Monday, December 30, 2013

Haut-Koenigsbourg Castle, Alsace, France

Teruskan kembara ke istana zaman purba. Seriously mim tak tipu. Menjejakkan kaki ke Istana lama ni rasa macam dah berada zaman dolu dolu. Alhamdulillah, tercapai hajat hati nak tengok istana ni. Sesapa yang nonton cerita Merlin, sure tergamam kat sini nanti. Hihi. Monolog sorang sorang plak kan. Ooooo ini pedangnya. Oooo macam ni rupanya. 

Ni view Castle Haut Koenisburg dari udara. Cantik kan ?
From puncak ni, boleh nampak kampung kampung kecil kat bawah sana. Menarik !

  Macam mana nak ke sana ?
Untuk ke sana, kitorang ambil tren SNCF dan stop di Gare de Selestat. Bila dah sampai di Selestat, kitorang ambil servis navette atau servis van atau shuttle bas berharga 6euro seorang valid satu hari je. Senang cerita, kitorang ambik pakej tour lah, tapi tanpa guide. Just untuk transport sahaja. Tiket navette ni kena simpan sepanjang hari, sebab nak masuk tempat tempat menarik kat Alsace ni, ada diskaun bila kita tunjuk tiket ni. Yabedabedoo ! 

Van ni akan tunggu di stesen Selestat setiap satu jam. So tunggu je lah ye. Jangan risau, korang tak kan stuck di atas gunung tu, sebab the next hour, memang akan ada bas datang pick up and hantar ke next station plak. Efisen betul diorang ni. Untuk ke Istana ni, jalan dia macam bengkak bengkok and agak bahaya lah. Mim dah berpuluh puluh kali mengucap waktu dalam bas. hihihi. Almaklumlah istana ni memang betul betul atas bukit ! Puncak hokayy

Apa ada kat sini ?
Secara ringkasnya, Istana ni dulu dibina sejak abad ke 9. Sebelum Perang Dunia Pertama lah kan. Istana ni dulu berfungsi sebagai benteng lah untuk tentera Perancis sebab lokasinya pun teramatlah strategik di puncak. Untuk tawaf Castle ni, rasanya mim predict dalam dua jam or lebih. Sebab kawasannya besar dan bertingkat tingkat. Ada empat tingkat hokayy. Perlukan extra energy. Trust me T_T

               

Sangat terpesona dengan struktur binaannya.
Bila kat atas, boleh tengok view di bawah. Sungai sungai and bangunan.

Memulakan perjalanan round Castle. Cantik !
Sebab kami pergi waktu autumn. Daun daun berguguran gituu.

Ni lah rupa sebenar Istana ni. Better fahami betul betul dulu ya,
bimbang ada runag yang terlepas pandang nanti. Ruuuugi. hihi
Kat belakang tu tengah beratur beli tiket.

Harga biasa : 8euro
Harga Diskaun Shuttle Service : 6euro

Satu euro untuk seminit. Tinjau rakyat jelata di bawah.
Alah, mesin ni sama je ngan mesin di Bukit Bendara tu. Hihi

Sempat posing di dataran Istana sementara menunggu sahabat ke tandas.
Pintu ke bilik hukuman. Kata seorang sahabat.
Jumpa telaga misteri. Bagi mereka, campak syiling dalam ni murah rezeki.
Entahlah.

Amazed ! Ruang santapan kerabat. Di dinding nya dihiasi lakaran emmm
Lampunya yang masih berfungsi sejak abad ke sembilan.
Antara ratusan bilik yang ada. Katil kundik dan katil bayi. Nampak berkualiti kayu nya.
Hanya mampu ihat dari jauh. Sebab bilik bilik nya dijaga oleh tali penghadang. Ohhh so saad.
Kamar khas untuk perkakas berkaitan perang perang ni. Takot juga sebab pertama kali jumpa pedang setinggi galah !
Dan ianya dipamer sewenangnya tanpa pengawal ! Tapi alhamdulillah. All went well. ;)

Tangga untuk ke aras seterusnnya. Di mana mana sahaja jumpa lukisan kan ?

Jumpa meriam plak dah. Banyak jugak la meriam depa. Tapi yang ni je sempat snap.
Sebab yang saiz besar besar kena beratuq tunggu turn untuk bergambar. 

Tak sure ini apa. Rasanya sumber air kot. Sebab ada tuil ?

Penat jalan jalan. Kita makan plak. Macam biasa, hanya mampu order Sandwich Sardin je lah..
Ada jugak kedai cenderamata kat sini. So boleh lah beli Poskad ke, magnet ke. Macam macam ada.


So sekian saja travelog untuk kali ni. Hehe. Penat dah mengarang. Harap membantu korang untuk travel europe ye.

Kalau ada pertanyaan, jangan segan silu emel ya ; c1c2syamimi@gmail.com

No comments: