Terpukul dengan macam macam dugaan hidup. Sebolehnya tak mahu lalui detik hari lahirku nanti. Yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Terus ke hari 14 Mei boleh kah. Aku tak rasa aku perlukan 13 Mei. Oh mim! Dulu biasalah budak budak kan. Hari lahir ulangtahun maknanya kek di sisi, belon belon lagi. Nyanyian usah di kiralah. Tapi aku tak rasa aku perlukan itu buat masa sekarang.
Cuba fikirkan Mim. Macam mana kau boleh bersuka suka tiup lilin, suap menyuap kek, tanpa insan yang lahirkan kamu ? I miss my mom. Entah. Aku rindu sangat sangat pelukan arwah mama. Tak sanggup rasanya mahu raikan hari kelahiran tanpa mama, insan yang lahirkan aku.

No comments:
Post a Comment