Monday, June 25, 2012

Semalam Punya Exam

Assalamualaikum


Alhamdulillah, akhirnya selesai. Semalam mim dan beberapa classmate yang lain dah abis exam. Memang meletihkan. Kawan dengan buku siang malam, berjaga sampai pukul tiga pagi, menjamu selera pun nak jenguk nota, call kawan kawan pun tak terangkat, sedih memang sedih, tapi... hurmm, memang perit. First time kot exam besaw besaw sepanjang mim belajar kat sini. Tu yang gabra semacam aja.


Pagi exam,
Bangun pagi pagi dah tatap nota, semua dah serba tak kena. Nak minum air, nak pegang cawan pun dah tak mampu. Selimut tebal tebal pun rasa macam bergelumang dalam salji jugak. rasa macam nak bawak semua nota nota masuk letak atas meja waktu exam. * kalau lah bolehh kan... okayy, semua dah tak tenteram. Call my abah, mohon restu. moga ketengangan milik aku.

kusimpulkan, jangan gabra waktu exam. bila jiwa dah gentar, apa yang sedia tahu, semua terbang entah ke mana. ini betul, sumpah aku tak tipu, tak mahu menyesal untuk kali keseterusnya, satu pun dah cukup.

Kawan-kawan,
pegang kata-kata Mentor kita, mettez-vous à côté ce qu'est déjà passé, concentrez à l'avenir. dan mungkin ini lah yang jadik spirit mim, yang berlalu biarlah berlalu, tumpukan yang masih di hadapan. Thanks Mademoiselle Teh Hui Yen, memang pemberi semangat. tahniah kawan kawan ! setahun kita berperang pagi petang siang malam, ini lah waktu nya kita nak guna kan ? -___-

Hablun minallah,
dengar cerita, result dah nak keluar dah dari pintu kebalnya, gentar gemuruh pun dah bergabung dah. gugup. tiba tiba, kawan mim bagitaw something,

''Buat apa nak takut, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, yakin denganNya''

and then, i feel like, tenang setenang tenangnya. semua rasa gugup hilang serta merta. pendek dan simple, tapi, Subhanallah, mampu buat hati mim tenang. thanks ya Allah. tersedar, dari terleka.

apa sebenarnya tujuan aku belajar,,,adakah untuk markah tinggi semata?

No comments: