka umpama raja. Pernah juga beberapa kali kami dikejutkan oleh bunyi bingit loceng basikal  “Cing... Cing... Cing...” sipi-sipi di gendang telinga. Rupanya kami tersalah menapak di laluan pengayuh basikal. Laju kami membetulkan langkah ke laluan pejalan kaki. Pengajaran pertama buat kami.  Peringatan sebelum dilanggar basikal atau kami yang yang melanggar mereka.


Basikal yang kami sewa untuk menjelajah sekitar Pekan kecil Zaase Schanse. 



       Kemudian, kami meneruskan lagi penerokaan. Muzium Van Gogh menjadi tempat persinggahan kami yang pertama. Muzium tersebut menempatkan ratusan hasil lukisan tangan Vincent Willen van Gogh, pelukis muda yang sangat berbakat. Setiap lukisannya mempunyai nilai emosi dan cerita tersendiri. Pengakhiran hidupnya di picu senapang di tangan sendiri kerana sedikit masalah mental amat menyentuh hati kami. Agak lama aku dan Aliya terdiam. Mungkin masing-masing memikirkan bagaimana pula pengakhiran hidup kami nanti ? Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat yang dipinjamkanNya. Allahu. Beberapa maklumat penting sempat ku catat, mungkin ada yang boleh dikongsi bersama sahabat yang lain nanti.  



        Setelah habis melawati dan melewati beberapa muzium, kami melangkah pula ke tugu tulisan Iamsterdam yang pasti dilawati kalau ke Amsterdam. Aku kagum dengan persekitaran kota Amsterdam yang sangat bersih walaupun dihujani dengan pelancong. Lensa kamera tidak henti-henti berfungsi. Aisehh perempuan dan selfie memang tak dapat dipisahkan. Hehe. Maafkan kami. Memori harus dirakam sebagai memori kemudian hari. 



         Jam menginjak ke angka empat petang. Cepatnya masa bergerak, menghampiri waktu Asar. Aku dan Aliya harus ke masjid. Memang itu termasuk dalam perancangan kami untuk cuba berjamaah di Masjid. Semampu boleh. Sungguh, kami rindu suasana masjid. Iya, masjid yang betul-betul masjid. Punya jamaah yang ramah berbalas senyuman, punya anak muda yang menghidupkan masjid dengan alunan ayat suci Kalamullah.  Dan pastinya punya ketenangan kuasa dua. 



            Tetapi, aku dan Aliya agak bingung menyusun ayat  untuk memaklumkan kepada Jenny bahawa kami harus ke masjid, bertemu Sang Pencipta. Nampak remeh saja, tapi rupanya agak sulit untuk dilaksana. Iyalah, bimbang juga nanti ditolak mentah-mentah. Siang masih panjang, takkanlah sudah mahu menghentikan jalan-jalan ? Mood jalan-jalan sudah di puncak, mahu hentikan rasa lain macam pula. Lagipun, masih banyak monumen dalam senarai yang belum kami lawati. Aku keliru, namun aku bersyukur Allah takdirkan Aliya menjadi teman percutianku. Seorang sahabat yang tegas di sebalik kelembutannya. 


“Nak buat benda baik, jangan teragak-agak ye Nina. Jom. Aku cuba explain dekat Jenny yang kita kena gerak ke masjid untuk solat. Tanggungjawab kami sebagai Muslim. Yakin jom, Nina.Tapi kalau aku tergagap-gagap ke apa, kau tolong lah ya”  kata Aliya kepadaku, sempat lagi berseloroh.




           Kata-kata Aliya menjentik hati aku, dengan izinNya. Allahuakbar. Rupa-rupanya masih banyak yang perlu aku baiki dalam diri. Kurang ketegasan dalam diri. Darah Saidina Umar Al Khattab belum masuk ke dalam jiwa mudaku. Tegasnya tanpa menampakkan kekerasan dan lembutnya tanpa menunjukkan kelemahan. Aku terlalu menjaga perasaan dan perspektif  rakan dan orang sekeliling hingga terlupa bahawa Allah Yang Maha Esa lah yang patut diutamakan. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu, Nina. Sungguh, aku terlupa tugas sebenarku di lahirkan ke muka bumi ini. Dengan izin Allah, segala dipermudahkan. Jenny seakan faham ‘tugasan’ kami. Terima kasih Aliya untuk keberanianmu menjelaskan kepada Jenny!



Tidaklah Ku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada Ku”
{Adz-Dzariyat : 56}
  

        Seterusnya, aku dan Aliya beransur ke Masjid AlFatteh di perkampungan kecil Muslim  di pinggir Kota Amsterdam. Manakala Jenny mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan di taman bunga sekitar Amsterdam. Pelawaan kami mengajak Jenny bersama ke masjid hanya dibalas dengan senyuman manisnya. Aku dan Aliya membalas juga dengan senyuman. Mungkin belum tiba masanya, detik hati kecilku.              Ditakdirkan hari kedua percutian kami adalah 1 Rejab. Terima kasih kepada sahabat laman sosial yang mengingatkan kebesaran puasa di bulan Rejab. Eh berguna juga Facebok ya. Lol. Puasa 1 Rejab ni bersamaan 900 hari berpuasa. Sekali lagi aku dan Aliya gusar.AllahuAkbar ! Besarnya ganjaran. Rugi kalau disiakan. Lagi rugi kalau lepaskan peluang ini atas sebab yang remeh. Sekali lagi kami berperang dengan perasaan sendiri. Ikut hati mati. Kami terdiam lagi. Akhirnya...




Jenny, esok jangan lupa bawa bekalan makanan. Boleh makan nanti.” Pesanku kepada Jenny sebagai persiapan untuk kembara keesokkan harinya.
 


           Aku dan Aliya akhirnya bersepakat untuk berpuasa. Perancangan untuk ke Zaanse Schanse melihat kincir angin Belanda diteruskan seperti dirancang. Menapak langkah demi langkah dengan penuh tenaga. Almaklumlah masih awal lagi. Moga diberi kekuatan sehingga jam sembilan malam nanti, waktu berbuka. Amin. Sambil berjalan menikmati suasana tenang di perkampungan kincir angin tersebut, aku dan Aliya sempat juga berborak dengan Jenny tentang perihal Islam. Mungkin ini masanya, untuk memperkenalkan agama yang syumul ini.

            “Jom duduk-duduk di bangku sana. Boleh awak makan, Jenny”. Aku mula mengatur bicara. Rasa kejam pula kalau abaikan Jenny tanpa menjamah apa-apa juadah sedari pagi tadi. Nampak juga riak muka Jenny, seakan rasa bersalah mengunyah biskut Oat Cracker enak di hadapan kami berdua. Sekuntum senyum kami hulurkan seakan memberi kebenaran kepadanya untuk teruskan menjamah biskut juga sebotol air mineral.



              Kami berdiskusi dan bertukar-tukar pandangan. Cuaca yang tenang di tepi tasik Zaanse Schanse mengizinkan kami untuk bersantai lebih lama. Satu demi satu topik dikupas. Akhirnya terkeluar topik kenapa perlu berpuasa. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab persoalan dari Jenny. Aku cuba terangkan satu per satu. Bermula dengan konsep kesamarataan antara kaya dan miskin sehinggalah kepada penjelasan saintifik berkenaan sistem percernaan dalam badan manusia yang memerlukan rehat setelah bekerja tanpa henti. 





         Seterusnya, aku mencuit adab-adab makan yang disarankan untuk semua.“Dalam Islam, kalau kita makan sambil duduk pun dah dapat pahala. Best kan ! “ Tambahku lagi. Tidak lupa kuselitkan penjelasan saintifik  setelah melihat kerut di wajah Jenny yang seakan mahu penjelasan yang lebih lanjut perkaitan antara duduk dan makan. Aku cuba menjelaskan sedikit demi sedikit tentang keburukan makan sambil berdiri yang boleh membahayakan sistem percernaan kerana mampu melemahkan dinding usus manusia akibat hentakan makanan secara terus ke bawah. Lebih-lebih lagi dengan adanya tarikan graviti. Jenny menggangguk-anggukkan kepala tanda faham.


           Aliya tersenyum melihat gaya aku berbicara yang tergagap-gagap menggunakan terma-terma sains dalam bahasa Perancis. Almaklumlah apabila cikgu bahasa berbicara perihal sains, mungkin itu yang mencuit hati Aliya. Sejujurnya, aku bukanlah otak sains. Tapi, ditakdirkan Allah, aku terbaca satu artikel penjelasan pemakanan menurut Islam beberapa hari sebelum keberangkatan kami ke kota Amsterdam sekaligus membenarkan aku berkongsi pendapat dengan Jenny. Kalau tidak, memang mati kutu juga dibuatnya. 



Terima kasih Allah, permudahkan urusanku ! Aturan Allah, tiada siapa tahu.
 



            Tanpa disedari, banyak pengajaran yang kuperoleh selama tiga hari percutian kota negara Belanda itu. Kepuasan dapat, ketenangan pun dapat. Jaulah yang mampu mengeratkan hubungan kami walaupun berlainan agama, negara dan seharusnya berbeza bahasa ibunda. Bunga tulip yang kembang mekar pasti sentiasa diingatanku. Percutian kali ini kurasakan lebih meninggalkan kesan di hati. Lain kali jumpa lagi Amsterdam ! 



 XOXO


Thursday, August 7, 2014

Selamat Hari Lahir Abah


Assalamualaikum and Hai semua !


