Sunday, January 27, 2013

Insan Berhati Mulia


Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di kesempatan pagi hari ni, terdetik hati mim nak share satu kemalangan emm emm yang mungkin tak ngeri, tapi boleh jadi ngeri. tapi, dengan kuasaNya. Kerana silap selangkah, mungkin malang menimpa. mungkin badan binasa. dan segala yang mungkin akan berlaku. itu semua kuasaNya. itu semua kehendakNya. Kita, sebagai hambaNya, sematkan dalam hati, tanam dalam diri, walau apa pun yang terjadi,


'' Always remember that Allah's decision are better than our wishes ''

Semalam, kebetulan kampus mim cuti. Terasa macam mahu mengambil angin luar. menghirup udara segar di kota raya ni. Kebetulan juga, mim punya seorang auntie yang tinggal berdekatan dengan kampus mim. Actually, mim just call her Moktom. Just cute, right ? So, kami pun plan lah mahu keluar, lagipun dah lama sangat tak bersua muka. tidak tukar cerita. waktu cuti dimanfaat sepenuhnya. kata sepakat, kami ke Wangsa Walk Mall berdekatan dengan Setiawangsa. Umm, mim tak familiar sangat actually kat sana. ye lah, memang jarang sangat pergi. tapi, moktom suggest, mim angguk sajo lahh kan. Janji boleh jumpa. ;)

Di Wangsa Walk, berjalan seiring. bersuka suka. bertukar. All of sudden, moktom mohon undur diri seketika. kawan perlukan bantuan katanya. mim just said, 'i'm okay here. pergilah tolong kawan dulu.' Okayy, mim tipu sebenarnya. rasa takut tu tak pernah hilang. muehehhe. moktom meluru mendapatkan kawannya. and mim terlopong kesorangan. Hemm, rasa macam nak pergi touch up je ni.

touch up punya touch up.. bila dah yakin dah cun melecun. mim melangkah keluar. butik demi butik mim ber-window shopping. masuk kedai spectacle. keluar pergi beli each a cup lagi. tupppp. terdetik, aishhh, ''lamanya makcik aku ni.'' lantas mencari fon dalam tas tangan, each compartement mim terokai. double triple check. Masya Allah, telefon bimbit mim tiada. terus sasau. segala macam doa mim lafazkan. keseorangan di kompleks di kota roya, yeah, i really need it. really need my phone. .__.

bergegas kembali ke tiolet. Sabar mim menunggu di depan pintu kamar toilet. yes, sure, yang ni lah aku masuk tadi. sabar. sabar menunggu. arghhh ! lamanya. akhirnya, keluar, seorang remaja, agak rock lah, pakaian ala ala punk, tiada bertudung, bermata barbie doll. mim pandang atas bawah. Laju mim bertanya, ''ada nampak fon tak, sis? '' Seriously, nada mim agak tinggi lah waktu tu. hemm, tak patut betul lah mim ni. bila jawapan yang diberi ''takde pun... '' . Longlai terus. Fon hilang lagi. yeayy me ! ye lahh, dah berapa orang yang kelaur masuk dah ni. sah, allahyarham lah blackberry aku. Longlai mim melangkah keluar. kehabisan idea.


belum cuba belum tahu. mim nekad. kebetulan, seorang wanita, err gadis lagi sesuai kot, melintas depan mim. tanpa segan silu, mim sekat. And, ''Sis, boleh pinjamkan phone tak seminit ?'' . mim ligat dail number sendiri. dengan harapan, si 'pengambil' fon memberi respons. Cubaan pertama gagal. Kali kedua, alhamdulillah. Maha Suci Allah. ada jawapan. Subhanallah. pertolongan Allah datang dengan tak disangka sangka.

''Ye,,ye,, sis punya handfon ada dengan saya ni. sis tertinggal dalam toilet tadi. Bolehlah datang ambil. Saya tunggu dekat U Cafe ye''

''Alhamdulillah, k, thanks sangat sangat sis''

mim serah semula i phone yang dipinjam milik gadis manis tu. and, i'm asking the location of U caffe. Actually, memang mim zero lah peta Wangsa Walk. mim terkedu. alamak, macam mana ni. Subhanallah. Pertolongan Allah datang lagi. '' Macam ni, you call semula handset you. Minta orang yang pegang u punya phone tu guide kan macam mana nak ke sana. Maybe tu lagi senang kot. Saya pun tak kenal sangat tempat kat sini. Saya tunggu kat sini, takpe, it sokayy. Awak guna dulu phone saya ni. saya tunggu sini ye ''

yakinlah, pertolongan Allah sentiasa ada. syukur sangat sangat, segalanya macam dipermudahkan. mim berjalan lah sambil terima arahan on the phone. ke kiri belok, straight, akhirnya, sampai. Hanya Allah yang mampu membalasnya. insan yang jujur. tersangat jujur. rasa terhutang budi, mim mempelawa si gadis berhati mulia tu untuk dinner bersama, namun terpaksa ditolak kerana ada urusan lain katanya. tak sempat berbual panjang, i phone pinjam masih di tangan mim. hurmm, tuan dia tengah tunggu ni. berlari lari anak, bimbang yang di sana lama menunggu.


Actually, she tried to find the owner of the phone. Dia minta maaf sebab unlock the phone without permission. Dia punya niat murni. Since mim letak word Family kat depan contact. Macam, Family Daddy, Family Mummy and so on lah. Dia call Ayah mim, bagitahu anak pakcik ni tertinggal fon.

Morale of the story :

1. Dont judge a book by its cover. Contohnya, nampak dia tak pakai jubah, kurungs, or dia pakai punky punky ke, terus cop dia pengganas. silap tu. Silap tu. see, siapa yang tolong mim ? gadis punky jugak. 

2. Dalam contact details, di sarankan, letak nama Family ke kat depan. alaa, macam mim buat tu. berguna youu.

3. and last but not least, jangan lah cuai. addoi. sebab terlampau berjaga jaga, takut fon masuk lubang tandas, sampai tentinggal fon tu haa. ohmaii. nasib badan .__.


No comments: