Bumi Indigo

Sunday, January 29, 2012

Tragedi Dragon

Assalamualaikum.

Orang tua kata, rambut Melayu sama sama hitam, tapi HATI ?

Wallahua'lam.. tiada siapa yang tahu. Terfikir fikir jugak kenapa lah keluarga aku yang kena ? Kenapa tak famili bedah ke ? Kenapa kami ? kenapa dan kenapa.. haih. Abah cakap, ''jangaaan. sabar. ada hikmah la tuu. tiba masa Allah nak tarik balik nikmat pemberianNya...''

Ye. ye. Abah memang tenang. cool. walaupun ini dah termasuk kes polis. Umi masih tak senang duduk. dan mim ? hanya berdiam diri , mungkin seakan mengerti apa yang berlaku . akak, walaupun jauh di rantau, tidak henti henti sms tanyakan apa apa perkembangan *_*
tidak tenteram.  mungkin buruan kamu lagi . . .
Kejadian
tak disangka sangka, dapat berita daripada umi, rumah kena pecah masuk ? Astaghfirullahalazim. rasa macam baru je baca kes Kak Wardina, yang dirompak. kini, giliran kami diuji. Abah tersenyap. terkejut mungkin. silap kami juga, selalu tinggalkan rumah. kosong tidak berpenghuni. apakan daya, demi tugasan, kami merantau lagi. rumah itu sepi. Abah dan umi bergegas pulang ke rumah. periksa setiap bilik, setiap bucu dan ceruk. dan sah ! memang dimasuki pencuri. barang berselerakan usah terkira.
keadaan bilik mim berubah selepas kejadian.
yang di sana di lantai, yg disini dicampak. !
Kehilangan
kami bukan lah keluarga berada. kehilangan walau sedikit cuma, nilainya agak besar di mata kami. kejamnya kamu pencuri ! kasihan kat Abah, laptop yang masih fresh lesap dikebas, habis melayang kertas kertas kerja. Arghh. mana nak cari ganti ? umi masih sedih, jam tangan kesayangan hilang sekelip mata. yang tinggal hanya lah warranty card. . tapi, untuk apa lagi ? barang kemas semua lenyap tanpa tinggal seutas pun. hadiah pemberian sewaktu perkahwinan turut kau sapu. barang barang lain tak usah disebut. buat sedih  saja. benda dah terjadi. nak salahkan siapa ?

Wahai pencuri
semoga Allah buka kan hati kamu. insaflah. insaflah. insaflah. moga Allah buka kan hati kamu. Amin. tahu kah ? kami dalam ketakutan. pesanan pihak polis sentiasa di patuhi. bimbang kejadian berulang. kami tak digalakkan meninggalkan rumah, walau sesat pun tanpa penghuni. kerana apa ? kerana kamu. ya ! kerana kamu. semua kunci pintu utama, depan, belakang, sisi, bilik bilik pun kamu ambil. semua di tangan kamu. ! oh, bijaknya kamu. mungkin persediaan di masa mendatang. kami rasa terancam. bahaya ! moga Allah bukakan hatimu, kembalikan lah.

Kami tiada berdaya
hanya mampu berdoa. serahkan kepada pihak polis yang mungkin jauh lebih arif. siasatan dijalankan. rumah kami didatangi pihak polis. bukti bukti telah diambil. beberapa keping gambar turut diambil. terima kasih atas kesan yang kamu tinggalkan. terlalai mungkin. sibuk menelan makanan kami di dapur. limau cina pun mahu kebas ? ambillah. kami halalkan. tapi, barang-2 yang lain... mungkin belum.. oh ya, thanks to pihak polis.


Akhirul kalam, semoga Allah bukakan hati kamu.

Amin.

7 comments:

faridFirdaus said...

sabar deh..ujian sume tu..mungkin xde rezeki mase nie,tp yg pasti,rezeki tu mungkin lebih baik esok..doa banyok2,kan Allah tu maha pemberi rezeki kan.. Allah nak bagi yg lebih baik tuu..sabar deh :)

"Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."-Al-Furqan(75)

Syamimi Razali said...

thanks Farid.

semoga segalanya dipermudahkanNya.amin.

CekbOlat-bOlat said...

T__T sabar ye syg.. ade hikmah ^^
erkk.. limau pun kebas? huhu

CekbOlat-bOlat said...
This comment has been removed by the author.
Syamimi Razali said...

@cek bolat

thanks thanks..

xsempat nk merasa limau dragon, dh lesap..

:')

jua said...

sad to hear dat.. :(

bersabar ya..
stiap yg brlaku tue pasti ada hikmah yg trsembunyi di sebaliknya..

b strong ya.. :)

Syamimi Razali said...

thnaks jua ;')

mudah mudahan...