Friday, May 4, 2012

Mata Wanita Seribu Rahsia

Assalamualaikum Peace be upon youu ;)

satu dua mula. Baru saja googling, and then, terjumpa something yang mungkin agak menarik untuk disharekan. eh ye ke ? entahlah, mungkin hanya menarik di mata mim, sebab dulu dulu waktu zaman sekolah, kawan kawan cakap mata mim ni saiz tak normal. haih. macam macam lah korang. mim celik, dikatanya tidow. glurpp. tapi, takpe, mim tidak keseorangan. ada lagi yang lain..

Jom tinjau kat bawah.. Apa rahsia mata agaknya. ? 
si mata sepet xD
Saiz mata kecil
peramah. banyak cakap. periang. marah lambat sejuknya. hal bercinta suka tukar pasangan. sooobs. boleh bahagia dgnnya jika turut kehendaknya.
boleh memkelam kabutkan lelaki. *taktahu macamana nak explain ;DD  

Saiz mata sedang
sederhana ketrampilan. tidak banyak berahsia. ada pertimbangan.bertanggungjawab. perlukan belaian mesra suami. erkk. *ini hal subjektif mungkin o.O

Saiz mata lebar
cukup kuat berahsia. otak kurang cerdas. pemarah. bertindak tanpa fikir panjang. tiada arah tujuan.
mudah putus asa. sangat setia. walaupun contres melebihi pros, tapi, i love it much much. it's perfect in my eyes ;)

Mata jarang berkerdip
wanita ini istimewa. bijaksana. budi pekerti. setia. bertanggungjawab. tidak cerewet. membantu. membahagiakan dan menceriakan.
Wahh ! ini memang terbaek. okayy, from now on, nak kontrol tanak kerdip kerdip mata dah. barulahh jadi istimewa ;)

okayy, dah dah, tak dapat oden nak listkan semua nya. yang terpilih sudah ;)
apa apa pun, ini hanyalah santapan mata untuk dibaca, bukanlah untuk dipercaya hundred percent.


sebelum warkah ini berakhir, 
someone told me that,
''Bunga yang cantik, jarang yang harum.''

Monday, April 23, 2012

La Guerre d'Etudiante

 Perang pelajar bagi mim dah dekat. Kurang dua bulan dari sekarang.
InsyaAllah, everything gonna be okayy ;)





'' Genius is one tenth inspiration and nine tenths perspiration ''
by Thomas Edison

examination DELF B1 please be nice to me. Thanks !
and lastly, good luck to me ! hehe ;)

Friday, April 20, 2012

Word ...




''Love is just a word until you find someone 
to give it a definition.''



Sincerely,            

Monday, March 26, 2012

Allah lebih tahuu

Assalamualaikumm.

Kekok rasanya tangan menari nari di papan keyboard, haih. dah lama rupanya mim abaikan encik belog ni. kasihan. kasihan. jejari pantas menari sejak detik itu. nak kata genting, tak genting, nak kata penting, euhh, no komen. mungkinlah. permulaan hidup baru ;')

Menginjak dewasa
Ya. mim dah besar rupanya. kalau di era 60 an, bak kata orang tua, anak dah berderet deret dah. tapi, di zaman millenium ni, pemikiran dah berubah, gaya hidup for sure lah kan, perubahan mendadak. dan mim ? bila mahu berubah ? sampai bila di takuk lama ? umpama anak burung menunnggu disuapkan umpannya. oh tidak. satu tidakan harus diambil. # setelah disedari ada yang tak kena berlaku dan itu berlarutaaan. yeah. aku harus berubah !

Tersalah menghargai
Next month birthday si dia. next month anniversary kami. apa lagi ? everything about us, memang tercatat rapi dalam minda mim. dah tak perlukan reminder or alarm or all kind of the bahan untuk mengalertkan mim. memang alredy alert. oh tuhan ! terima kasih sedarkan aku. rupanya aku dah jauh tersimpang. mengingati tarikh penting insan yang belum tentu pentingnya, berbanding yang memang penting dalam hidup aku. how come diri ini boleh lupa birthday mama. sedangkan birthday sidia yang jaraknya masih berbulan bulan sentiasa diingatan. naif nya aku.

Tersungkur di jalan itu
syukur ya Allah. masih belum terlambat untuk mim berubah. berubah ke arah yang lebih baik, mungkin. insyaAllah. mim sedar. selama ni, mim dah banyak tersilap langkah. kurang memberi penghargaan untuk yang sepatutnya. oh ya ! rupanya, sebelum ini, mim hampir membelakangkan keluarga sendiri. nauzubillah. ada orang lain yang lebih utamakan berbanding darah daging sendiri. mim silap, bila dapat sesuatu berita gumbira, bukan family pihaak yang pertama tahu, bila mim hadapi problem, baru mim sedar, bukan family yang mim cari. even, menerusi handfon, yeah, mim tersedar, lebih banyak masa dihabeskan untuk bukan yang sepatutnya. mim silap, bila lebih kerap menghubungi sidia berbanding abah dan mama mim sendiri. khilaf diri ini ;')

mim boleh berubah. insyaAllah, bukan berniat untuk memutuskan tali silaturrahim, tidak sama sekali. cuma untuk lebih menjaga batasnya. untuk mim lebih mengetahui, walau apa pun terjadi, family tetap di hati.

Bila jumpa penggantiku,
jangan dilupakan akuu.



Saturday, February 25, 2012

Girl's Outing

Assalamualaikum :)

Our first outing in February
dalam misi menghabiskan wang yang berlebihan xD
refill restock makanan untuk sebulan
musim hibernasi dah nak bermula. salji turunnn. sejukk ! ;)
MidValley, here we go -__-

muka eksaited nak hang out ;D

eemongg in memory ;')
long time ago
gaya mama pilih baju untuk baby baby nya HAHA xD
persediaan mental dan fizikal. teeet

our hana tajima merangkap my roomate
which bread yg paling soddap ni ? hurmm.
scanning for my props.
where are youu mehh..


sekian wassalam perjalanan kami.

ikan buruan
nak masak ikan tiga rasa. slurrrppp !

Thursday, February 23, 2012

Remaja Dewasa

Assalamualaikum..

Tangan keras semacam je nak menaip. Mungkin jadual kuliah yang semakin padat menjadi penghalang. Mungkin kekurangan idea. Mungkin dunia blogger bukan lagi medium yang mim rasakan selamat untuk bersuara. dan segala serba serbi kemungkinan boleh berlaku.

Terdetik rasa hati nak share something. Since, baru baru ni, memang hangat dibincangkan soal nikah khitbah, cinta selepas kahwin, ciri ciri suami isteri pilihan and so on lah kan. and waktu pembelajaran Ethics, kelas mim tak terkecuali untuk bincangkan isu ni. ishh. seriously, sumpah, tak rasa macam dah bersedia untuk discuss about this scary issue. rasa muda lagi kot.. Grrrr.

our class begin with a simple IQ test by our very open minded ustaz, Ustaz Secret. Thanks to him. yarh, mim akui, day by day, mim dah rasa makin matang dalam handle emosi, percakapan, dan juga pemikiran. thanks again ustaz. rupa rupa nya, statement ''Agen pengubah sesebuah masyarakat adalah guru'' itu teramat lah benar.

okayy, back to the topic, Remaja Dewasa


< we discussed together >


frankly, waktu class discussion Ethics, terlintas, ohh, rupa rupa nya classmate aku ni dah matang. dah ada prinsip hidup. dah boleh bagi list suami isteri isteri idaman. not to say idaman lahh, better guna istilah suri hidup ataupun peneman hidup. tadi kitorang bincang pasal ciri pilihan hati. ouchh. tajuk paling mim tak suka, bila dibawa secara formal. the most exciting, ustaz ask us, one by one, apa ciri ciri pilihan hati anda ?

dan reaksi mim, haa ? what ? tak kan nak share dengan satu kelas ? c'est impossible. dunno why, tangan terketar ketar, suara tersekat sekat nak sebut all the ciri ciri or even one !

serius, seronok dengar ' taste ' kawan kawan sekelas mim tadi. saya nak ni, saya nak tu, saya tak nak ni, seboleh boleh nya, haha. macam macam keletah rupanya. ada yang tetiba mengalirkan air mata. sedih katanya. taktahu kenapa. haha mungkin risau ciri ciri tak menjadi kenyataan. yang lain plak, nak yang tinggi, rendah, professional, beragama dan so on lah. tahniah ! seawal usia 19 tahun , korang mampu plan masa depan korang, merangka baitul muslim.

dan mim tertarik dengan pemikiran one of my classmate, lelaki, mungkin namanya perlu dirahsiakan. :) gaya pemikiran yang boleh buat mim terdiam, terdiam dan berfikir sejenak. macam tak percaya pun ada. -___-

'' Apa ciri ciri isteri pilihan awak ? '' 
that guys give this answer ;

tidak seperti respons kaum Adam yang lain. yang mungkin lebih ke arah sifat fizikal, ketrampilan luaran dan sebagainya. seriously, tergamam. oh, wanita punya peranan lagi besar dalam mencorakkan baitulmuslim till jannah. InsyaAllah. 

'' kahwin antara classmate mampu mengeratkan silaturrahim yakni semangat batch. nak percaya atau tidak. short messege from our ustaz. we're just fifteen for six years. any thing can happen . aku doakan dua orang classmate aku ni akan bersatu nanti, i'm happy to see both of youu with a wedding dress in the future. amin ;) ''

Sunday, February 5, 2012

Wahai Hati

Perempuan bila dah jatuh hati
parah parah parah
pandang cermin, nampak arjuna
tidur malam mimpi teruna idaman
parah .



Ya Rabb, sampaikan salamku padanya. Ya Allah, lindungilah hati kerdil ini.

Tuesday, January 31, 2012

Serius

Serius, itu bukan gurauan.


Terimakasih atas gelak tawa anda semua. Papai.

Sunday, January 29, 2012

Tragedi Dragon

Assalamualaikum.

Orang tua kata, rambut Melayu sama sama hitam, tapi HATI ?

Wallahua'lam.. tiada siapa yang tahu. Terfikir fikir jugak kenapa lah keluarga aku yang kena ? Kenapa tak famili bedah ke ? Kenapa kami ? kenapa dan kenapa.. haih. Abah cakap, ''jangaaan. sabar. ada hikmah la tuu. tiba masa Allah nak tarik balik nikmat pemberianNya...''

Ye. ye. Abah memang tenang. cool. walaupun ini dah termasuk kes polis. Umi masih tak senang duduk. dan mim ? hanya berdiam diri , mungkin seakan mengerti apa yang berlaku . akak, walaupun jauh di rantau, tidak henti henti sms tanyakan apa apa perkembangan *_*
tidak tenteram.  mungkin buruan kamu lagi . . .
Kejadian
tak disangka sangka, dapat berita daripada umi, rumah kena pecah masuk ? Astaghfirullahalazim. rasa macam baru je baca kes Kak Wardina, yang dirompak. kini, giliran kami diuji. Abah tersenyap. terkejut mungkin. silap kami juga, selalu tinggalkan rumah. kosong tidak berpenghuni. apakan daya, demi tugasan, kami merantau lagi. rumah itu sepi. Abah dan umi bergegas pulang ke rumah. periksa setiap bilik, setiap bucu dan ceruk. dan sah ! memang dimasuki pencuri. barang berselerakan usah terkira.
keadaan bilik mim berubah selepas kejadian.
yang di sana di lantai, yg disini dicampak. !
Kehilangan
kami bukan lah keluarga berada. kehilangan walau sedikit cuma, nilainya agak besar di mata kami. kejamnya kamu pencuri ! kasihan kat Abah, laptop yang masih fresh lesap dikebas, habis melayang kertas kertas kerja. Arghh. mana nak cari ganti ? umi masih sedih, jam tangan kesayangan hilang sekelip mata. yang tinggal hanya lah warranty card. . tapi, untuk apa lagi ? barang kemas semua lenyap tanpa tinggal seutas pun. hadiah pemberian sewaktu perkahwinan turut kau sapu. barang barang lain tak usah disebut. buat sedih  saja. benda dah terjadi. nak salahkan siapa ?

Wahai pencuri
semoga Allah buka kan hati kamu. insaflah. insaflah. insaflah. moga Allah buka kan hati kamu. Amin. tahu kah ? kami dalam ketakutan. pesanan pihak polis sentiasa di patuhi. bimbang kejadian berulang. kami tak digalakkan meninggalkan rumah, walau sesat pun tanpa penghuni. kerana apa ? kerana kamu. ya ! kerana kamu. semua kunci pintu utama, depan, belakang, sisi, bilik bilik pun kamu ambil. semua di tangan kamu. ! oh, bijaknya kamu. mungkin persediaan di masa mendatang. kami rasa terancam. bahaya ! moga Allah bukakan hatimu, kembalikan lah.

Kami tiada berdaya
hanya mampu berdoa. serahkan kepada pihak polis yang mungkin jauh lebih arif. siasatan dijalankan. rumah kami didatangi pihak polis. bukti bukti telah diambil. beberapa keping gambar turut diambil. terima kasih atas kesan yang kamu tinggalkan. terlalai mungkin. sibuk menelan makanan kami di dapur. limau cina pun mahu kebas ? ambillah. kami halalkan. tapi, barang-2 yang lain... mungkin belum.. oh ya, thanks to pihak polis.


Akhirul kalam, semoga Allah bukakan hati kamu.

Amin.

Saturday, January 28, 2012

Kawen Punya Pasal

Assalamualaikum. Senyum senyum senyum.

Macam mana nak mula ye ? Heee.

Nak dijadikan cerita, sekarang ni kan cuti Raya Cina. So, banyaklah family mim dapat undangan kenduri kahwen. Alhamdulillah. *Jimat beras rumah aku ! Erkk. ke situu plak. haih.

Segalanya bermula. Suspens je lebih..

Situasi :
Selamat Pengantin Baruu.
ini gambar hiasan. tiada perkaitan dengan kesah ini.

Abah ngan umi sedang kalut kalut persiapkan diri, pakai lawa lawa. Umi manis berkurung, abah sweet walaupun ber tshirt aje. Heee. Konon nak pergi majlis kahwin sahabat mereka. Mim berdiam diri, layan hindustan. eh, silap, layan assignement lah. *toink toink !

Si Abah : Eh, apesal tak siap siap lagi ni ? dah lewat dahni.
Si Anak : Apesal lak bah, abah ngan umi je lah pegi. ta nak ikut.
Si Abah : Alaaah. dekat je pun. jom . 
Si Anak : tanak. tanak. letih la. Nak buat kerja sikit lagi ni. takpe lah. 
Si Abah : bagus lah bagus sangat. bagus bagus.
Si Anak : bagus, Abah ? *muka blurred berkerut seribuu.

Si Abah : ye lah, bagus lah. orang kawen tanak pergi, mimi kawen nanti, duk sengih sorang sorang atas pelamin. semua orang ada keja. takleh datang. nak ?

*Si Anak berfikir sejenak dua jenak, tiga jenak...

lantas spontan lancar terkeluar .....

Si Anak : eh eh. Abah tunggu jap. nak siap siap. nak ikut jugak lah. hihi. 
*senyum kulat kulat

Si Anak pun melangkah longlai ke arah almari pakaian, terus bersiap siap ala kadar. dalam hati, takpe, janji aku dah pergi. heee. ntah ikhlas ke tidak. takpe lah, janji, aku kawen nanti tetamu datang berduyun duyun. ops !


Moral of the story :
Kepada anak anak gadis dan jejaka jejaka hensem zaman era millenium metroplitan sekalian, cuba cuba lah berinterkasi dengan masyarakat setempat. *interaksi dalam facebook tak dikira ye. huuu. tunjukkanlah muka anda bila ada aktiviti kemasyarakatan mahupun kenduri kendara. akhirul kalam, hormati orang lain untuk dihormati. teeet.


p/s : sedap ngat gulai daging tadi. hehe. terbayang diri sendiri kawen plak. wink wink ! -,-