Sunday, December 29, 2013

Montagne des Singes, Alsace, France

Apa itu Montagnes des Signes ?

Kami meneruskan lagi perjalanan ke Montagnes des Singes atau dalam bahasa Melayu, Gunung Monyet. Dipanggil Gunung Monyet kerana gunung ini menempatkan lebih kurang 200 ekor monyet. Tujuan utama pusat ni ditubuhkan untuk pelihara dan pulihara spesies monyet Barbary macaques yang terancam. Memang best kat sini. Sebab kitorang rasa macam betul betul dalam forest. Dikelilingi monyet monyet comel yang jinak ! Best. Bayarannya, 6,50euro. Not bad lah kan ? Untuk ke sini, korang boleh plan lebih kurang 45 minit je. Tak perlu lama lama pun. Hihi. Manage your time well ^^

                      Macam mana nak ke sana ?
Untuk ke sana, kitorang ambil tren SNCF dan stop di Gare de Selestat. Bila dah sampai sana, kitorang ambil servis navette atau servis van berharga 6euro seorang valid satu hari je. Senang cerita, kitorang ambik pakej tour lah, tapi tanpa guide. Just untuk transport sahaja. Tiket navette ni kena simpan sepanjang hari, sebab nak masuk tempat tempat menarik kat Alsace ni, ada diskaun bila kita tunjuk tiket ni. Yabedabedoo ! And, van ni akan tunggu di stesen Selestat setiap satu jam. So tunggu je lah ye. Jangan risau, korang tak kan stuck di atas gunung tu, sebab the next hour, memang akan ada bas datang pick up and hantar ke next station plak. Efisen betul diorang ni.


Van ni akan bawa kita ke empat tempat menarik di Alsace ni :
Klik kat bawah ni untuk tahu lebih lanjut setiap station navette tu ye ;)
Chateau du Hautes Koenigsburg - A must go place !


Sempat lagi kami berposing di pintu masuk La Montagne des Singes. Gembira semua ya nak jumpa nyetnyet ;)
Waktu ni, beg beg semua gantung wak lek steady je. Bila dah melangkah masuk nanti, please beware ye.
Kawan kawan ramai kat dalam tu menanti nak seluk ! Hihi


One whole family. Sweet. Mama and Dedi usaha nak protect gegirl diorang.

Free popcorn feeding. Lawan rasa geli dan takut. Haha. Actually, tourist dilarang bagi makanan bawak sendiri.
Diorang dah sediakan popcorn sebelum masuk dalam ni. Takyah nak offer pizza ke apa, sebab popcorn lagi menarik bagi diorang. haha

Budak laki ni datang dengan Atok dia. So cute.
Takot takot nak bagi pop corn kat nyet tu. 


Playground untuk kanak kanak riang :)

Masa untuk ke stesen berikutnya. Kat mana kitorang diturunkan, kat situ lah tempat menunggu van datang pick up ya.

Overall, best pegi sana. Monyet monyet yang baik. Tengok renungan mata diorang. Seakan bawa mesej. Hurmm. 'Kujuga layak untuk hidup di dunia. Mungkin itu luahan hati mereka..

Do emel me for more details. c1c2syamimi@gmail.com
Who knows kan, i can be your tour guide ? Maybe.. ;)

No comments: