Tuesday, July 10, 2012

Kem Ibadah



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .

Alhamdulillah, masih punya mata untuk melihat, biarpun dengan bantuan mata tambahan, masih punya hidung untuk menhirup oxigen, masih punya hero yang jadi pelindung, masih punya kawan yang sentiasa di sisi.

Err, umpama bidan terjun, nama Mim tersenarai dalam list fasilitator Kem Pemantapan Ibadah di SK Serdang, Selangor. Persiapan demi persiapan dibuat oleh Mim dan fasi fasi yang lain. Fahamkan lagi maksud bacaan solat, acane niat tayammum dan segala lah. Gumbira gementar gabung jadi satu. 

Kuatkan hati, thanks Abah bagi sokongan padu. Iya lah , nak jadi fasi agama untuk 130 orang pelajar, sekali silap ajar ilmu, hadess. tapi, Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dengan izinNya. Kami packing barang barang ala kadar nak bermalam di sana nanti, jalan kaki 5 minit, naik LRT, then, amik komuter, naik teksi lagi, teeeet, sekali silap sekolah, pusing pusing dalam UPM, sampai.

Bermula lah permulaan hidup ku ..  . . .

Voila, SK Serdang. Kecil, tapi teramat kondusif
Guru bersatu, anak didik pun begitu ;)
Adik adik tekun dengar nasihat yang lebih tua
One of the checkpoint waktu explorace. Mim jaga kat sinilah, peace !
Tayyamum. Explorace berbaju kurung berbaju melayu. Sabaw ye adik adik. :)
Comel nye Adik akak ni. Hurmm, macam pakai bedak sejuk dah ni.
''Sahaja aku bertayammum utk mengharuskan solat fardhu kerana Allah Ta'ala''

Next checkpoint. Di tengah tengah padang.
Buat rukun rukun solat sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya.
''Haiyya alla sollaaaaaaaah......''
Serius respect kat adik adik SK Serdang, semangat tu ada. bacaan terjaga.
Teruskan ye dik, jadi permata mak ayah ;')
Jom aerobik jom ! kiri kanan atas bawah, ewaaahh.
Walaupun tak berapa nak cukup tidur, masalah air lagi, alhamdulillah,
adik adik masih semangat nak teruskan aktiviti.
Reka Cipta Baju Muslimah. Sopan je,
Kreatif dan inovatif dan tak habis pitis. Syarat yang simple,
tutup aurat, boleh bawak pegi solat. Courage dik ! ;)
Tidur jam satu, jam dua dah bangun.
Alhamdulillah, diberi kesempatan olehnya nak qiam sama.
Bukan adik je ngantuk, akak pun sama, takpe dik, janji ikhlas kerana Allah .

The Fasilitator,
Allah, permudahkanlah perjalanan kami :')
Aucakkk !
Aeroboking di pagi hari.
Beberapa jam sebelum perpisahan
Ukhwah fillaah Abadan abada
Sayang korang. :3
Sekian wassalan. Terima kasih cikgu cikgu SK Serdang yang sudi jemput kami. pengalaman yang amat bermakna, di samping perbaiki diri menuju Ilahi, mampu pupuk semangat kepimpinan dalam diri.
Bersurai lah dengan hati yang tenang. 

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sejuk ati tengok bebudak mcm gini.. terpancar keluruhan di hati mereka.

Kak Mirror tertarik dgn baju surat khabor yg diorang create tu.. siap berkipas2 kat belakang lg..hehe. Kreatif.

faridfirdaus said...

goodwork mi! kadang-kadang apa yg kita belajar selain dari dalam buku dan dalam kelas lebih cepat ingat dan tahan lama..insyaAllah apa yg adik-adik tu belajar akan dyorang ingat sampai bila2.. :)

Syamimi Razali said...

Miss Mirror :

memang sekolah ni terbaik lah kak, pelajar2 pun okayy.

sayu hati nak berpisah ngan mereka ni :')

Syamimi Razali said...

Farid :

thanks ! :)
insyaAllah, dapat byk ilmu baru untuk adik adik dan juga fasi.