Bumi Indigo

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru ;)

Terima kasih , cikgu !
Terima kasih , cikgu !
Terima kasih , cikgu !

Laungan keramat ku di pagi hari bersempena sambutan hari guru seMalaysia. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru guru yang pernah mendidik serta membimbing saya dalam usaha mahu menjelmakan insan berjaya. Ketabahan cikgu cikgu semua amat saya kagumi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. tanpa cikgu, siapalah saya.

Guru umpama lilin yang sanggup mengorbankan dirinya untuk semua.
Terima kasih cikgu. Saya sayang cikgu :)
----->> cikgu di SM Sains Sultan Mahmud
----->>cikgu di SK Fikri Pantai
----->>cikgu di SK Jelapang
----->>cikgu di Tadika KEMAS Jelapang

hadiah paling bermakna buat cikgu :)

kejayaan hasil titik peluh seorang insan dipanggil 'cikgu'

Terima kasih cikgu.

''Ya Allah, berikanlah kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru ku. Rahmati mereka yang mengajarkanku ilmu ilmu al Quran, ilmu ilmu sains mahupun ilmu kira kira. Semoga jasa jasa mereka di balas dengan sebaik baik ganjaran. Amin''

2 comments:

Misz Jenny said...

Selamat Hari GURU!

wah! bertambah2 la followers hang yer!!

Syamimi Razali said...

kihkihkih.

xde org nak pollow sangat, aku pom, pollow sendri jerk.. haha