Enam Ogos datang lagi. Hari ini ulang tahun kelahiran Abah kita. Hehe.
So, saya happy lah ni. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk hadiah yang
cukup bernilai ini. 




Tidak lain tidak bukan, moga Allah mendengar doaku 
seusai setiap solat fardhuku. Terlalu banyak untuk diceritakan
pengorbanan seorang lelaki bergelar Abah ini !


Mimi sayang Abah !


K jumpa nanti lain waktu ;)



Tuesday, August 5, 2014

Passerelle Vers L'Universite (PVU)


Assalamualaiakum et Coucou mon lapin !


Comme d'habb, je fais un petit tour de tout mon album
pour rêlacher et faire tomber le stress.  Let it gooo...



Puffff oh là là là. Je viens de finir mon premier cours après une longue vacance. C'était un catastrophe ! J'ai pas arrivé à comprendre trop de choses. C'était tellement stressant pour moi. il y avait trop de choses que je devais m'adapter. D'un part, c'est la difficulté d'apprendre une nouvelle langue. D'autre part, c'est du problème du nouvel environement. 


Là, je essaie très serieusement à s'en sortir. Je dois travailler de manière plus sérieux. Regarde la télé en francais, écrit beaucou, et sûrement beaucoup parlé avec des francais. Ahhh c'est ça mes problèmes qui me bloque à avancer !


Où sont-ils mes collections de vocabulaire ? 
Où est-il du courage ? 
Où est-il du confiance ?


On va se voir plus fréquent, j'espère. Je dois m'entrainer à l'écrit. 


A très bientôt ! 
xoxo


Saturday, August 2, 2014

Resultat du DALF C1


Assalamualaikum et salut le monde !


Hier, c'était le jour du victoire pour nous les filles malaisiennes.
Bravo les filles. On a gagné. Oui, j'admis que le DALF C1 ce n'est pas facile. Pas facile du tout. 
Je suis très fière de vous toutes. 


Deux fois raté l'examen. C'était tres stressant. On a travaillé dur, on n'a pas bien dormi, on a oublié nos vacances et voilà. C'était le plus grand sacrifice dans notre vie de jeuness. haha Et enfin, le succes est à nous. 



XOXO


Friday, August 1, 2014

EuroTrip : Iskenderum, Turkey



 Assalamualaikum wbt

Now lets talk about Iskenderum, the most romantic place ever. Lols. No lah, kat sini ada sentimental value dia. Entah kenapa, sampai je kat sini hati rasa tenang semacam aja. Macam semua masalah terbang piu piu pergi menjauh. Alhamdulillah alhamdulillah dapat datang sini. Best sangaaat ! Okay, so nak pendekkan cerita, Iskenderum memang kena masuk dalam list lah bagi Pencinta Ketenangan. Gituuu. 

The girls.


Jom kenali serba sedikit pasal Iskenderum.
Terletak di negeri Hatay di hujung Turki, berdekatan dengan Syria dah ni. Juga dikenali sebagai Alexendria sempena the King Alexander The Great. Iskenderum ni terkenal jugak as pintu masuk ke Syria, senang nak masuk melalui pintu sini. Pemandangan kat sini subhanallah cantik sangat. Untuk peminat photography elok sangat lah ni.



Singgah sebentar di Laut Mediteranean. Cantik. Pelabuhan yang terkenal.

Photoghraper from Terengganu. Pelik, kawan kawan lelaki semua prefer mandi laut.
Dia still dengan kamera dia. 

Me. With vest UMission. 

Pokok pokok di pesisir pantai. Ramai yang berjemur. Memang kena jaga mata -___-'


Matahari dah hampir nak tenggelam, 
Happy us


Lepas penat shooting bagi gegirls dan penat swimming bagi boys, kami gerak untuk mencari sesuap nasi.
Plan nak makan biasa biasa saja, sekali tersampai ke sini. Allah. Tak pernah terifkir pun dapat rasa makan
tempat mewah cenggini. Not my family style. But this is the opportunity ! lol

Macam biasa. Drama queen in action. Hehe

Aunty, Ummi dan Hassan. Gembira tengok gambar sendiri. Hihi. Semua teramazed dengan kecantikan alam.
Masha Allah. Rasa macam Allah itu dekat je.
Ini lah restoran yang kami pergi tu. Layanan tiptop. Makanan mervellos. Masha Allah. Best !

See. Cantik dan strategik kan lokasi restoran ni ? Perghhh romantik betul. Timing pun cantik.
Sambil makan, sambil tengok sunset. Allah. Tersangat cantik. Fresh lagi dalam ingatan ni.


Voila, ini lah wajah wajah team kami. Sempat rakam kan memori bersama. Memandangkan ini restoran
memang untuk couple couple feeling so memang ada photograph berkeliaran. So apa lagi. Jom kita
bergambar reramai. Sudah mula rindu plak sahabat sahabat ni. Hurmm.