Monday, March 11, 2013

Abah's Story



Jam menunjukkan jam 8.45 malam. Si anak masih setia di kaca televisyen. Tak berganjak. Ya lah, cerita favourite kot. Tak kan nak tinggal kan ?

Lalu si Abah menyapa....

Abah : Cerita apa tu ?
Anak : Cerita drama Awan Dania. Best ni bah, Scha Alyahya berlakon. Lawak, reel plak tu. Feberet kooowt..
Abah : Umm, ye lah tu. Dah solat Isyak, belum ?
Anak : Belum bah. Alaaa, sat lagi lah.
Abah : Ishh.. Pegi solat dulu. Sambung tengok nanti.
Anak : Alaaa, kejap je ni bah. nanti iklan, adik pergi lah solat.
Abah : Ye lah tu. Nanti jawablah sendiri dengan Allah haa. Abah taktahu.
Anak : Ye lah yelah bah. Orang pegi lah ni. maaf bah. 
Abah : Eh eh. Nape minta maaf ngan Abah plak ? Mintak maaf ngan Allah lah. Dah lama Allah tunggu adik solat tu. Minta maaf lambat dengan Allah, baru betul. Bukan dgn Abah ni haa.


سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي
Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : 
Solat di awal waktu" 
( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih )
 
Cerita beberapa tahun lalu.. Namun, masih terkesan sehingga kini. Pesanan abah agar senantiasa menyegerakan solat, in shaa Allah akan kutunaikan, lillahi Taala. Benar, kadang kadang, kita sengaja melewat lewatkan solat atas alasan yang remeh. Contoh yang paling obvious, main game, internet and so on. So, lets move on.

Wednesday, March 6, 2013

Keluargaku, Keluarga Kanser ?

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..

Masya Allah.. Beratnya dugaan ini ya Allah. Mendapat berita insan tersayang disahkan menghidap kanser. Mata mim bingkas laju menitiskan air mata. Mungkin air mata kelemahan. Masih terngiang ngiang gelak tawa Abah, semasa Abah masih sihat. Membonceng motosikal bersama Abah, menuju ke hujung kampung, rancak bersembang mesra, melewati rumah rumah sahabat Abah. Berkebun bersama, memasak bersama, Allahu :'( How i miss that moment.

Pengalaman menjaga nenek mim, yang juga disahkan menghidap barah, seolah seolah memberi bayangan awal pada diri mim sendiri. Nauzubillah. Mungkin suatu hari nanti, mim lah yang akan di sisi Abah, membantu Abah, memberi semangat. Ramai sahabat tampil memberikan semnagat kepada mim, tak kurang juga yang memberi nasihat agar mim lebih peka terhadap pemakanan. In shaa Allah sahabat. mim seakan trauma, sebilangan besar faktor penyakit kanser adalah keturunan. 

Pemergian sepupu yang seawal usia 27 tahun menghadap Ilahi Syawal lepas umpama mimpi ngeri. juga kerana penyakit yang sama, ya, he got kanser usus. Just same with nenek, Abah, nenek's Adik and the latest one, Abah's adik. Semuanya disahkan penghidap kanser. kanser yang sama, kanser usus. Lima bukan jumlah yang kecil jika ianya adalah nyawa.

atas nasihat sahabat, mim segera ke hospital berdekatan untuk menjalani ujian awal. langkah pencegahan mungkin.namun, layanan pihak hospital memang mengecewakan, tidak seperti yang diuar uarkan di poster di pintu utama. hanya doa mampu dikirimkan agar semua baik baik sahaja.

mim doakan Allah lindungi keluarga kami. Berikanlah kesihatan kepada keluarga kami, ya Allah.

Kata kata seorang sahabat cukup memberi kesan dalam hati mim. 
in shaa Allah, syukran ya sahabat.

tidak diuji hamba itu, melainkan dia mampu mengatasinya




Abah, be strong ;'( 
mim love you..