Sunday, June 29, 2014

Amalan Sunat Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam di dunia. Insha Allah Lillahi Taa'la.  Moga usaha kita melaksanakan rukun Islam keempat ini mendapat keredhaanNya.


Antara amalan sunat yang digalakkan di bulan Ramadhan ialah :


1) Mengkhatamkan Al Quran




" Barangsiapa membaca satu huruf dalam alQuran, maka baginya satu kebaikan. Dan setiap kebaikan akan berganda sehingga 10 kebaikan. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, akan tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf, dan mim itu satu huruf "
{ Hadis sahih Ibnu Mas'ud }

Masha Allah. Besarnya ganjaran membaca alquran di bulan Ramadhan. Bulan ramadhan adalah bulan al Quran seperti mana kita sedia maklum pada bulan suci ini lah al Quran mula diturunkan kepada umat Muhammad. Insha Allah sama sama kita usahakan. 




2) Memperbanyak doa


Dari Abdullah bin  'Amr bin Ash bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda :

" Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak "




3) Banyakkan bersedekah

Rasullullah bersabda :

" Sebaik baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan " 

Insha Allah, macam macam cara boleh kita praktikkan untuk bersedekah sama ada melalui wang, makanan mahupun tenaga. Memberi juadah berbuka kepada yang berpuasa adalah amalan yang sangat digalakkan walaupun hanya dengan sebiji tamar.

No comments: