Friday, January 18, 2013

Nina

Minggu depan birthday Nina. Tujuh hari je lagi. 'Aku nak belikan something special untuk diri aku. Alaaa, tak kan lah nak tunggu hadiah kawan kan. Siapalah sayang aku ni. Siapalah aku untuk mereka mereka kan.' Nina masih lagi stay kat asrama since dia masih lagi belajar. Hurmm, kebetulan birthday Nina jatuh hari minggu. So apa laaagi ? Say yeahh ! Seminggu sebelum tu, haa, Nina dah sibuk dah mula fikir pasal dia punya plan personal tu. Nak keluar dari hostel and memanjakan diri. Hadiah birthday lah katakaan.

Hadiah tu, tak da lah grand pun, bukan berjenama lah senang sikit nak terjemahkan. Tapi, kalau dah teringin kan ? Nina dah kumpul duit lama jugak lah, demi nak beli mende alah tu. Alah, bukan brand Chanel pun, apa lagi, Louis Vuitton or Christiana Louboutin pereka terfamous kat France tu, ini hanya produk Malaysia yang biasa biasa sahaja, seriously biasa, tapi mendapat tempat di hati Nina. Itu tujuannya, itu matlamatnya. Itu keinginannya, dan itu hadiah untuk dirinya ! *bukan untuk orang lain

sehari sebelum Birthday si Nina yang naif,
Dugaan besar untuknya. terhebat. Hingga mampu gugurkan air mata Nina. Gugur sederas ombak. MasyaAllah. Nina akur, redha, pasrah. Kehilangan. Nina terus terdown. down yang amat sangat. bila plan yang sudah direncana bakal musnah berkecai. Wang yang Nina kumpul, dengan usaha yang kuat. Kurangkan belanja makan, korbankan wang belanja harian, semata mata nak beli hadiah untuk dirinya. sekelip mata, wang itu hilang ! MasyaAllah, hebatnya dugaanMu ya Allah. keseimbangan diri Nina agak serabut.

tiada tempat untuk mengadu selain yang Maha Pencipta, Allahu ;') hingga ke malam hari, air mata Nina mengalir tiada hentinya. terima kasih buat sahabat sebilik Nina yang sabar untuk tenangkan Nina. namun, kasih sahabat tiada mampu tandingi kasih ibu bapa. Nina perlukan sokongan abah dan family. sangat perlu. solat hajat pohon ditenangkan hati. doa diutuskan pada Ilahi. mohon keredhaan. mungkin silap Nina ? mungkinlah. Nina tertidur dengan esak tangis. menyanyi 'Happy Birthday, mata menangis, air mata bergenang'. Nina kena kuatkan hati, mahu jaga sahabat. Subhanallah, dengan ketentuannya, birthday Nina jatuh pada hari yang sama dengan kekasih hati sahabat sebilik. Hati Nina berkata 'Nina, jangan nangis. kau rosakkan hari bahagia mereka, jangan nina. jangaaan. hormat hari kelahiran orang lain jugak' Nina memujuk hati kecil nya.

_ _ Mei 2012
'Selamat Hari Lahir Nina. nina lafazkan untuk dirinya. hadiah yang mampu diberi, buat masa ini. punya mata bengkak di hari kelahiran is not cool at all. Benarlah, manusia hany mampu merancang but Allah is always the best Planner. percaya, Nina kena percaya semua ini ada hikamhnya. tapi, nina seakan tidak mahu berdiam diri. mahu selidiki. mahu siasat. di mana silapnya ? di mana kecuainya ? dengan mata masih berbaki merah, nina mulakan. pohon keredhaan Ilahi, moga nina ditunjukkan jalan. dipermudahkan urusan. moga selesai urusan.

ke kiri ke kanan. ke depan ke belakang. Nina langsung tidak keruan. tidak boleh duduk diam. kepala ligat berfikir. Adakah benar ini kenyataan ? adakah benar ? apakah benar apa yang Nina nampak. mungkin tak perlu ceritakan apa yang nina buat. macam mana nina boleh kesan kehilangan tu. biarlah hanya Nina yang tahu. persoalannya yang tak pernah habis, adakah itu benar, minda seakan tidak percaya. tahajud diteruskan mohon petunjuk Ilahi. Nina ketemu penyelesaiaan. namun, tiada kesudahannya. kerana akal sukar percaya. namun, bila bukti sudah nyata, apa kan daya ? minda harus percaya. ini kehidupan. percaya. percaya.

apa apa pun terjadi, harapan diri Nina agar kepercayaaan yang diberikan tolong hargai, kerana ia tiada ganti. sekali kau cabuli, usah merayu lagi.

No comments: