Bumi Indigo

Sunday, April 7, 2013

Abah's Story : Quran

Assalamualaikum and selamat sejahtera :)

Alhamdulillah. Dapat balik kampung lagi. Maknanya dapat jumpa ahli keluarga tersayang lagi lah kan ? Bahgia hidup. Lupakan lambakan assignment. Lupakan masalh asrama. Lupakan segala.

Suatu petang di rumah...

teeeeeeett.... inbox phone masuk..

Abah : Ehemm.. mesej sape plak tu ?
Anak : Kawan bah. Dia kirim salam kat Abah. Moga cepat sembuh katanya.
Abah : Oooow. Amin. Cakap terima kasih ye.
Anak : Okayy bah :)

Ingatkan dah habis, rupanya sambung semula perbualannyaa...

Abah : Nak tengok phone boleh ? 
Anak : Boleh je bah. Nak buat apa ? bukan ada apa apa pun kat dalam ni. *muka dah cuak dohh*
Abah : Pasangkan surah Yasin kat Abah boleh.. ? 
Anak : Ada ada.. Kejap ye bah.. *bukak folder musics cepat cepat. hilang gabra, ingatkan abah nak buat spotcheck tadi hee ;) *

Kami masing masing diam. Hormati Surah Yasin yang tengah berkumandang..
Seusai surah yasin,

'' trouble is a friend hoooo trouble is a friend hohohoooo ''

Dengan kuatnya. Alamak, terkeluar lagi apa ni ?

Si anak jeling jeling kat Abah.. Ingatkan Abah dah tidur. Rupanya belum.. Si anak diam seribu bahasa. Seakan memberi ruang kepada si Abah untuk berbicara..

'' Mie, punya ayat ayat suci alQuran dalam phone tu dah baik dah. Boleh selalu dengar. Boleh ingatkan diri pada Allah. Tapi, bila digabung dengan lagu lagu yang 'mengasyikkan' tu lah yang silapnya. Lama lama boleh gelap hati kita ni. Kalau nak senang faham, umpama kitab letak kitab suci alquran kita tu dalam tandas. Gabung di tempat yang salah. Nanti takyah lah ya. ''



Sedikit nasihat dari Abah yang mengusik jiwa. In shaa Allah bah. Terima kasih bah. ;')


Tuesday, April 2, 2013

Moi et moi




  
pssssssst....!

 [ i love you just the way you are ]