Bumi Indigo

Thursday, December 8, 2011

Jika aku jatuh hati

Assalamualaikum kawan kawan ! ahai. sewaktu jemari duk menaip naip this entri, ade jugak terpikir, layak kah mim nak karang tajuk ni ? haihh. kan kena saman masuk kes under juvana, mau tak nya kena masuk Henry Gurney ! oh mak ! ampun. hihi, renung renung, eh, apa plak tak boleh ? aku dah umur 18 tahun pown weyy ! boleh lah nak cakap hal cenggini cikit cikit kot. hihi :p

okayy, Jika aku jatuh hati, bedebushhh ! macam macam terimagine kat fikiran mim, dari utara till selatan, A to Z, manyak lahh. yess, firstly, kena ingat, entri ni hanyalah luahan hati seorang gadis semata mata, kui kui. tiada kena mengena dengan sesiapa. hanya mim dan my future mate . inshaAllah :)


jika aku jatuh hati
biarlah kepada yang bisa menuntun diri ini. membimbing diri ini. kalau tersilap langkah, bukan lentingan yang diterima, tetapi nasihat yang membina. di saat aku terleka, fuhh, cepat cepat disedarkan untuk ke jalan sebenarnya. di kala aku membaca ayat suci al quran, ada yang berada di sisi, menegur silap baca. 
mudah mudahan.

jika aku jatuh cinta
biarlah kepada sang Adam yang panjang akalnya. bukan kepintaran yang di cari. bukan pangkat dan darjat tertumpu di hati. tapi, cukup lah sekadar si dia tahu membedakan ''oh ini waktu untuk keluargaku, ini waktu untuk mencari nafkah'' alangkah indahnya hidup sebuah keluarga jika, masanya banyak di luang bersama, bukan di ruangan kantor semata. isteri terpelihara, cahaya mata terjaga. inshaAllah.

jika aku jatuh cinta
biarlah kepada yang baik amalnya. biarlah kepada yang takut untuk berpoya poya. di saat azan berkumandang, dia yang pertama mengajak seisi rumah berjemaah. bersama sama mengaminkan doa keluarga baiti jannati. biarlah yang bersederhana orangnya. tidak keterlaluan pakaiannya, lemah tuturnya, lembut wajahnya. amin.

secebis nota : 
''jika dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
jika dia bukan milikku, tenangkanlah hatiku dengan ketentuanmu''
-Nasyid Permata yang Dicari

sekian wassalam. semoga dipermudahkanNya. Amin.


2 comments:

Misz Jenny said...

ehem ehemmmmmmmm

Syamimi Razali said...

eheeeeem .

semoga batuk anda berkurangan ye ! ;)