Thursday, September 4, 2014

Kenalan Baru : Verena

Assalamualaikum readers !

          Okay mim poyo konon ramai readers. Kekeke. Semoga semua sentiasa dalam lindungan Allah, semoga kesihatan yang diberi digunakan sepenuhnya. Insha Allah aja aja fighting. Okay, kehidupan di bumi Perancis, dah nak masuk setahun dah. Ya Allah pejam celik pejam celik plak kan ? Hurmm. Terima kasih Allah untuk peluang ini. Sungguh aku teramat amat bersyukur. Bukan semua orang dapat peluang macam ni kan ? Control Mim control jangan riak.


Abang Long kawasan. Takut tak ? Hahahaha.


          Kali ni Mim nak cerita sikit ya. Okay, begini. Last week, Mim ada kenal seorang kawan baru dari Indonesia. Datang dari keluarga yang agak berada lah. Namanya Verena. Dia datang tempat Mim di Besancon, France untuk sambung degree kat sini. Sengsorang okay. Takde geng macam Mim nim. How lucky I am. Alkisahnya Mim kenal Verena sebab Mim kawan dengan lecturer bahasa Perancis nya sewaktu kelas persediaan bahasanya di Indonesia. So kira macam cikgu dia dulu tu mintak tolong Mim tunjuk ajar apa yang patut. Dia ambik kos Biochimie, Mim plak ambik Linguistics. Perghhh. Hebat ko Verena !

          Feeling so kakak kakak long kawasan, harus lah Mim kena tolong kan. Dahlah dia datang tempat baru, negara baru, culture baru dan semua baharu lah. Macam di campak ke pulau sorang sorang. Di France, soo many things yang kena handle once kita decide nak study kat sini. Mim takde lah tolong banyak sangat pun. Just bagi tunjuk ajar macam mana, bukak akaun bank, buat kad bas tahunan, macam mana nak daftar letrik kat rumah, tunjuk kampus mana, teman shopping barang rumah. Well just the simple thing. Haha.

Makan makan French style

       
         Okay, semua smooth. Alhamdulillah Mim tolong apa termampu lah kan. Then tuptup tiba satu hari tu. Ada something yang tak dapat di elakkan. Verena terpaksa bermalam di rumah Mim yang saiz kekecil comel ni. Mulanya agak keberatan juga, since Mim seorang yang agak suka menyendiri. hew hew hew. Tapi kan kesian plak. So Mim said yes you can sleep over here with me. Yabedabedoo bedoo. Rupa rupanya tak sia sia Allah aturkan pertemuan Mim dengan Verena. I learnt so many things from her. Allahu Allah. Terima kasih untuk teguran ini. Sehari Mim bersamanya, cukup cukup menyedarkan Mim. Yeah, banyak lagi aku kena belajar rupanya.


Pertama
Verena agamanya Kristian Katolik. Baru tahu yang dia agak alim juga. Malam tu, Verena pinjam laptop Mim. Mim biarkan je lah kan dia selesaikan urusannya guna laptop Mim tu. Hampir sejam juga mengadap laptop. Guess what she did ? Okay dia google church di Besancon. Mahu tunaikan tugasnya katanya. Okay Mim tersentap. Baru dua minggu sampai di sini, Verena sudah mula mencari cari tempat ibadahnya. Manakala Mim, masuk bulan kelima keenam baru terhegeh hegeh cari masjid surau di bandar kecil ini. Allahu. Terasa kerdil diri ini. Satu teguran dari Mu Allah. Aku leka sebelum ini. :'(



Kedua 
Mim datang belajar di France diuruskan oleh pihak tajaan. Manakala Verena datang sini fully duit mak ayah. Walaupun anak orang berada, yes bapaknya ada company tourisme. Perghh kaya tu. Tapi Verena tak lupa diri. Katanya mahu belajar sungguh sungguh mahu pulang dengan kejayaan untuk mak ayah nya. Berkenaan dengan persiapan di France, Mim propose kat Verena suh buat kad diskaun untuk train. Nanti kalau nak jalan mana mana banyak dapat diskaun. Sekali balasannya, 'Ngakk apa apa Kak Mimi. Rena tak perlukan kad itu. Rena mahu belajar". Okay ini deep. Allah. Aku salah guna peluang yang diberikan ? 


Ketiga
Sebelum tidur malam tu, lama juga Verena berteleku dalam selimut. Hurm. Ku fikir dia sudah tidur. Tapi ternyata belum. Selepas beberapa minit, Verena memohon maaf senyap jap tadi. Katanya sedang berdoa. Katanya seakan mimpi yang dia sudah berada di bumi perancis. Itu tanda syukur kepada 'Tuan'nya. Good girl. 


Okay okay itu aja dulu. Nanti free free Mim sambung lagi.
Insha Allah doakan yang terbaik untuk Mim di sini.

No comments: