Tuesday, October 30, 2012

Nikah Muda







Assalamualaikum

Ehemm, lama betul dah tak berjimba kat sini. Busy konon gayah ini sorang. Belagak macam wife Datuk Bandar. heh. Hentikan anganmu. Arghhh. tapi tapi tapi, kalau benar nanti my husband adalah Datuk bandar ke, enak jugak kan ? kikiki. kfain, kreeeek kreeek. Sebenarnya, usia remaja ni, dugaan terhebat lah bagi mim. Banyak benaw dugaannya. For sure, dugaan dunia lah. Berhibur hibur, kesana kemari, motifnya ? menghabiskan duit ? nak hilangkan stress ? Mungkinlah. Oh remaja !

 Sebenarnya, mim takut ni. gementar. gugup. nebes, penuh di hati. Kenapa ? Mengapa ?

ye lahh, semenjak dua menjak ni. Hurmmm, topik kahwin muda ni makin hot dibincangkan, kawan kawan dalam sehari dah bincang topik, tak sah derr ! nak senang cghita, tak complete lah hari ku tanpa berbicara soal cinta. Wuuuuu.. ayat dia. tak habis kat situ, semenjak menjak ni, maktab mim pun dah start jemput artis aktress yang berkaitan dengan al kahwin al muda ni. mak aihh. seriau bak hang !  Pabila Ustazah Fatimah Syarha gemparkan dewan kami dengan ayat ayat sweet suami isteri plak dah. lepas tu, mat luthfi pun samaa, hang pi buat video pasal nikah muda plak pasai pa ? haddoii laa. makin konfius odenn, lagi lagi, surau pulak jemput pasangan hot dari UIA, Amir dan Siraj, haa? tak kenal ? k, sila google. kahwin seawal usia 18 tahun. Anda mampu ?

Nampak tak di situ ? usaha usaha ? jelas tak ?  


Ada orang tanya : Eh kau tak terfikir nak kahwin muda ke ?

Wahh ! soalan puaka, kembang kencup oden nak menjawabnya. kalau nak difikir, siapa yang tak nak kaaan ? menghalalkan apa yang selama ni hareeemmm tu. dengan hanya lafaz akad nikah. eh, korang pernah baca tak ayat ni, 

''masih ada jarak selagi belum akad''

mesti pernah kan ? Okay, jujur. Mim pun pernah. nampak kat facebook kot. ada kawan share. k, thanks sahabat :) tapi kan, terfikir setakat mana keberkesanan ayat tu kat dalam diri kita ? iman manusia ni, faham faham aja lah. macam Banjaran himalaya sane tu. ada naik, dan adaaa turuuuunya. Allahh. berat. kawan kawan, jom jaga diri , jaga mata, jaga hati kita untuk orang yang selayaknya, yakni imam kita nanti ? jom :')

Kau boleh lah. aku ni ? dah kapel ngan mamat tu. tujoh tahun kot. gila apa tiba tiba nak break up ?
tak da la, aku bukan nak minta kau break pun, tak halang korang nak contact dia pun. sumpah tak nak masuk campur. tapi, ni .. aku share ngan kau satu tips. sweet cangaaaat. apa kata, mulai hari ini, kita serahkan diri kita, hati kita, dekat yang sepatutnya, Allah, Pencipta ku, Pencipta kau, dan Pencipta kita punyaaa sweetheart tu. Dia Pencipta kita, Dia Pemilik Hati kita ni. Jom , kita doa, 

'' ya Allah, jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, sampaikan lah salamku padanya ya Allah. Jadikan dia imam terbaik ku, abi permata hati ku, penyuluh hidupku. jadikan dia ..... yang halal bagiku''

jangan lupa mention nama waktu berdoa tu. Allah Maha Mendengar. insyaAllah, Allah kabulkan.
kawan kawan, jom sama sama jaga diri kita. saya salah, awak nasihat, awak perlukan nasihat saya, saya plak nasihatkan awak. *eh! mampu ke akuu? kalau boleh, takmaw la show off kita punya bakal zauj zaujah tuu. simpan laa dulu, berdoa moga dipercepat, dipermudah segala. buat walimatul urus, dah rasmi, barulah update status tu. i'm married to Muhammad sekian sekiannnn . amin. kerana dirimu begitu berhargaaaa :')

insyaAllah...

No comments: