Saturday, March 12, 2016

Stage d'observation

Pengalaman menimba ilmu perguruan bersama anak anak di negara Perancis semakin dekat ke penghujungnya. Mashaa Allah banyak sangat pengalaman dapat. Alhamdulillah permohonan untuk berpraktikal di pusat bahasa ni di diterima dengan mudah.
Ini Maya. Umur tujuh tahun. Beliau baru sahaja sampai ke France tahun lepas. Mencari tempat selamat selepas bandar kelahirannya di Syria sudah tidak aman lagi. Walaupun belum setahun beliau berada di France, tapi ku kira penguasaan bahasa Perancis nya amat baik. .
.
Segala perilaku Maya sangat tertib dan sopan. Semalam we ols mewarna dan makan pizza. Sewaktu pizza diagihkan, Maya ambil sepotong lalu ditenungnya. Riak muka berubah sikit bila nampak ada daging di dalam pizza Mungkin Maya sudah dididik ibunya supaya lebih berhati hati dalam pemakanan. Halal haram perlu dijaga. Selepas beberapa minit, cikgu annonce semua boleh makan. Bahan bahan yang digunakan halal.  Yeay lega di hati. Kami pun makan reramai. Aku pun makan sekali wahahha.
Semalam pensel warna guna kongsi kongsi. Maya sedang guna warna merah. Tetiba ada kawannya perlukan warna merah. Cepat cepat dia "Tiens tiens.. Prends le mien". Artinya, Ambik ambik guna pensel warna merah saya ni. Lalu dia menunggu sehingga kawannya selesai gunakan warna merah, baru lah dia sambung mewarna. Budak sekecil ini sudah mengerti indahnya hidup berbagi. .
.
.
.
Doakan adik Maya diberi peluang pulang semula ke Syria, semoga Syria kembali aman. Semoga islam tertegak di muka bumi.  Maya a dit qu'elle aime la France mais elle veut bien rentrer en Syria. Inchaa Allah Maya. Un beau jour tu seras là. 
.
.
P/s : Bersiap sedia. Hari ni aktiviti masuk hutan dengan mak mak plak. Bagus pusat bahasa ni, macam macam aktiviti dibuatnya. Bab makan lah paling best hoho