Sunday, June 29, 2014

Misi Kemanusiaan Syria Part 1

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah Mim dipilih oleh Allah untuk menyertai satu misi kemanusiaan ke Syria. Mim bukan lah orang hebat. Mim bukan pula datang dari golongan berada. Mim orang yang biasa biasa saja yang menjadi wakil untuk menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia dan juga pelajar Malaysia di Eropah buat saudara kita di sana. Mungkin kali ini rezeki Mim, insha Allah rezeki kamu semua bakal menyusul. Amin. 


Memang harapan Mim, selalu dalam doa Mim untuk sertai misi bantu saudara seagama kita di sana. dan Alhamdulillah, peluang keemasan ini Mim grab dan akan dikenang sampai akhir hayat. Moga ibrahnya terus melekat rapi di jiwa Mim. Mudah mudahan. Tergerak hati untuk coretkan serba sedikit pengalaman Mim sepanjang Mim sertai misi ini. Moga coretan Mim bermanfaat untuk semua. 




Secara ringkasnya, misi ini dikendali NGO yang baru saja mula menapak di Malaysia ; UMission Peace for Ummah yang berpengkalan di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Persatuan ni dah pernah jejakkan kaki ke beberapa negara lain seperti Kemboja dan Vietnam untuk sambutan harri raya Qurban bersama umat Islam di sana. Selain itu, UMission Peace pernah terpilih untuk dipaparkan di ruangan akhbar Utusan Malaysia di bahagian remaja kerna menjadi perintis kalangan remaja dalam menjalankan aktiviti kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Mim salut dengan usaha anak muda persatuan ni, dalam kesibukan masa, masih punya ruang untuk dikongsi bersama saudara kita yang kurang bernasib baik.




Misi kali ni terdiri daripada sembilan orang aktivis ; dua orang pensyarah, seorang staf, dan bakinya pelajar. Mereka berlapan berlepas dari Malaysia, dan Mim mengambil flight direct dari France. Jadinya kami bertemu muka di airport Istanbul dahulu sebelum proceed untuk misi. Bergetar juga jiwa Mim bimbang tidak sehaluan pendapat dengan aktivis aktivis lain. Resah andai Mim tak diterima dalam kumpulan tersebut. Seperti sedia maklum, mereka kebanyakannya dari UIA Gombak, dan hanya Mim dari universiti berlainan. Segala diskusi sebelum keberangkatan hanyalah di alam maya. Subhanallah Sedari pertemuan pertama hingga hari terakhir kami, masha Allah, semuanya lancar. Sepertinya kami sudah saling mengenali satu sama lain. Akrab bagai satu keluarga. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua. Bila matlamat yang mahu dituju itu sama, insha Allah kapal yang dibawa laju meluncur tanpa halangan. 


" Wahai orang yang beriman, bantulah agama Allah, 
nescaya Dia akan membantumu dan menguatkan pendirianmu "

{ 47 : 7 }






Untuk memudahkan perjalanan, kami diiringi seorang warga Turki yang fasih berbahasa English, Turki, Syria dan juga asas bahasa Melayu yang selesa di panggil Hassan. Sepanjang perjalanan kami berbelas belas jam untuk ke Syria, beliau lah yang memacu van. Kami tidak dapat bertukar tukar giliran memandu memandangkan kami tidak punyai lesen memandu antarabansa. Masha Allah, terlalu banyak nilai murni yang Mim pelajari dari beliau. Hebat orang nya ! Allah.




No comments: