Bumi Indigo

Thursday, January 2, 2014

Pengalaman Hidup di Bumi Perancis

Assalamualaikum warahmatullahirabarakatuh.

Baru beberapa bulan, terasa macam terlalu awal untuk mim taipkan komen mahupun kritik terhadap budaya hidup di negara Eropah ni. Belum cukup pengalaman untuk diceritakan. Namun, memandangkan ramai teman yang menanyakan. Di sini mim coretkan serba sedikit ya. Insha Allah. Mungkin boleh membantu pembaca yang akan further study di sini or voyage di sini ke. Who knows kan ;)

Macam mana life kat sini ? Okay tak ?
Ohkay, ini soalan paling famous so far. Hehe. Susah juga nak jawab sebenarnya. Alhamdulillah, semua okay kat sini. Cumanya perlukan masa lah sikit nak adapt kan. Seminggu pertama, merah jugak aa mata menanges rindu abah umi kakak meow. Tapi adat lah kan. Nak menuntut ilmu, semua ku redah. Pura pura kental ah kekonon. Gitteww. But seriously, lama lama boleh adapt punya. 


Makanan susah tak nak cari kat sini ?

Haa bukti makanan tak susah nak cari di France.
Macam macam boleh masak. Sate pun hado. Ni sewaktu student gathering Raya Aidiladha.

Ermm, nak kata senang, memang tipu lah kan. Prinsip mim senang je, kalau hang jenis memilih, semua akan jadi susah. Believe me! Walaupun jarang jumpa kedai muslim or halal, but we still have kedai roti. Senang lah nak dapatkan sandwich sardin dengan harga standard 5euro. And the kebab also boleh dapat harga 7euro. Barang barang basah pun boleh dapat kat sini. Biasanya, dalam setiap daerah akan ada kedai asiatic. Thats mean kedai yang jual santan ubi kayu kayu manis semua benda tu lah. Wujud je kat sini. So incase rindu nak makan gulai kari ke hape, boleh masak sendiri. Hihi ^^


Pakai tudung jadi isu tak ?
Alhamdulillah. So far tiada halangan pun nak bertudung kalau nak ke kelas. Kalo orang tengok pelik tu. Alah buat tak nampak je lah ye. Hati kena kental aa sikit. Make sure sebelum datang belaja sini, anda yakin on how to explain why you have to wear that tudung. Sebab orang Perancis sangat lah gemar bertanya dan berdebat. Buat list sesiap kenapa aku bertudung ? Hee

Solat macam mana ?

Bila kat sini, mim perasan satu benda yang positif. Alhamdulillah. Kat sini lebih menjaga wudhuk. Sebelum keluar ke kelas or ke mana mana, make sure diri sudah berwudhuk..
Sebabnya agak menyulitkan bila nak berwudhuk di tempat public. Mostly toilet di sini tak guna air :(
Sumber gambar


Okay ini sedih sikit nak cerita. Memandangkan France mengamalkan secularisme, maka wujud undang undang di mana sesiapa yang berada di bumi Perancis dilarang mempamerkan identiti keagamaan masing masing. Maknanya, takleh solat di tempat terbuka seperti di negara Eropah yang lain. Takboleh berpurdah. Nasib baik tudung diberi kelonggaran. Menyedihkan, dekat kampus mim sendiri tak disediakan bilik atau ruang untuk solat. So we have no choice. Terpaksa solat di bawah tangga or kadang kadang dalam library. Pernah terkantoi dengan pihak pentadbir, terus dia tampal notis. But, we have no other choice. Still solat kat situ jugak. Pandai pandai laa cover line.


Murah ke nak melancong sana sini ?
Hehe. Ni pun soalan femes gak ni. Macam dah jadi trend kat student oversea ni minggu ni jalan sana. Minggu depan ke situ plak. Bajet nya takde lah murah sangat. Sebenarnya benua Eropah ni kecik aje. Kejap je dah sampai sempadan. hehe. So tu lah antara faktor yang membenarkan kami melancong dengan lebih kerap.