Friday, May 23, 2014

Ayam Planoise


Assalamualaikum

Cuti kampus. Alangkah indahnya buat jadual hidup tanpa kelas. Takda lah terkejar kejar sangat. Sekali sekala cuti kan. Okay, pagi tadi, Mim ke Planoise dengan seorang sahabat, Diba namanya. Hajat mahu beli something sikit lah untuk meraikan sahabat yang bakal habiskan peperiksaan DALF esok hari. Insha Allah semoga semuanya lancar ya !




Planoise ni actually macam pekan kecil kat Besancon ni. Ambil masa kira kira 15minit by bas dari bandar Besancon. Juga dikenali sebagai perkampungan Muslim. Sebabnya mostly penduduk dekat bahagian tu adalah Muslim. So memang agak dikenali lah dalam kalangan pelajar Malaysia Muslim. Hihi. Nak dapatkan stok ayam daging halal terus je datang sini. Murah pun murah. Pakcik jual ayam kat sini subhanallah sangat lah pemurah. Hari tu dah dapat dah percuma ayam sekoq. Sekoq baq hang ! May Allah bless you Pakcik ! 


Nak dijadikan cerita, bajet duit kami dah agak semput semput dah ni. So tadi waktu ke kedai ayam Halal Pakcik ni agak lama jugak berbincang. Berapa banyak ayam nak beli ni. Seekor cukup ke. Mim surrender perihal masak masak ni. Memandangkan Diba memang jauh lagi power dari Mim. Hehe. Kami tanyakan Pakcik,

'' Ayam seekor boleh potong lima belas ke pakcik ermm ? ''

Agak tebal juga muka nakk tanya camtu. Tapi takpelah. Bajet tak mengizikan nak mewah mewah. Reaksi muka pakcik tu macam tak berapa setuju aje kot. Mungkin sebab potong lima belas sudah tentu lah kan kecik teramat ayam tu. Fikir punya fikir, akhirnya kami pun decide ambik ayam yang saiznya agak besar lah. Makan pasti kenyang lah saiznya tu. Letak ketepi harganya. Hurm.


Pakcik potong potong kan ayam. Bungkus leklok. Total kan semua. Kami pun keluarkan duit nak bayar. Kalut juga lah, bimbang duit tak cukup. Maha Suci Allah, ada seorang pemuda yang kebetulan menunggu giliran bayar di kaunter dengan senyumannya ; 

''takpe saya bayarkan, simpan duit kamu dik''

Macam tu lah lebih kurang ayat dia. Mim pun dah lupa dah. Terkejut sangat tadi ada orang nak offer bayarkan. Ummm rasa terharu pun ada. Sedih pun ada. Memang dapat rasa ukhwah antara Muslim kat sini. Tolong satu sama lain. Dia cakap faham lah lifestyle student ni. Kadang kadang kewangan tak mengizinkan. Segan jugak sebenarnya, tapi dah dia offer kan. hehehehe 


"Mencegah diri dari berbuat kejahatan 

itulahsedekah." 
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

No comments: