Monday, April 21, 2014

Vacation Citadelle Besançon Franche-Comté


Hai and assalamualaikum all :)


Sempena cuti printemps, voila, we alls decide untuk ke Citadelle of Besancon diilhamkan oleh Monsieur Vauban atas arahan King Louis XIV. Secara ringkas, ini sebenarnya kubu pertahanan kerajaan France abad ke-17 dulu. Kos pembinaannya tersangatlah mahal sehingga dilabel ''Walls of Gold''. Kelas kauu jah! Dengan keluasan sebelas hektar kat atas atas bukit, maka luas lah kawasannya dengan macam macam monument penting kat atas sana tu.

Oh yaa, kat puncak ni, ada dibuka zoo juga. Best ! Zoo dibahagikan ikut kategori. 

Okay. Inilah yang kita dapat lihat. Berbaloi baloi kena penat panjat tangga sikit. Hihi. Boleh nampak keseluruhan bandar kecil Besancon. Sungai tu plak dipanggil Sungai Doubs. Subhanllah, so cantik !


Okay. Ini plak drama sebelum masuk. Since kami student kat area sini saja, so rasanya berbaloi je untuk langgan untuk setahun. Did you know that i love animals ? Wahaha. So kalau buat annual ni, lain kali boleh datang lagi takyah bayar dah. leulz. 

K ni sedikit update pasal entrance fee : 
Full Price : 9,60 euro
Student/Penganggur : 6 euro
Under 4 : Free
Family pakej : 30 euro

Okay, and then, kalau nak khidmat tour guide, tambah 0,50 euro je untuk seorang. Wow. So murah. Tapi kitorang tak ambil pun, since pergi hanya untuk posing posing. Haha


Picnic time ! Sekarang musim bunga, so cuaca memang sangat lah sesuai nak piknik bagai ni. Best jugak kumpul ramai ramai macam ni. Buat potluck! Thanks kawan kawan masak sedap sedap. Ada sandwich, makanan korea, kek from Italie katonya, strobewi, air macam macam perisa, bubur lambuk and so on lah. Wahhh im so in love ! 


 Classmates. Bagi can lah kat diorang nak posing sekejap. Yang berkaca mata hitam tu lah yang masak masakan korea tu. Soryy lupa apa dah nama makanan tu. Tappi sumpah sedaaap! Sekejap je dah habis. :D


 Geseran violin menggetar sungguh. Syahdu syahdu gitu. Yang show ni, tak selalu ada. Hanya dua hari ni je. Sempena perayaan Pacques. So nak cakapnya, kitorang bertuah ah ni boleh tengok show high class free free ? Hew hew hew


 Concert musikal. Nyaman sungguh. 


And again. Open show. Camni lah gaya pemakaian askar askar French zaman dulu. Nice. Merah putih and biru memang warna utama meraka. Kat bendera pun, ada tiga warna ni. :D


 Yang ni best! Sebab boleh sentuh ikan ikan ni. Haha. Orang terpilih je boleh sentuh. Dunno why, tapi tiap kali mim masukkan tangan je, for sure ikan terus melencang berenang pergi tempat lain. Aduhh kecewa. 


 Perempuan berhati bunga. Eh


Haiwan pertama lihat. Kira penyambut tetamu lah ni. Ostrich. So tinggi woihh. Ada banyak lah jugak ni. Jalan asyik berkelompok je. Mesti takut kena attact ni. Kat belakang tu tembok tinggi. And boleh naik! So coool ! :p


 Lion dan anak anak nya sedang main. Sangat comel okay. Lama juga habiskan masa kat sini. Tengok gelagat diorang. Anak main sorok sorok ngan mama nya. Awhhh so sweet. Risau taw maknya anak hilang. Sudahnya, anak tu nyorok belakang kayu tu je pun. K tak lawak lah lions :D


 Harimau Siberia. Ada dua ekor je. Laki and perempuan kot. Mim dan kawan kawan berpeluang dengar ngauman nya. Allahu Akbar. Rasa macam tengah kembara dalam hutan tebal je. Sangat kuat bergema bunyinya. Sekali dia nganga mulut, kaku !


 Kambing pun ada. Ambik lah jugak picture sekeping dua. Hilangkan rindu kambing kat kampung. eh


 The monyet gurun. Memang takde pokok pun kat bahagian diorang ni. Ada batu batu. And iorang terror panjat panjat batu. Perghhh


 The bonding time. Tengah menyorok lah ni. Hihi nakal


 Knggarooo. K dah jumpa dah. Tkayah pegi Australia lah lepas ni. Hehe

K dah penutup. Mak jemah tengah tinjau rakyat jelata. Mbahaha


Sabar menunnggu kad Citadelle sampai kat rumah. 
Dua minggu katanya. K kita tunggu. Jumpa lagi Citadelle ;)



Thursday, March 6, 2014

Apa itu One Day One Juz ?


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah pilih aku untuk masuk dalam golongan ini. Mereka sangat hebat. Masha Allah.

Mana tahu pasal ni ?
Dengan izin Allah, mim terserempak dengan page One Day One Juz Malaysia di homepage facebook, ada seorang sahabat share kan. Berguna jugak facebook rupanya ya. Eh. Seharian jugaklah mim scroll page itu. Seriously, mim was like wujud ke usaha usaha macam ni ? Lagi lagi kat Malaysia ? Maafkan mim, sebab pandang rendah pada negara sendiri. Allah.. Im kagum tengok effort anak muda yang sentiasa dekat dengan alQuran. Subhanallah.

So, apa itu One Day One Juz ?
Okay, actually ini merupakan salah satu kempen untuk membudayakan juga menghidupkan alquran dalam kehidupan. Satu juzuk iaitu lebih kurang 20 helai alquran nak dihabiskan dalam masa sehari macam mustahil je kan ? Tapi subhanallah, dengan izinNya peserta mampu habiskan nya sedar tak sedar. 

Macam mana pelaksanaanya ?
Stepnya sangat mudah. Bagi anda yang berada di Malaysia hanya klik link di bawah :

Insha Allah, anda akan dimasukkan dalam satu group whatApps sebaik sahaja cukup 30 hamba Allah yang mahu menyertai. Kitaran ni akan berterusan. Dalam setiap group, memang akan ada learder nya. So, dont worry. Insha Allah semuanya teratur. Setiap hari, ODOJer akan dapat satu juzuk seorang untuk dihabiskan sebelum jam 8 malam. Kalau kita tak mampu habiskannya sebelum jam 8, boleh 'lelong' dalam group whatApps tu. Insha Allah sentiasa ada yang membantu. Ukhwah ;')




Mampukah aku ? :(
Ini juga soalan yang keluar di benak fikiran mim. Komitmen belajar kelas pagi sampai petang. Assignement yang tak pernah habis. Memang menang perit sikit pada permulaannya. Tapi mim beranikan diri jugak masuk daftar selepas tersedar, orang lain boleh kenapa aku tak boleh ? Masing masing mahu ke  sorga bukan ? Alhamdullilah, team yang hanya kita kenal di group whatApps sentiasa bagi support, bagi sokongan. Mereka ada yang lagi banyak komitmen rupanya. Siang hari bekerja, pulang kerja uruskan hal makan suami anak anak, masha Allah. Kagum ! Mereka pembakar semangat mim ! Lillahi Ta'ala.


''Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai 
juru syafaat bagi pembacanya.” 
(HR Riwayat Muslim)


Ko nak masuk sorga kan ? Nak.
' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih '



Thursday, February 20, 2014

10 Tanda Hati Mati

Sahabatku, ku kongsikan beberapa tanda hati mati. 
Tidak lain tidak bukan,

untuk peringatan ku jua.

1. Mengaku kenal dan cinta Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya

2. Mengaku cinta sayang Rasullah, tetapi mengabaikan sunnahNya

3. Membaca al Quran tetapi tidak beramal dengan hukum di dalamnya

4. Makan nikmat Allah,tetapi tidak mensyukuriNya

5. Mengaku musuh syaitan tetapi mengikutnya

6. Mengaku nikmat syurga tetapi tidak berusaha mendapatkannya

7. Mengaku ada siksa neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya

8. Mengakui kematian akan datang, tetapi tidak bersedia apa apa

9. Sibuk membuka aib orang tetapi aib sendiri terabai

10. Hantar dan iring jenazah ke kubur tanpa mengambil pengajaran darinya





Allahu, terasa diriku begitu kerdil di bumi ini.
Moga bermanfaat




Thursday, January 2, 2014

Pengalaman Hidup di Bumi Perancis

Assalamualaikum warahmatullahirabarakatuh.

Baru beberapa bulan, terasa macam terlalu awal untuk mim taipkan komen mahupun kritik terhadap budaya hidup di negara Eropah ni. Belum cukup pengalaman untuk diceritakan. Namun, memandangkan ramai teman yang menanyakan. Di sini mim coretkan serba sedikit ya. Insha Allah. Mungkin boleh membantu pembaca yang akan further study di sini or voyage di sini ke. Who knows kan ;)

Macam mana life kat sini ? Okay tak ?
Ohkay, ini soalan paling famous so far. Hehe. Susah juga nak jawab sebenarnya. Alhamdulillah, semua okay kat sini. Cumanya perlukan masa lah sikit nak adapt kan. Seminggu pertama, merah jugak aa mata menanges rindu abah umi kakak meow. Tapi adat lah kan. Nak menuntut ilmu, semua ku redah. Pura pura kental ah kekonon. Gitteww. But seriously, lama lama boleh adapt punya. 


Makanan susah tak nak cari kat sini ?

Haa bukti makanan tak susah nak cari di France.
Macam macam boleh masak. Sate pun hado. Ni sewaktu student gathering Raya Aidiladha.

Ermm, nak kata senang, memang tipu lah kan. Prinsip mim senang je, kalau hang jenis memilih, semua akan jadi susah. Believe me! Walaupun jarang jumpa kedai muslim or halal, but we still have kedai roti. Senang lah nak dapatkan sandwich sardin dengan harga standard 5euro. And the kebab also boleh dapat harga 7euro. Barang barang basah pun boleh dapat kat sini. Biasanya, dalam setiap daerah akan ada kedai asiatic. Thats mean kedai yang jual santan ubi kayu kayu manis semua benda tu lah. Wujud je kat sini. So incase rindu nak makan gulai kari ke hape, boleh masak sendiri. Hihi ^^


Pakai tudung jadi isu tak ?
Alhamdulillah. So far tiada halangan pun nak bertudung kalau nak ke kelas. Kalo orang tengok pelik tu. Alah buat tak nampak je lah ye. Hati kena kental aa sikit. Make sure sebelum datang belaja sini, anda yakin on how to explain why you have to wear that tudung. Sebab orang Perancis sangat lah gemar bertanya dan berdebat. Buat list sesiap kenapa aku bertudung ? Hee

Solat macam mana ?

Bila kat sini, mim perasan satu benda yang positif. Alhamdulillah. Kat sini lebih menjaga wudhuk. Sebelum keluar ke kelas or ke mana mana, make sure diri sudah berwudhuk..
Sebabnya agak menyulitkan bila nak berwudhuk di tempat public. Mostly toilet di sini tak guna air :(
Sumber gambar


Okay ini sedih sikit nak cerita. Memandangkan France mengamalkan secularisme, maka wujud undang undang di mana sesiapa yang berada di bumi Perancis dilarang mempamerkan identiti keagamaan masing masing. Maknanya, takleh solat di tempat terbuka seperti di negara Eropah yang lain. Takboleh berpurdah. Nasib baik tudung diberi kelonggaran. Menyedihkan, dekat kampus mim sendiri tak disediakan bilik atau ruang untuk solat. So we have no choice. Terpaksa solat di bawah tangga or kadang kadang dalam library. Pernah terkantoi dengan pihak pentadbir, terus dia tampal notis. But, we have no other choice. Still solat kat situ jugak. Pandai pandai laa cover line.


Murah ke nak melancong sana sini ?
Hehe. Ni pun soalan femes gak ni. Macam dah jadi trend kat student oversea ni minggu ni jalan sana. Minggu depan ke situ plak. Bajet nya takde lah murah sangat. Sebenarnya benua Eropah ni kecik aje. Kejap je dah sampai sempadan. hehe. So tu lah antara faktor yang membenarkan kami melancong dengan lebih kerap. 

Monday, December 30, 2013

Haut-Koenigsbourg Castle, Alsace, France

Teruskan kembara ke istana zaman purba. Seriously mim tak tipu. Menjejakkan kaki ke Istana lama ni rasa macam dah berada zaman dolu dolu. Alhamdulillah, tercapai hajat hati nak tengok istana ni. Sesapa yang nonton cerita Merlin, sure tergamam kat sini nanti. Hihi. Monolog sorang sorang plak kan. Ooooo ini pedangnya. Oooo macam ni rupanya. 

Ni view Castle Haut Koenisburg dari udara. Cantik kan ?
From puncak ni, boleh nampak kampung kampung kecil kat bawah sana. Menarik !

  Macam mana nak ke sana ?
Untuk ke sana, kitorang ambil tren SNCF dan stop di Gare de Selestat. Bila dah sampai di Selestat, kitorang ambil servis navette atau servis van atau shuttle bas berharga 6euro seorang valid satu hari je. Senang cerita, kitorang ambik pakej tour lah, tapi tanpa guide. Just untuk transport sahaja. Tiket navette ni kena simpan sepanjang hari, sebab nak masuk tempat tempat menarik kat Alsace ni, ada diskaun bila kita tunjuk tiket ni. Yabedabedoo ! 

Van ni akan tunggu di stesen Selestat setiap satu jam. So tunggu je lah ye. Jangan risau, korang tak kan stuck di atas gunung tu, sebab the next hour, memang akan ada bas datang pick up and hantar ke next station plak. Efisen betul diorang ni. Untuk ke Istana ni, jalan dia macam bengkak bengkok and agak bahaya lah. Mim dah berpuluh puluh kali mengucap waktu dalam bas. hihihi. Almaklumlah istana ni memang betul betul atas bukit ! Puncak hokayy

Apa ada kat sini ?
Secara ringkasnya, Istana ni dulu dibina sejak abad ke 9. Sebelum Perang Dunia Pertama lah kan. Istana ni dulu berfungsi sebagai benteng lah untuk tentera Perancis sebab lokasinya pun teramatlah strategik di puncak. Untuk tawaf Castle ni, rasanya mim predict dalam dua jam or lebih. Sebab kawasannya besar dan bertingkat tingkat. Ada empat tingkat hokayy. Perlukan extra energy. Trust me T_T

               

Sangat terpesona dengan struktur binaannya.
Bila kat atas, boleh tengok view di bawah. Sungai sungai and bangunan.

Memulakan perjalanan round Castle. Cantik !
Sebab kami pergi waktu autumn. Daun daun berguguran gituu.

Ni lah rupa sebenar Istana ni. Better fahami betul betul dulu ya,
bimbang ada runag yang terlepas pandang nanti. Ruuuugi. hihi
Kat belakang tu tengah beratur beli tiket.

Harga biasa : 8euro
Harga Diskaun Shuttle Service : 6euro

Satu euro untuk seminit. Tinjau rakyat jelata di bawah.
Alah, mesin ni sama je ngan mesin di Bukit Bendara tu. Hihi

Sempat posing di dataran Istana sementara menunggu sahabat ke tandas.
Pintu ke bilik hukuman. Kata seorang sahabat.
Jumpa telaga misteri. Bagi mereka, campak syiling dalam ni murah rezeki.
Entahlah.

Amazed ! Ruang santapan kerabat. Di dinding nya dihiasi lakaran emmm
Lampunya yang masih berfungsi sejak abad ke sembilan.
Antara ratusan bilik yang ada. Katil kundik dan katil bayi. Nampak berkualiti kayu nya.
Hanya mampu ihat dari jauh. Sebab bilik bilik nya dijaga oleh tali penghadang. Ohhh so saad.
Kamar khas untuk perkakas berkaitan perang perang ni. Takot juga sebab pertama kali jumpa pedang setinggi galah !
Dan ianya dipamer sewenangnya tanpa pengawal ! Tapi alhamdulillah. All went well. ;)

Tangga untuk ke aras seterusnnya. Di mana mana sahaja jumpa lukisan kan ?

Jumpa meriam plak dah. Banyak jugak la meriam depa. Tapi yang ni je sempat snap.
Sebab yang saiz besar besar kena beratuq tunggu turn untuk bergambar. 

Tak sure ini apa. Rasanya sumber air kot. Sebab ada tuil ?

Penat jalan jalan. Kita makan plak. Macam biasa, hanya mampu order Sandwich Sardin je lah..
Ada jugak kedai cenderamata kat sini. So boleh lah beli Poskad ke, magnet ke. Macam macam ada.


So sekian saja travelog untuk kali ni. Hehe. Penat dah mengarang. Harap membantu korang untuk travel europe ye.

Kalau ada pertanyaan, jangan segan silu emel ya ; c1c2syamimi@gmail.com

Sunday, December 29, 2013

Montagne des Singes, Alsace, France

Apa itu Montagnes des Signes ?

Kami meneruskan lagi perjalanan ke Montagnes des Singes atau dalam bahasa Melayu, Gunung Monyet. Dipanggil Gunung Monyet kerana gunung ini menempatkan lebih kurang 200 ekor monyet. Tujuan utama pusat ni ditubuhkan untuk pelihara dan pulihara spesies monyet Barbary macaques yang terancam. Memang best kat sini. Sebab kitorang rasa macam betul betul dalam forest. Dikelilingi monyet monyet comel yang jinak ! Best. Bayarannya, 6,50euro. Not bad lah kan ? Untuk ke sini, korang boleh plan lebih kurang 45 minit je. Tak perlu lama lama pun. Hihi. Manage your time well ^^

                      Macam mana nak ke sana ?
Untuk ke sana, kitorang ambil tren SNCF dan stop di Gare de Selestat. Bila dah sampai sana, kitorang ambil servis navette atau servis van berharga 6euro seorang valid satu hari je. Senang cerita, kitorang ambik pakej tour lah, tapi tanpa guide. Just untuk transport sahaja. Tiket navette ni kena simpan sepanjang hari, sebab nak masuk tempat tempat menarik kat Alsace ni, ada diskaun bila kita tunjuk tiket ni. Yabedabedoo ! And, van ni akan tunggu di stesen Selestat setiap satu jam. So tunggu je lah ye. Jangan risau, korang tak kan stuck di atas gunung tu, sebab the next hour, memang akan ada bas datang pick up and hantar ke next station plak. Efisen betul diorang ni.


Van ni akan bawa kita ke empat tempat menarik di Alsace ni :
Klik kat bawah ni untuk tahu lebih lanjut setiap station navette tu ye ;)
Chateau du Hautes Koenigsburg - A must go place !


Sempat lagi kami berposing di pintu masuk La Montagne des Singes. Gembira semua ya nak jumpa nyetnyet ;)
Waktu ni, beg beg semua gantung wak lek steady je. Bila dah melangkah masuk nanti, please beware ye.
Kawan kawan ramai kat dalam tu menanti nak seluk ! Hihi


One whole family. Sweet. Mama and Dedi usaha nak protect gegirl diorang.

Free popcorn feeding. Lawan rasa geli dan takut. Haha. Actually, tourist dilarang bagi makanan bawak sendiri.
Diorang dah sediakan popcorn sebelum masuk dalam ni. Takyah nak offer pizza ke apa, sebab popcorn lagi menarik bagi diorang. haha

Budak laki ni datang dengan Atok dia. So cute.
Takot takot nak bagi pop corn kat nyet tu. 


Playground untuk kanak kanak riang :)

Masa untuk ke stesen berikutnya. Kat mana kitorang diturunkan, kat situ lah tempat menunggu van datang pick up ya.

Overall, best pegi sana. Monyet monyet yang baik. Tengok renungan mata diorang. Seakan bawa mesej. Hurmm. 'Kujuga layak untuk hidup di dunia. Mungkin itu luahan hati mereka..

Do emel me for more details. c1c2syamimi@gmail.com
Who knows kan, i can be your tour guide ? Maybe.. ;)

Saturday, December 14, 2013

Pesanan Mereka

Dua bulan aku di sini
Mengembara
Masih ada pesanan yang tersimpan
Antara yang masih kekal dalam simpanan

Silap juga, tidak di print screen dari dulu lagi
Sebagian sudah hilang
Auto delete mesej -_-'


Ku anggap di sahabat duniawi ukhrawi.

Teman balik kampung from hostel



Yarh, my doctor. Thanks babe !

My best friend. Childhood day. Love you :*

My driver. Tough girl inside out.

Orang kuat. Inspired much ! :)

My aunt. Sharing secret. Gossip girls

Cerita lama letak ke tepi. xD

Geng praktis memanah. sesma memory

My beloved aunt. Rindu mama, tengok muka maksu. Sama :')


 Terima kasih semuaaa...