Thursday, August 15, 2013

Review : Samsung Grand Duos


Assalamualaikum.

Acah acah buat review lah sikit. Hee.
Baru baru ni, mim baru angkat satu phone. For my very first tyme la ni guna phone yang ada android ni. Sepanjang dua bulan guna, mim bagi five stars lah kat Samsung Grand ni. Syiokkk you olss. Beli jangan idok beli ye. ^___^

Kenapa pilih Samsung Grand ?



1. Harga
Okay. Bincang pasal harga. Nak kata murah takde lah murah sangat. Mim beli kat Lowyat Julai hari tu. Lepas round satu mall tu, dapatlah harga RM1060. Not bad lah kan. Sebab screen dia besar woo. Nak challenge S4 boleh la kot. Sekali free gift, software ready installed, antivirus, casing yang memang tahan lasak punya, memori card 8GB, screen protector and mim bodek earphone lebih satu. Hikhok.

2. Dual Sim
Yang ni penting bagi mim. Sebab satu nak guna sim broadband. Satu untuk sms call cam biasa lah kan. Memula bimbang jugak lah nak beli. Ye lah selalu phone dua sim banyak beno ragamnya. Luckily, all is well. Takde hilang kredit tiba tiba. Call keluar masuk cam biasa je untuk kedua dua sim tu. Lagi satu, sebelum nak call or sms, kita boleh pilih dulu, nak guna sim mana. So, takdelah tersalah call guna simkad broadband ke apa kan. Sim tu tak nak guna dedua pun boleh, optional. Janji, kalau nak guna broadband, mesti di sim 1. ingat tu. Internet tak jalan di sim 2. sim guna saiz biasa ye. tak perlu potong dulu.

Macam mana nak print screen Samsung Grand Duos ?
Okay. Ni mim baru tahu caranya. Tak perlu download Apps ke apa. Yelah rooting system tu kan menyusahkan. Erkkk. Okay, kalau nak print screen just klik Home button + Power button at the same time. Then, pic tu akan automatik save dalam gallery. Senang. Finish.

Memory macam mana ?
Internal memory dia 8GB. Ini lah satu satunya kelemahan samsung grand yang mim jumpak. Katanya 8. Tapi rupa rupanya hanya 4GB yang kita boleh guna. Lagi 4GB dia dah guna untuk operating system. Maka berbaki lah empat je kedek kedek. Tapi tapi, jangan risau, boleh cover ngan external memory up to 64GB wuuuu. Hebat ah ! So still boleh taruk movie Running Man bebanyak. Tu pun kalo minat lerr. Herherher :)

Bateri kong tak ?
Kalau dah namanya smartphone, memang bateri cepat lerr kena sedut. Lagi lagi pengguna internet macam mim ni. Sehari memang kena caj jugak. Mana taknya, semua benda nak guna kan. Tweet lah, noti facebook lagi, camwhore sana sini. Maka lagik lah. -_____-' 

  Cara nak jimatkan bateri smartphone ?
  1. Jangan guna line 3g. Layan 2g pun kira okaylah. Walaupun nyata lombap sikit. heh.
  2. Jangan on kan gps untuk semua apps yang kita guna. camera ke, tweet ke. semua lah.
  3. Adjust lah brightness dia tu, jangan kasi terang sangat ye. hee
  4. Bila tak guna internet, tutup lah segala punca nya tu. wi fi and mobile data.
  5. Download Apps 'Batery Power Saver'. Walaupun effect tak nampak sangat. tapi boleh lah membantu fon tahan lama.

K, tu je lah kot mim mampu share. Harap berguna lah ye. Peace.



No comments: