Wednesday, March 6, 2013

Keluargaku, Keluarga Kanser ?

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..

Masya Allah.. Beratnya dugaan ini ya Allah. Mendapat berita insan tersayang disahkan menghidap kanser. Mata mim bingkas laju menitiskan air mata. Mungkin air mata kelemahan. Masih terngiang ngiang gelak tawa Abah, semasa Abah masih sihat. Membonceng motosikal bersama Abah, menuju ke hujung kampung, rancak bersembang mesra, melewati rumah rumah sahabat Abah. Berkebun bersama, memasak bersama, Allahu :'( How i miss that moment.

Pengalaman menjaga nenek mim, yang juga disahkan menghidap barah, seolah seolah memberi bayangan awal pada diri mim sendiri. Nauzubillah. Mungkin suatu hari nanti, mim lah yang akan di sisi Abah, membantu Abah, memberi semangat. Ramai sahabat tampil memberikan semnagat kepada mim, tak kurang juga yang memberi nasihat agar mim lebih peka terhadap pemakanan. In shaa Allah sahabat. mim seakan trauma, sebilangan besar faktor penyakit kanser adalah keturunan. 

Pemergian sepupu yang seawal usia 27 tahun menghadap Ilahi Syawal lepas umpama mimpi ngeri. juga kerana penyakit yang sama, ya, he got kanser usus. Just same with nenek, Abah, nenek's Adik and the latest one, Abah's adik. Semuanya disahkan penghidap kanser. kanser yang sama, kanser usus. Lima bukan jumlah yang kecil jika ianya adalah nyawa.

atas nasihat sahabat, mim segera ke hospital berdekatan untuk menjalani ujian awal. langkah pencegahan mungkin.namun, layanan pihak hospital memang mengecewakan, tidak seperti yang diuar uarkan di poster di pintu utama. hanya doa mampu dikirimkan agar semua baik baik sahaja.

mim doakan Allah lindungi keluarga kami. Berikanlah kesihatan kepada keluarga kami, ya Allah.

Kata kata seorang sahabat cukup memberi kesan dalam hati mim. 
in shaa Allah, syukran ya sahabat.

tidak diuji hamba itu, melainkan dia mampu mengatasinya




Abah, be strong ;'( 
mim love you..

No comments: