Sunday, August 17, 2014

Ragam French Back To School

Assalamualaikum wbt people !


          Okay, mostly negara negara di Eropah akan mulakan sesi persekolahan pada bulan September setiap tahun. Tidak terkecuali lah Perancis. So now dah bulan Ogos. Maka banyaklah supermarket market yang buat sale dan promosi untuk barang barang sekolah. Kiranya ni momen terbaik lah untuk lengkapkan keperluan sekolah, universiti dan sewaktu dengannya. So, Mim pun tak terkecualilah.

K sila sedih semua ya. Cuti dah nak habis dah T_____T


            Sekian mukaddimah. To make it short, semalam Mim pergi lah ke Carrefour, one of the biggest supermarket kat tempat Mim ni. Kalau nak beli barang barang sekolah best pergi ramai-ramai kan. Buat trip dengan kawan kawan. Hihi. Boleh mintak pendapat. Hurmm memang carrefour agak ramai orang semalam. Dengan parents yang bawak anak diorang membeli alat tulis beg sekolah baru semua tu lah. Alah situasi sama je macam Malaysia. Kat sini pun ada jugak beg beg tarik gambo Sailorman Ultraman semua tu. Kalau dah namanya budak budak kaaaan. haha


         Dalam kekalutan nak mencari dan membanding harga alat tulis, pandangan Mim tertumpu pada satu family perancis ni. Ada Ayah, Mama, dan tiga orang anaknya yang Mim kira umur dalam lingkungan 9 hingga 12tahun macamtu lah kot. Tengok pada ketinggian mereka lah. Tiba tiba si adik memanngil ayah nya dengan gembiranya.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anak :  Ayaaaah ! Saya nak ni. Please *sambil tangan pegang satu file bertingkat tingkat*

Ayah : Apa kegunaannya tu ?  *ayahnya meneliti file tersebut* 

Anak : Nak letak kertas kertas kerja yang cikgu bagi nanti.

Ayah : Okay okay. Beri pada ayah kertas list barang yang telah kamu senaraikan semalam, ayah nak tengok. 

Si anak menghulurkan kertas kecil. Ku agak mungkin itu tulisannya sendiri berdasarkan perbualan antara mereka. Muka si anak tu plak macam nak bagi tanak bagi je list tu. Lama juga si ayah merenung kertas senarai barang yang nak di beli tu. 

Ayah : File tingkat takde pun dalam list yang kamu tulis untuk dibeli. So, maknanya file ni tak penting untuk kamu. Ingat sayang, kita bukan family berada, membeli ikut keperluan ya. Kita dahulukan apa yang perlu okay.


Si anak mengangguk faham. Kemudian disusuli suara perlahan timbul mohon maaf dari ayahnya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


                K demikianlah drama pendek yang mampu sentuh hati Mim semalam. Okay kalau bab parenting kat sini, memang Mim salut lah. Diorang ada skill tersendiri macam mana nak didik anak anak mereka. Anak anak mereka dididik berdikari sejak dari kecil lagi. Contohnya macam situasi kat atas tu lah, untuk pergi beli barang keperluan sekolah, anak anak ada tugas sendiri untuk buat senarai. Bukannya mama papa yang tuliskan. Then behavior anak anak perancis di supermarket Mim salut jugak. Ouh cara ni memang win lah. Kamu tak listkan, so kamu takleh beli. So kira macam nak kurangkan risiko anak anak mengamuk nak itu ini yang tak berfaedah dalam supermarket lah kononnya. Soooo effectif maaaan !

Mim memang jenis yang suka memerhati observe sekeliling, haha. So, dah banyak tengok skill parenting french ni, so i beat, i will be a good mother in the future. haha. Insha Allah Mim. Tout est possible. K till we meet again.


xoxo


No comments: