Thursday, April 21, 2016

Coretan sang rembulan

Kadang-kadang, walaupun telah berusaha sehabis baik untuk berlaku adil pada orang lain, pada yang tersayang dan pada diri sendiri, ada sahaja ruang cacat yang kelihatan oleh mata-mata lain. Dan dengan ruang yang sedikit itulah, dijadikan hujah kelemahan dan kekurangan sehingga segala pengorbanan yang lebih besar hampir tidak kelihatan.

Wahai mata-mata yang berfikir, lihatlah dengan hati yang bersih dan berkatalah juga dari hati yang bersih. Bukan semua kesilapan perlu dicerah-cerahkan, malah boleh disampaikan dengan tutur biasa asal sampai maksudnya. Merendah lah ketika berbicara, seperti mana banyaknya dosamu pada manusia yang tidak diketahui. Berani memberi dan berkata, haruslah juga berani menerima, dan bersedia untuk merendahkan hati melebur ego, mematri kembali hati yang dipatahkan. Jika masih berfikir untuk diri sendiri, masih tenang di saat mengabaikan yang lain, walaupun sekejap, masih tenang di saat menyakiti yang lain, walaupun dalam perkara kecil, menandakan ada sesuatu dalam hatimu.

Kebenaran bukan diukur dengan lembut dan tajamnya cara bertutur, tetapi kebenaran apabila ia diterima oleh hati-hati yang bersih dengan rasa lapang atas jalan dan nama agama. Setiap hati ada fatwanya dan perbincangan adalah tempat pertemuannya. Sampaikan lah ia seolah-olah kita boleh jadi di pihak yang salah, itu lebih baik untuk mengelakkan rasa tinggi. Dan sebaliknya, diam serta membiarkan sesuatu yang kurang benar itu satu pendustaan. Ingatlah, Islam itu manusiawi, tidak bertentangan dengan naluri dan kemampuan insan. Dan bukan semua perkara dapat difikirkan dengan kapasiti sendiri.

No comments: