Sunday, May 11, 2014

10 Tips Percutian Bajet di Eropah

Assalamualaikum and hai everyone ! Okay lets go !


Apa tips tips mahu bercuti di negara negara Eropah ?


Like a boss. Plan to go here and there :)


1. Reserve tiket flight awal awal. Bagi aku, tiga bulan tu okay lah. Dah start book dah. Compare betul betul company mana yang offer tiket murah. Rujuk website Skyscanner ni untuk compare harga flight. Biasanya, harga tiket berbeza jugak ikut tempat kan. Contoh kat France ni, company Easyjet memang famous lah untuk student. Ala ala AirAsia dia punya servis. So kalau nak ke Italy German France Suisse Istanbul Amsterdam tu boleh guna servis ni. Disaraankan :)


2. Untuk penginapan. Ini kurang sesuai untuk perempuan. Tapi aku layan je. As long as partner travel sanggup, and yang penting murah dan tak ganggu kita punya tugas as a Muslim. Seriously, cari hostel for backpackers je. Jimat dan biasa biasa saja. Alah korang beli tiket filght mahai mahai bukan untuk tidur kat tempat baru kaaan, of course nak jalan jalan. So simpan duit korang tu untuk entrance site site menarik not for luxurious hotel okay. Hehe. Ni yang aku selalu usha kalau nak travel Booking.com dan juga Hostel.

Ni hostel kitorang waktu di Amsterdam. Sepuluh orang sebilik sekali bilik air, all girls, dapur, peti ais, micro vawe, towel, conforter and so on lah. Plug pun sorang akan dapat satu tepi katil masing masing. So no need to wait for your turn nak charge battery camera or what so ever, right ? Tapi still saya prefer untuk bawak extension jugak. Hehe. Dua untuk kamera, satu untuk phone, satu untuk powerbank. Ish ish teknologi T__T


3. Please kaji betul betul pasal tempat yang nak pergi tu. Especially bila nak ke negara empat musim. Contohnya kalau nak ke Amsterdam musim sejuk. Itu tak kena lah kan. Since Amsterdam terkenal dengan ladang tulips terbesar tu. Eloklah pergi musim bunga. Ini penting sebab nak tengok jugak kan keperluan pakaian yang nak dibawa. Mana lah nak sama wintercoat and tshirt pagoda tahan panas tu. Ye dak ?

Pergi Amsterdam musim bunga, so dapat lah tengok bunga. Subhanallah lawooooo :')


4. Prepare Apps dalam phone anda. Sebolehnya yang boleh berfungsi tanpa internet, Apps offline. Ini seriously penting tahap gabak dah. Especially city map and plan public transport macam line tramway bus semuma tu. Mostly negara Eropah, public transport memang mencukupi dah untuk travel dari satu tempat ke tempat lain. Seingat aku, tak pernah lagi nak visite sampai kena call teksi. Hehehe. Antara yang aku pernah guna ; 9292 untuk Amsterdam dan RATP untuk Paris.


5. Wherever you are, whenever you walk, whatever places you go, please please be aware of your personal belongings. Especially kota kota besar macam Paris, Amsterdam, Rome and so on la. Hati hati. Ramai orang duk perhati korang. Tunggu masa je nak terkam. Yang gegirl jangan duk sewonokk sangat selfie here and there sampai terlupa pasal tas tangan. K remind diri sendiri ni. Hehe. Dalam metro or subway especially, jaga beg korang. Member saya dah pernah kena. Lecturer pun dah. Sekelip mata hoi. Tipsnya ; sedia kan beg silang kecik muat muat untuk duit and beberapa identity card je. Yang perempuan pakai kat leher sorok bawah tudung. Takpe leceh sikit janji selamaaaat. INGAT sebelum KENA.


6. Jalan jalan jugaaa, solat jangan lupa bang! Eh. Sepatutnya yang ni list number satu. Tapi takpe lah. Kang karang kena cop bajet alim pula. Astaghfirullah. Cuba bawak fikir positif sikit Mim. Hehe. K kepada travellers Muslim, jangan lupa bawak keperluan solat. Kompas manual lah utamanya. Saya kurang yakin dengan kompas dalam apps phone tu, tu yang memang kena bawak kompas manual. kalau korang yakin memadailah yang dalam phone tu ja. Untuk yang menginap di hostel bawak sejadah ya. Sebab biasa lah, hostel ni, kadang share sepuluh orang sebilik, sorang masuk pakai kasut, sorang bawak balik arak, sorang bawak anjing. So untuk yakin, bawak lah sejadah. Sembahynag pun tenang je, tak gitu ? And one more, banyak kan berdoa okay. Doa orang dalam musafir ni mustajaaaab.


Since kitorang malas nak bawak banyak banyak barang, sampai aja hotel rehat sepuluh minit. Then keluar cari mini market. Carik makanan lah uols. Biasanya beli pisang je lah. Breakfast pisang, lunch pisang, dinner pun pisang. Hehehe. Takde lah kedekut sangat. Tapi biasanya kitorang akan spend duit sikit last day, untuk makan di restoran ke apa. Just untuk rasa makanan tradisional diorang. Gitu lah.  


7. Then, aku sarankan korang travel by yourself. I mean handle semua sendiri. Tak perlu lah nak beragen agen ni. Bukannya nak kata servis agen tak elok, cuma banyak benda yang korang peroleh kalau korang discover sume tu sendiri. Sesat tu takyah kira lah kaaan. Menda wajib kot. Hehehe. Ye betul, agen akan bawak korang ke tempat tempat menarik, tapi tak semuanya sama taste ngan korang kan. Agen bawak korang ke Zoo, sekali korang ni muka muka muzium. So macam errr. Lagi satu, agak leceh nak travel dalam agen ni, kuantiti ramai like errr, takda privacy. Nak posing teruk teruk kang malu lak nanti orang nengok. Kang dah buruk imej Malaysia. Duta Malaysia lah kononnya ni. Hahaha. K perasan !


8. Jangan lupa bawa makanan! Faham faham je lah orang Asia ni kuat makan. Memang lah agak kolot je kan, tapi, yeah sila rujuk semula tajuk entri ni. Bajet rendah okay. So korang takyah segan silu lah ye bawak bubur segera ke, mihun segera ke. Apa apa je la. Jangan risau nak masak kat mana nak masak. Sebab mostly backpackers hostels memang dia sedia dapur beserta kelengkapan dah. Kalau tak berapa yakin, tanya siap siap kat hostel tu ada dapur tak. Haruuuus! Nanti kang kecewa bawak bubur Adabi sekali takleh masak pun. Hehehe. Dapur, thermos, pinggan mangkuk, pencuci semua. Tinggalnya bawak bahan nak masak je. Jangan lah sampai berkampung bawak budu sambal ketuk plak ye. ^^



9. Akhir kalinya, forget you trolley bag girls! untuk percutian yang awesome. I love travelling bag so much. In love okay. Alah yang beg besar gedabak yang kita galas tu. Senang okay. Memandangkan dalam travel ni biasalah ada waktu kita terkejar kejar flight, terkejar kejar train, nak panjat tangga here and there lagi kan. Jangan bila tiba waktu meruncing cemni, baru lah menyesal, alahai ngape lah aku tak guna bagpack je. Kan senang. Lariii je. Memang orang akan tengok pelik sikit, ye lah Asian girl tingginya setakat mana lah sangat, bawak plak beg gedabak gitu. Kadang beg tinggi lagi dari kepala. Hahaha. Ah lupakan pandangan orang. Ingat, pendek itu cute je. Hew hew hew.

Nak sama tinggi dengan beg dah. Hehe. Ni waktu dekat airpot kat Switzerland. Flight sampai je, bangun ambik beg atas kepala (cabin) and then keluar. Takyah tunggu beg kargo keluar ke apa. Trust me, double senang lah travel dengan travelling bag ni ;)



10.  Taktahu apa nak share dah, sebab banyak sangat tips. Haha. K sesampai saja di bandar yang korang nak pergi tu, the first thing is cari mana letaknya Tourism Office. Please ya. Sebelum office tutup, sebelum korang sepuluh kali sesat, sebelum booking hotel korang tercancel sebab lambat sampai and sebelum apa apa je lah. Okay korang pergi sana mintak maps city tu. Kalau boleh minta dia lorekkan kat mana train station, kat mana main road and apa apa yang penting lah. And kalau terdesak sangat, tunjuk je alamat hotel korang. Mintak dia explain. Kang lagi senang pencarian tu nanti. Hehe. Jangan risau takde charge punya. Sebab ini governement punya. Lain lah kalau korang termasuk dalam kedai agent ke. Hehehe. Tak habis habis nak boikot agen. Ops.


K tu je lah tips nya so far. Harap berguna untuk bakal bakal travellers muda. 
K bon voyage!




4 comments:

alizal said...

Bagus.... bagus....

Bak kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan....

Tak sabar-sabar nak pergi Italy bulan November akan datang nanti... huhu...

Unknown said...

assalamualaikum Syamimi Razali, post yang amat bermanfaat. Akak nak minta Syamimi share itinerary kat Europe boleh? Naik apa, gi mana...from day 1 sampai balik...maklumlah akak ni takut-takut nak tarvel...tapi dah nak attend conference kat Zurich...ingat nak terus jalan-jalan sikit....harap tidak menyusahkan.

Terima kasih
fazilah.idris@gmail.com

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com


Wassalam

IslamicTraveller said...

Perkongsian yang sangat2 bermanfaat untuk mereka yang bercadang ke sana...