Bumi Indigo

Wednesday, August 14, 2013

Cara Rawat Masalah Jerawat Remaja


Assalamualaikum dan salam sejahtera everyone.

Terasa nak share. Untuk remaja yang bermasalah jerawat sekarang, meh baca meh. Real story punya. Sesiapa yang kenal Mim, hemm, tahu lah kot macam muka mim dulu. Malu aih nak keluar rumah. Sebijik muka penuh ngan jer jer tu takde ruang kosong dah. Sedihh bak hang.

Meh nak kongsi. Step step yang mim buat untuk rawat jerawat tu :

Pertama : Pergi Klinik (RM1)
Lepas sedar muka teruk sangat, mim decide pergi klinik lah. Kalau teruk cenggini, pakai losyen harga ribu riban pun tak jadik kot. Mim pergi klinik kerajaan je. Tak mampu klinik swasta. Mahal macam gajah hoi. Sekali kena alcukup lah kan. Kat klinik, mim tunjuk je muka. Explain sikit sikit. MA tanya mim jawab je. Jujur. Ada jugak kena perli. Telan je laa kan. Chit chat chit chat, abes. Pegi ambil ubat. Mim dapat empat jenis ubat. Serius lupa namaanya, dah lama kot. Ingat satu je, Aqoues cream. Tu pun sebab still sambung pakai. Hiks. Senang je nak pakai. Function empat ubat tu macam losyen muka, toner dan cream pelembap. Satu tu ubat telan. Antibiotik katanya. And Mim kena stopkan segala mala produk kosmetik untuk seminggu dua. Bedak pun takleh. 
Sedih T_T


Inilah rupa aquoes cream tu. Pakai kat muka mcm pakai pakai foundation tu.
Alhamdulillah, TIGA hari mim pakai, dah nampak kesan. Merah merah dah takde dah.


Kedua : Dalacin T (RM37)
Okay. Lepas dua minggu. Kulit mim pun ada lah nampak perubahan. Mim guna Dalacin T. Mula mula trauma jugak. Ni hasil mim pergi survey kat empat buah farmasi. Semua pharmacian kata okay! So apa lagi. Mim pun cuba ah. Alhamdulillah, match my skin well. Cara pakai senang je. Scroll je kat muka. Kat bahagian ada jer jer tu, tapp tapp tapp banyak kali sikit. Jangan risau, mende alah ni berfungsi as antibiotik. Tade menipiskan kulit pun. Mim pakai tiga kali sehari. Attention! Jangan pakai banyak kali sangat, nanti kulit muka kering. Menggelupas. Conclusionnya, Dalacin T berkesan kecilkan jer jer tu. Kecik kecik, lama lama takde, wuuuu. Happpy ^_____________^


Rupa Dalacin T. 30 ml je pun. Tapi mim pakai tahan untuk sebulan lebih jugak la.
And boleh dapatkan kat certain Watsons. Susah sikit nak cari ni. Kalo korang tak jumpa,
nak minta tolong mim belikan, insya Allah boleh je tolong.
 Semua nak cantik, kan ? Hiks. gayaa retisss

Ketiga : Sabun Susu Beras (RM7)
Sambil sambil tu, mim guna sabun susu beras. Seratus peratus bahan semulajadi. Seriusss mim trauma nak mati dah guna produk produk kosmetik yang seller sendiri tak sure apa kat dalam tu. -_____-'  Pengalaman banyak ajar mim lebih berhati hati. And alhamdulillah. Sesuai dengan kulit mim yang agak sensitif ni. Mim guna pagi dan petang je. Gosok pun lembut lembut je. Gosok menghala ke atas. Nak kasik pipi muka tegang. lol. Sebelum guna, mim potong kecik kecik jadik 9 ketul. Jimat sikit. Lambat habes, Hehe. Serius, kalau muka korang tengah teruk, stoplah guna kosmetik tuh. Bhaya tahuu. Guna bahan alami je. Insaflah sebelum terlambat. Hahhaha *ugut*


Rupa sabun beras tu. Wangi wangi sangat ! I loike.
Sabun ni nak buat sabun badan pun boleh gak. Sabun serba guna lah katakaan :)


Tu je lah. Tiga steps yang mim buat. And alhamdulillah. Biarlah tak secantek Hames Jalikha pun, tapi alhamdulillah. Yakin lah nak masuk kelas mengajar tu. Hihihi. Korang betul betul ni, janganla terpedaya ngan produk produk kosmetik kat pasaran tu. Bukan semua. Certain la. Hati hati. Eh, baideway, waktu proses rawatan tu, mim memang lawan nafsu makan. tak sentuh seafood. my favourtie kot. sroooobs. 

Nak tambah sikit, waktu muka mim tengah kronik tahap zirafah tu, mim tangkap pic muka mim sendiri. Hari hari you ols. hahaha. serius tak tipu. almaklumlah, nak tengok perubahan. terfikir jugak nak buat macam orang lain buat tu, apa, before and after eh ? hehehe takyah lah. bukan shomell sangat pun. muehehe. 

Okay, choww. Harap berguna lah ye remaja remaja. Siap dengan harga lagi tu. Nak tolong bajet. mihmihmih. k, ada apa apa nak tanya, just emel mim je :

mie.hussy@yahoo.com

k, Assalamualaikum pretty ladies !

2 comments:

aaisyah.s said...

klinik mana you pergi? nama klinik tu apa?

aaisyah.s said...

klinik mana you pergi? nama klinik tu apa?