Monday, August 25, 2014

Kisah Memberi

Assalamualaikum every one !

             Cerita kali ni berkisarkan kehidupan seharian kita. Cerita ni cukup dekat dengan Mim. Dah lama mahu kemukakan, suarakan, tapi keyakinan belum tumbuh. Mungkin juga sudah tumbuh, tapi masih belum bercambah. Kaku. Okay, ceritanya begini. Bayangkan situasi dalam sebuah supermarket ya. Yang saiznya tak besar sangat tak kecik sangat. Cukuplah untuk membeli barangan keperluan harian rumah dan keluarga. Ada barang basah, ada barang separa basah, ada barang ready make and ada macam macam lah lagi.



Photo : Gambar diambil di sebuah pasaraya kecil di sempadan Syria.
Membeli keperluan bayi untuk diagihkan kepada refugees Syria di kawasan berhampiran.
Sekadar gambar hiasan, tak berkaitan dengan cerita.



          Kemudian dua sahabat muda remaja baru tiba. Mahu membeli sedikit barang keperluan rumah. Mungkin. Mereka berjalan seiring, sambil berbual bual barang apa yang mahu dibeli. Minta pendapat satu sama lain. Begitulah gayanya. Tiba tiba, datang seorang perempuan yang boleh dikatakan sudah agak berusia, memegang sekotak uncang teh. Blurr. Patah katanya tidak berapa difahami. Seorang cuba memahami apa yang mahu disampaikan, seorang lagi sahabat ke bahagian rak lain. Mungkin mahu mencari sesuatu yang mahu dibelinya. Terkapai kapai sahabat yang seorang ini bersama wanita tersebut, agak berusia, bertudung dan kelihatan tidak bermaya.



         Setelah sedetik si sahabat berdialog bersama wanita itu, maka faham lah bahawa dia perlukan seuncang teh itu untuk anaknya yang masih kecil. Namun wang yang ada padanya tidak mencukupi untuk membeli biarpun sekotak teh yang harganya hanya 2euro itu. Lalu lahir rasa simpati dalam diri. Si sahabat cuba mengeluarkan duit apa yang ada untuk membantunya. Bernasib baik untuk keduanya. Kehadiran wanita tersebut membantu si sahabat untuk mengikis rasa pentingkan diri. Moga rasa untuk cakna dan membantu yang kurang berkemampuan itu terus bertambah bercambah dan tersebar. Terpancar kebahagian di wajah kedua duanya. Si wanita bahagia bersama tehnya, dan si sahabat juga pamerkan senyum tanda suka. Suka kerana dapat membantu yang memerlukan ? Harapnya begitulah.


Mungkin ini yang menghantui kepala sahabat yang memberi itu.
Tapi sungguh, pengalaman ini terus kekal terngiang ngiang dalam kepala Mim sendiri.
Photo diambil di pondok pelarian Syria di sempadan Turki. Menyedihkan.
Biar gambar berbicara. Adakah begini keadaan wanita uncang teh tersebut dan gimana anaknya ?


         Namun, kegembiraan sahabat tak kekal lama. Mood nya sedikit terganggu beberapa minit selepas pertemuannya dengan wanita uncang teh itu. Hurmm. I can feel you. Kegembiraan sahabat seolah direnggut. Terhenti di situ jua. Kegembiraannya berkongsi bahagia hidup terhenti setelah seorang lagi sahabat datang menghampirinya dan bercerita akan wanita tersebut. Katanya pernah didatangi oleh wanita tersebut atau mungkin wanita lain yang meminta minta beberapa minggu sebelum tu. Bukan di supermarket ini, tapi di tempat lain di tengah bandar katanya. Si sahabat mungkin mahu menasihati sahabatnya agar jangan terlalu mudah memberi kepada sesiapa sahaja. Mungkin.


           Situasi macam ni, dah biasa sangat Mim lalui alami. Banyak pendapat berbeza pasal ni. Biasalah, sepuluh manusia sepuluh kepala maknanya sepuluh pemikiran. Harapan Mim budaya memberi kepada yang perlu akan bercambah menjadi amal harian rakyat Malaysia juga rakyat dunia. Tak semua bernasib baik macam kita, mampu membeli makanan berjenama kualiti kelas pertama. Sedangkan di sisi kita, di tepi kita, masih ada yang merana. Untuk cerita kat atas tu, pendapat Mim camni laa.



        Pertama : Kalau kita tak mahu buat amal atau apa apa sumbangan untuk masyarakat, at least jangan jatuhkan semangat insan yang mahu terus lakukannya. Kalau tak nak buat, at least jangan jadi penghalang. Tak perlu nak lari elakkan diri atau apa. Allah tengok hati.

        Kedua : Cuba selami hidup orang bawahan. Eh rasa macam kejam pula kan panggil orang bawahan. Tapi kalau macam tu lah gayanya kita layan orang kurang berkemampuan, hurmm memang boleh cakap kategori bawahan masih wujud. Jom kita sama sama aplikasi kan gaya hidup sama rata jom. Saling bantu yang memerlukan.

        Ketiga : Sebarkan maklumat apa yang betul. Kalau belum tentu kesihahannya, please better keep it just for you. Macam mana kalau itu bukan lah makcik yang sama yang minta itu hari ? Bukan kah itu sudah terjadi fitnah. Nauzubillah.

        Keempat : Ingatlah yang hidup kita ni umpama roda. Rasanya semua dah tahu prinsip roda roda ni kan. Ringkas kata, hari ni kita senang, gunakan kesenangan dengan sebaiknya. Kemudian hari siapa tahu, giliran kita berda di bawah ? Anak di rumah kelaparan ? Tiada sumber pendapatan. Apa mahu dibuat?

        Kelima : Kalau betul lah wanita tersebut kerjanya hanya meminta minta, itu urusannya dengan Allah. Kita sebagai masyarakat yang berjiran sekampung cuba jalankan hak kita. Harapannya ada usaha yang diajalankan wanita tersebut untuk menyara keluarganya. Bukan hanya meminta minta. May Allah bless all personages in this short story.



         Okay, mari kita semai amalan murni dalam hidup. Insha Allah, sucikan hati ikhlaskan niat bulatkan tekad. Barakallahu fik. Moga sentiasa dalam jalan Allah.

xoxo





1 comment:

zavierlabiche said...

Top 10 Casinos and Games by CasinoCyclopedia - Mapyro
Play at the top 용인 출장마사지 10 casinos 거제 출장안마 in America We've compiled a list of 양주 출장샵 the best casinos in America so you don't have to You can use 평택 출장안마 your chip's 경상북도 출장안마 to earn a