Wednesday, October 24, 2012

Pengorbanan

 ''Hari Rabu malam Khamis abah bergerak wukuf 
di Padang Arafah keadaan menguji manusia. 
Ia diibarat padang Mahsyar di akhirat.
Harap Along dan Mimi sembahyang hajat 
doa Abah dan Umi  dapat buat haji 
tanpa sebarang ujian berat. 
Duduk di padang dengan 4 juta orang
 entah apa terjadi.
Orang mati tiap waktu.
Orang hilang tiap hari.
Doa ikhlas penting untuk dapat redaNya''

Mesej dari Abah, sebelum mata terlelap malam semalam.
terus air mata mengalir laju.
tak mampu melayan khayalan, macam macam.

Semoga Abah Umi sihat walafiat di sana.
gagahkan diri, teringat pesan Abah sebelum berlepas ke sana,
Tanah Suci Mekah.
 
InsyaAllah, doa anakmu sentiasa mengiringi.


*Sayang Abah Umi*

No comments: