Friday, November 15, 2013

Goodbye Malaysia

Masanya telah tiba..

2 tahun persediaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Restu ibu bapa sudah ku terima
Tiket penerbangan erat di genggaman
Barang barang sudah siap rapi di kemaskan

Tanggal 1 Oktober, 15 orang berkumpul di KLIA.

Last dinner bersama keluarga di KLIA sebelum pelepasan.

Satu satu nya sibling. Kakak sayaaang adik.

Khusyuk mendengar kata kata akhir dari pihak penaja.

Dunno what im trying to do.




Sunday, September 22, 2013

10 days left

Allah,

jagalah hatiku,

ku tinggal tanah airku,

ku tinggal ibu ayah ku

ku tinggal tempat besarku,

ku tinggal kenalanku,


moga agamaku masih di hati ku.

Allah, izinkan Islam terus di hati.


terus di hati ku.

terima kasih tuhan.

moga kembara musafir ini memberi sejuta makna.

Jadikan aku, sorang aku yang lebih mengenaliMu

Allah, perkenankan lah.

;')

Monday, September 16, 2013

Trauma Air Mauritius

Hari ni Aurelia punya kelas.

Teruk kena marah pasai tindakan aku nak jual tiket yang makcik aku menang tu.

Seriously memang teruk sangaaat kena marah.

Not to say marah, tapi suara agak meninggi la.

Sampai lah tiba recess time. Air mata aku pun wuuu wuuu laju je gugur.



of course aku expect akan ada lah sorang bidadari datang duduk kat tepi.
Alah, kekonon nak calm me down yang tengah hinggut hinggut tu kan.



And,

malangnya. tiada. no. nehi. zero.

semua bidadari bidadara keluar rehat.


aku kecewa. mungkin diorang memang lapar sangat kot ?



Tuhan masih memeluk aku.

ada seorang yang tenangkan aku. at least rasa jugak kan ada orang faham aku tengah oversedih ni.

walaupun bukan sahabat sahabat perempuan yang menenangkan.

tenangkan gaya gitu pun bolehlah kan.

merci beaucoup



Thursday, August 15, 2013

Review : Samsung Grand Duos


Assalamualaikum.

Acah acah buat review lah sikit. Hee.
Baru baru ni, mim baru angkat satu phone. For my very first tyme la ni guna phone yang ada android ni. Sepanjang dua bulan guna, mim bagi five stars lah kat Samsung Grand ni. Syiokkk you olss. Beli jangan idok beli ye. ^___^

Kenapa pilih Samsung Grand ?



1. Harga
Okay. Bincang pasal harga. Nak kata murah takde lah murah sangat. Mim beli kat Lowyat Julai hari tu. Lepas round satu mall tu, dapatlah harga RM1060. Not bad lah kan. Sebab screen dia besar woo. Nak challenge S4 boleh la kot. Sekali free gift, software ready installed, antivirus, casing yang memang tahan lasak punya, memori card 8GB, screen protector and mim bodek earphone lebih satu. Hikhok.

2. Dual Sim
Yang ni penting bagi mim. Sebab satu nak guna sim broadband. Satu untuk sms call cam biasa lah kan. Memula bimbang jugak lah nak beli. Ye lah selalu phone dua sim banyak beno ragamnya. Luckily, all is well. Takde hilang kredit tiba tiba. Call keluar masuk cam biasa je untuk kedua dua sim tu. Lagi satu, sebelum nak call or sms, kita boleh pilih dulu, nak guna sim mana. So, takdelah tersalah call guna simkad broadband ke apa kan. Sim tu tak nak guna dedua pun boleh, optional. Janji, kalau nak guna broadband, mesti di sim 1. ingat tu. Internet tak jalan di sim 2. sim guna saiz biasa ye. tak perlu potong dulu.

Macam mana nak print screen Samsung Grand Duos ?
Okay. Ni mim baru tahu caranya. Tak perlu download Apps ke apa. Yelah rooting system tu kan menyusahkan. Erkkk. Okay, kalau nak print screen just klik Home button + Power button at the same time. Then, pic tu akan automatik save dalam gallery. Senang. Finish.

Memory macam mana ?
Internal memory dia 8GB. Ini lah satu satunya kelemahan samsung grand yang mim jumpak. Katanya 8. Tapi rupa rupanya hanya 4GB yang kita boleh guna. Lagi 4GB dia dah guna untuk operating system. Maka berbaki lah empat je kedek kedek. Tapi tapi, jangan risau, boleh cover ngan external memory up to 64GB wuuuu. Hebat ah ! So still boleh taruk movie Running Man bebanyak. Tu pun kalo minat lerr. Herherher :)

Bateri kong tak ?
Kalau dah namanya smartphone, memang bateri cepat lerr kena sedut. Lagi lagi pengguna internet macam mim ni. Sehari memang kena caj jugak. Mana taknya, semua benda nak guna kan. Tweet lah, noti facebook lagi, camwhore sana sini. Maka lagik lah. -_____-' 

  Cara nak jimatkan bateri smartphone ?
  1. Jangan guna line 3g. Layan 2g pun kira okaylah. Walaupun nyata lombap sikit. heh.
  2. Jangan on kan gps untuk semua apps yang kita guna. camera ke, tweet ke. semua lah.
  3. Adjust lah brightness dia tu, jangan kasi terang sangat ye. hee
  4. Bila tak guna internet, tutup lah segala punca nya tu. wi fi and mobile data.
  5. Download Apps 'Batery Power Saver'. Walaupun effect tak nampak sangat. tapi boleh lah membantu fon tahan lama.

K, tu je lah kot mim mampu share. Harap berguna lah ye. Peace.



Wednesday, August 14, 2013

Cara Rawat Masalah Jerawat Remaja


Assalamualaikum dan salam sejahtera everyone.

Terasa nak share. Untuk remaja yang bermasalah jerawat sekarang, meh baca meh. Real story punya. Sesiapa yang kenal Mim, hemm, tahu lah kot macam muka mim dulu. Malu aih nak keluar rumah. Sebijik muka penuh ngan jer jer tu takde ruang kosong dah. Sedihh bak hang.

Meh nak kongsi. Step step yang mim buat untuk rawat jerawat tu :

Pertama : Pergi Klinik (RM1)
Lepas sedar muka teruk sangat, mim decide pergi klinik lah. Kalau teruk cenggini, pakai losyen harga ribu riban pun tak jadik kot. Mim pergi klinik kerajaan je. Tak mampu klinik swasta. Mahal macam gajah hoi. Sekali kena alcukup lah kan. Kat klinik, mim tunjuk je muka. Explain sikit sikit. MA tanya mim jawab je. Jujur. Ada jugak kena perli. Telan je laa kan. Chit chat chit chat, abes. Pegi ambil ubat. Mim dapat empat jenis ubat. Serius lupa namaanya, dah lama kot. Ingat satu je, Aqoues cream. Tu pun sebab still sambung pakai. Hiks. Senang je nak pakai. Function empat ubat tu macam losyen muka, toner dan cream pelembap. Satu tu ubat telan. Antibiotik katanya. And Mim kena stopkan segala mala produk kosmetik untuk seminggu dua. Bedak pun takleh. 
Sedih T_T


Inilah rupa aquoes cream tu. Pakai kat muka mcm pakai pakai foundation tu.
Alhamdulillah, TIGA hari mim pakai, dah nampak kesan. Merah merah dah takde dah.


Kedua : Dalacin T (RM37)
Okay. Lepas dua minggu. Kulit mim pun ada lah nampak perubahan. Mim guna Dalacin T. Mula mula trauma jugak. Ni hasil mim pergi survey kat empat buah farmasi. Semua pharmacian kata okay! So apa lagi. Mim pun cuba ah. Alhamdulillah, match my skin well. Cara pakai senang je. Scroll je kat muka. Kat bahagian ada jer jer tu, tapp tapp tapp banyak kali sikit. Jangan risau, mende alah ni berfungsi as antibiotik. Tade menipiskan kulit pun. Mim pakai tiga kali sehari. Attention! Jangan pakai banyak kali sangat, nanti kulit muka kering. Menggelupas. Conclusionnya, Dalacin T berkesan kecilkan jer jer tu. Kecik kecik, lama lama takde, wuuuu. Happpy ^_____________^


Rupa Dalacin T. 30 ml je pun. Tapi mim pakai tahan untuk sebulan lebih jugak la.
And boleh dapatkan kat certain Watsons. Susah sikit nak cari ni. Kalo korang tak jumpa,
nak minta tolong mim belikan, insya Allah boleh je tolong.
 Semua nak cantik, kan ? Hiks. gayaa retisss

Ketiga : Sabun Susu Beras (RM7)
Sambil sambil tu, mim guna sabun susu beras. Seratus peratus bahan semulajadi. Seriusss mim trauma nak mati dah guna produk produk kosmetik yang seller sendiri tak sure apa kat dalam tu. -_____-'  Pengalaman banyak ajar mim lebih berhati hati. And alhamdulillah. Sesuai dengan kulit mim yang agak sensitif ni. Mim guna pagi dan petang je. Gosok pun lembut lembut je. Gosok menghala ke atas. Nak kasik pipi muka tegang. lol. Sebelum guna, mim potong kecik kecik jadik 9 ketul. Jimat sikit. Lambat habes, Hehe. Serius, kalau muka korang tengah teruk, stoplah guna kosmetik tuh. Bhaya tahuu. Guna bahan alami je. Insaflah sebelum terlambat. Hahhaha *ugut*


Rupa sabun beras tu. Wangi wangi sangat ! I loike.
Sabun ni nak buat sabun badan pun boleh gak. Sabun serba guna lah katakaan :)


Tu je lah. Tiga steps yang mim buat. And alhamdulillah. Biarlah tak secantek Hames Jalikha pun, tapi alhamdulillah. Yakin lah nak masuk kelas mengajar tu. Hihihi. Korang betul betul ni, janganla terpedaya ngan produk produk kosmetik kat pasaran tu. Bukan semua. Certain la. Hati hati. Eh, baideway, waktu proses rawatan tu, mim memang lawan nafsu makan. tak sentuh seafood. my favourtie kot. sroooobs. 

Nak tambah sikit, waktu muka mim tengah kronik tahap zirafah tu, mim tangkap pic muka mim sendiri. Hari hari you ols. hahaha. serius tak tipu. almaklumlah, nak tengok perubahan. terfikir jugak nak buat macam orang lain buat tu, apa, before and after eh ? hehehe takyah lah. bukan shomell sangat pun. muehehe. 

Okay, choww. Harap berguna lah ye remaja remaja. Siap dengan harga lagi tu. Nak tolong bajet. mihmihmih. k, ada apa apa nak tanya, just emel mim je :

mie.hussy@yahoo.com

k, Assalamualaikum pretty ladies !

Tuesday, July 2, 2013

Mimpi


Mie : Penang dengan Terengganu jauh kan ?

MrR : Agak jauh la. 8 jam by car.

Mie : Nanti, kalau saya tiba tiba rindu Abah, boleh awak hantar saya balik Terengganu on the spot ?

Busssshhhh. Tersedar dari mimpi. My Abah is also your Abah. Haaa, berpeluh kau. Sejarah book of record aku mimpi cenggini. Pulau Mutiara ? Erkk. Salah ni.

Istikharah jom ! ;)




Wednesday, June 19, 2013

Cameron Highlands Malaisie

Lawatan di Cameron Highlands. Bersama rakan sekelas dan mentor kelas......

sehari sebelum kejadian....


Em : Kenapa call mie ?

Me : Kena marah dengan lecturer tadi.

Em : Laa, macam mana boleh jadi macam tu.

bla.. bla.. bla.. mula bercerita dari awal apa yang berlaku..

Me : ... sakit jugak hati ni.

Em : emm, sabar mie. Cikgu kita tu. mana boleh nak lawan lawan. dengar kata cikgu tu,

Me : taaaapi...

Em : ye betul. faham.. nanti mie nak jadi apa ?

Me : cikgu lah.... dah nama pun masuk maktab.

Em : emmm, nanti nak anak murid buat macam tu ? masam masam dengan kita. suka ke macam tu ?

Me : mestilah taaaak...

Em : haaa, k, sekarang pergi jumpa lecturer.. cakap minta maaf... itu yang terbaik.

Me : ei tak nak lah.. dah lah mata merah lagi ni.. esok esok lah.

Em : kalau esok mie dah takde, tak sempat minta maaf tak tahu haaa.

Me : ye la ye la. orang pergi sekarang.. k lah, bye. thanks. Assalamualaikum ;')

Em : Okay, waalaikumussalam good girl..


Moral of the story :

You get what you deserve. Macam tu anda buat, macam tu lah anda dapat. Buat baik, balasan baik, in shaa Allah. Umm, kalau sebaliknya.. wallahu'allam. Moga Allah maafkan ku Jadikan aku guru yang senantiasa bjuang di jalanMu. ;')


Saturday, June 8, 2013

The Drama

A couple chit chat in the evening...

Girl : Am I pretty ?
Boy : No !

Girl : Am I pretty ?
Boy : Nooo !

Girl : Am I pretty ?
Boy : Noooooo !

Girl : Seriously ? *crying...
Boy : You are not pretty.. because you are the prettiest in my eyes.. ;)

Both are smiling.. May your relationship rest till Jannah my friend. I'm happy for you,




Sunday, April 7, 2013

Abah's Story : Quran

Assalamualaikum and selamat sejahtera :)

Alhamdulillah. Dapat balik kampung lagi. Maknanya dapat jumpa ahli keluarga tersayang lagi lah kan ? Bahgia hidup. Lupakan lambakan assignment. Lupakan masalh asrama. Lupakan segala.

Suatu petang di rumah...

teeeeeeett.... inbox phone masuk..

Abah : Ehemm.. mesej sape plak tu ?
Anak : Kawan bah. Dia kirim salam kat Abah. Moga cepat sembuh katanya.
Abah : Oooow. Amin. Cakap terima kasih ye.
Anak : Okayy bah :)

Ingatkan dah habis, rupanya sambung semula perbualannyaa...

Abah : Nak tengok phone boleh ? 
Anak : Boleh je bah. Nak buat apa ? bukan ada apa apa pun kat dalam ni. *muka dah cuak dohh*
Abah : Pasangkan surah Yasin kat Abah boleh.. ? 
Anak : Ada ada.. Kejap ye bah.. *bukak folder musics cepat cepat. hilang gabra, ingatkan abah nak buat spotcheck tadi hee ;) *

Kami masing masing diam. Hormati Surah Yasin yang tengah berkumandang..
Seusai surah yasin,

'' trouble is a friend hoooo trouble is a friend hohohoooo ''

Dengan kuatnya. Alamak, terkeluar lagi apa ni ?

Si anak jeling jeling kat Abah.. Ingatkan Abah dah tidur. Rupanya belum.. Si anak diam seribu bahasa. Seakan memberi ruang kepada si Abah untuk berbicara..

'' Mie, punya ayat ayat suci alQuran dalam phone tu dah baik dah. Boleh selalu dengar. Boleh ingatkan diri pada Allah. Tapi, bila digabung dengan lagu lagu yang 'mengasyikkan' tu lah yang silapnya. Lama lama boleh gelap hati kita ni. Kalau nak senang faham, umpama kitab letak kitab suci alquran kita tu dalam tandas. Gabung di tempat yang salah. Nanti takyah lah ya. ''



Sedikit nasihat dari Abah yang mengusik jiwa. In shaa Allah bah. Terima kasih bah. ;')


Tuesday, April 2, 2013

Moi et moi




  
pssssssst....!

 [ i love you just the way you are ]