Wednesday, May 25, 2011

Pengorbanan Cikgu Melati

adalah ditegaskan ini adalah rekaan semata mata. jangan cuba kaitkan dengan mana mana pihak. anda boleh didakwa di bawah akta 33 kerajaan labah labah. sekkian, harrap dimaklum.

Kisah Melati. Melati nie cantik sangat, macam bidadari kayangan. Lemah lembut pekerti, hormat orang tua, dan yang paling penting si Melati ni amat amat lahh penyayang terhadap haiwan. Sejak kecik kecik lagi, dia dah tanam cita cita menggunung lam pasu bunga rumah dia, "aku nak jadi doktor haiwan. aku nak. aku nak. aku nak jugak".

Pulang dari sekolah, pantang nampak kucing kat tepi jalan, si Melati ni pasti kendong bawa balik. Hampir tiap hari, Melati pasti kendong kucing bawa balik rumah. Sampai satu tahap, kucing kucing di rumahnya dah 20ekor. Wooow. Si Melati ni memang pencinta kucing. Lagi satu, pantang bagi Melati bila lihat kucing kucing peliharaannya terluka, terseliuh mahupun demam tak panas , dia lantas beraksi ala ala pakar veterinar yang bertungkus lumus nak selamatkan nyawa kucing itu.

Pengembaraan harapan bermula.
Si kecil molek Melati lantas mencapai minyak gamat yang diumpamakan antiseptik di hospital terkemuka. Garpu dijadikan forceps yang menggenggam kapas, karpet buruk dibentang ala ala bed kat ward. Ishh. Mulutnya terkumat kamit mengarahkan pembantu bedah nya (yakni kakaknya sendiri) ambil kan itu, ambilkan ini. Melati usaha, usaha dan terus usaha untuk selamatkan kucing kucong nya itu.

Betapa kasihnya Melati terhadap haiwan. Betapa tinggi keinginan seorang anak kecil yang kepingin mahu jadi doktor haiwan. Sungguh suci niatnya. Namun, segalanya telah berubah. Biarpun si Melati telah ditawarkan menyambung pelajaran ke bidang veterinar, namun atas nasihat keluarga, tawaran itu terpaksa DITOLAK. Kini, si Melati sedang merawat hatinya.

''mungkin ini yang terbaek untukku. akan ku teruskan merawat haiwan haiwan yang perlukan bantuan ku, biar dengan apa cara sekalipun. aku pasrah. insyaAllah, jika ada kelapangan, akan ku terokai dunia veterinar. InsyaAllah''


Desis si Melati. Kini, Melati bakal menjadi seorang guru. Pengorbanan seorang doktor kecil.
Kepada sesiapa yang terbace entri ini, doakan Melati menjadi guru yang berjaya ya.


NAMA:MELATI BINTI SUKRI
KURSUS DITAWAR:L520F0000P
PROGRAM:PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
NAMA KURSUS:BAHASA PERANCIS (SEKOLAH MENENGAH)
INSTITUSI:INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI
59200Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan



Sekian kisah hidup yang diceritakan sendiri oleh Melati Binti Sukri.

2 comments:

An-Najah said...

at least nanti Melati nak pegi France.bawak lah balik kucing prances sekor.

Syamimi Razali said...

hakhakhak..
okehh la, nanti nk gtaw kat melati tuhh..

;D