Monday, December 12, 2011

Niat memang nak tolong . . .

Assalamualaikum .

alahai. sedar tak sedar dah tinggal berapa minggu je lagi cuti nak habes.
oh noo ! -_______-

dah bace tajuk kat atas tu kan ? niat memang nak tolong. tapi, . errghhh. memulakan cherita, beberapa bulan yang lepas, mim dah daftarkan diri sebagai penderma organ. kalau ada rakan-rakan yang berminat nak daftar gak, just klik sini. okayy, stepnya, memang senang. mim daftar online aje. dan, pendaftaran mim telah diluluskan. Alhamdulillah. mim berdaftar untuk dermakan satu organ aje. tak banyak. ye lah, at least dapat jugak membantu insan yang memerlukan. ye dakk ?
kepeningan -,-

actually, memang mim pasang niat nak derma organ ni sejak kecil lagi. kalau tak silap waktu tu, umur mim 10 tahun. waktu arwah mama masih ada. sebelum tu, alfatihah buat mama. semoga mama ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. amin. waktu tu, mama tengah suffer sakit buah pinggang. both kidneys dah rosak. tiga kali seminggu mama ulang alik pergi hospital sebab nak cuci darah a.k.a heamodialysis. dan mim sendiri pernah teman mama, mama tetap senyum. walaupun, mim tahu, mama sakit. lame mama tunggu, nak dapat turn untuk menerima organ. rupa rupanya, masih ramai yang ada dalam list menunggu. dan mim tak sanggup tengok mama sakit. memang lama mama sakit. sejak mim masih bayi, umur 15 hari. lama tunggu penderma. at last, mim cakap kat abah, mim nak jadi penderma. nak tolong mama. waktu tu, abah senyum je. tak komen apa apa. tapi jelas, reaksi muka abah memang tak bagi. ye lah, waktu tu, mim kecik lagi. baru darjah empat. -.-

lama menunggu, akhirnya, ada seorang insan baik hati, yang sanggup derma organ buat mama. terima kasih yang tak terhingga. terima kasih sangat. hanya Allah yang mampu membalas jasa mu. keluarga mim bergegas ke HKL, kerna waktu tu, proses transplan hanya boleh buat kat sana. alhamdulillah, proses berjalan lancar. namun, keluarga mim agak terkilan sebab tak dapat nak face to face dengan perderma organ tu, sebab beliau mahu identiti dirahsiakan. yang keluarga mim tahu, penderma tu keturunan orang asli. murni hatinya, walau apa pun, terima kasih skali lagi.

sejak tu, memang salah satu azam utama mim, nak derma organ jugak. sebagai tanda nak balas budi that penderma. sebelum mim daftarkan diri, mim selalu jugak la risik risik webpage pusat transplan negara. mim baca syarat sebagai penderma. ohh, kena umur 18 tahun ke atas rupanya. bawah umur tu boleh jugak, tapi dengan kebenaran ibubapa. that's why mim tunggu umur 18 tahun dulu. nak bincang ngan family ? memang tak lah. sebab mim takut ada yang setuju. umur dah cukup 18, mim pun daftar -________-

memang silap  mim lah kan. buat keputusan tak bincang dulu. now, keluarga mim dah tahu pasal ni. include abah mim. dan, unfortunately, abah tak setuju. waktu abah cakap tak setuju, muka abah memang serius. and, mim pun terus tersenyap. tak tahu nak cakap apa. lama kami tersenyap. then, about 5 minit lepas tu abah cakap, takyah la mie, seksa badan tu nanti. badan tu refer kepada badan mim waktu pembedahan tu nantilah, maksudnya jenazah mim yang dah meninggal. lepas tu, mim cakaplah, mim dah search dalam internet, proses tu penuh berhemah dan paling lama pun empat jam je. tapi, abah cakap lagi, takyah laa. mim pun okayy, senyap.

dan sekarang, mim buntu. nak teruskan ke tidak ?
mungkin ya dan mungkin tidak.

Ya Allah, permudahkanlah.

7 comments:

Anonymous said...

inshAllah mie.klu bende baik DIA akn permudahkan jalan kite.rse nk dftr jgk lah.
neney:)

Anonymous said...

Mimi, you are sooo brave! Aku rasa aku tidak punya kekuatan sebegitu rupa mcm mu. Proud to be your friend :')

Betul cakap neney tu, kalau niat kita baik, insyaAllah Allah tolong.

JUA said...

bravo.! you are so brave la dear..

:)

yakin pada diri. kalau mim rasa pa yang mim buat tue btul insyaAllah.., segalanya akan dipermudahkan..

believe in Him dear.. :)

Syamimi Razali said...

neney ;

thanks neyney.
blh la dftar law dh minat tuu.

tpi make sure tya pendapat parents dlu taw -,-



aleya :

thanks. insyaAllah, akan discuss once again with my abah :)

Syamimi Razali said...

jua :


thank youu soo muchh.

insyaAllah . smoga dipermudahkanNya. :)

eiyzniey said...

Mim..bgus nye awk..
Bt la sunat istikarah..
Insyaallah..dpt bt kptsn trbaik dan dipermudakan urusan nnti
:)

Syamimi Razali said...

@eizniey

inshaALLAH. thanks btw ;)