Monday, May 26, 2014

Part 1 : Pencarian Housemate Bumi Perancis



Bismillahirrahmanirrahim


Gambar dirakam di Bandar Rome, Italy


Rasanya readers dah sedia maklum yang Mim adalah pelajar Linguistics di negara Perancis. Mim sedang mempelajari asal usul bahasa Perancis, faham dan juga mencuba untuk hadam. Mim sedang usaha habiskan pengajian di peringkat degree selama tiga tahun di sebuah bandar kecil di Perancis ni, Sudah lapan bulan berlalu dan insha Allah masih punya dua tahun setengah sebelum menamatkan pengajian. 
*wink wink wink*


Okay, back to the main topic. Seperti yang Mim bagitahu kat atas, sudah lapan bulan Mim mengembara kat sini. Sedar tak sedar kan. Mim fikir fikir semula, lapan bulan tu tempoh yang agak lama. Sepatutnya Mim mungkin dah sampai peringkat paling kurang pun mampu berkomunikasi dengan sempurna untuk perbualan perbualan harian. Tanpa tergagap gagap lagi. Tanpa bunyi pelat. Paling kurang pun dah ada rentak retak perancis tu. Hehe. Ni.... serius rasa macam slow je perjalanan nak belajar bahasa. Macam tak ada perubahan. Hari demi hari rasa macam biasa je. Tak ubah waktu preparation kat Malaysia dulu. 



Mungkin sebab Mim terlalu malu untuk berkomunikasi dengan orang awam
Mungkin sebab Mim gagal untuk mencari kawan berlainan negara
Mungkin juga sebab Mim sedang berada di zon selesa bersama rakan senegara
Mungkin juga bahasa Perancis terlalu asing untuk Mim


Lalu Mim berusaha untuk mencari penyelesaian. Seakan rasa kecewa dengan diri sendiri. Dahlah guna duit biasiswa kerajaan, dihantar jauh belajar luar negeri ni. Mim patut kaut sebanyak mungkin ilmu pengalaman berguna. Siapa tahu nanti jadi pembakar semangat bakal anak murid Mim kan ? 

Permudahkan lah. Amin


Selepas berdiskusi dengan Abah, pakar motivasi, agamawan, beberapa kenalan rapat, sahabat yang pernah serumah non Muslim, juga berbincang dengan pensyarah. Maka Mim mengambil keputusan untuk tinggal sebumbung bersama warganegara Perancis. Semua masih dalam perancangan. Insha Allah, moga ini pilihan yang terbaik mudah mudahan. Langkah diatur perlahan lahan.


Once Mim bersetuju untuk serumah dengan warganegara asing, which in French people bermaknanya Mim harus kena dan sudah bersedia dengan macam macam consequence yang mungkin menjelma nanti. Papepun, moga ini pilihan terbaik. Go cikgu Mim gooo !


"...learners of languages need to learn about and understand cultures..."





Friday, May 23, 2014

DALF C1

Go kawan kawan go !

Insha Allah hari ni sahabat Mim akan duduki peperiksaan DALF C1. 
Hurmm kiranya agak penting lah jugak exam ni. Buat elok elok ya semorang ! ;)


Jangan gabraa gabra. Buat lek buat cool je ye.
Allah tolong, kita kan dah usaha.
Allah will do the rest !




Ayam Planoise


Assalamualaikum

Cuti kampus. Alangkah indahnya buat jadual hidup tanpa kelas. Takda lah terkejar kejar sangat. Sekali sekala cuti kan. Okay, pagi tadi, Mim ke Planoise dengan seorang sahabat, Diba namanya. Hajat mahu beli something sikit lah untuk meraikan sahabat yang bakal habiskan peperiksaan DALF esok hari. Insha Allah semoga semuanya lancar ya !




Planoise ni actually macam pekan kecil kat Besancon ni. Ambil masa kira kira 15minit by bas dari bandar Besancon. Juga dikenali sebagai perkampungan Muslim. Sebabnya mostly penduduk dekat bahagian tu adalah Muslim. So memang agak dikenali lah dalam kalangan pelajar Malaysia Muslim. Hihi. Nak dapatkan stok ayam daging halal terus je datang sini. Murah pun murah. Pakcik jual ayam kat sini subhanallah sangat lah pemurah. Hari tu dah dapat dah percuma ayam sekoq. Sekoq baq hang ! May Allah bless you Pakcik ! 


Nak dijadikan cerita, bajet duit kami dah agak semput semput dah ni. So tadi waktu ke kedai ayam Halal Pakcik ni agak lama jugak berbincang. Berapa banyak ayam nak beli ni. Seekor cukup ke. Mim surrender perihal masak masak ni. Memandangkan Diba memang jauh lagi power dari Mim. Hehe. Kami tanyakan Pakcik,

'' Ayam seekor boleh potong lima belas ke pakcik ermm ? ''

Agak tebal juga muka nakk tanya camtu. Tapi takpelah. Bajet tak mengizikan nak mewah mewah. Reaksi muka pakcik tu macam tak berapa setuju aje kot. Mungkin sebab potong lima belas sudah tentu lah kan kecik teramat ayam tu. Fikir punya fikir, akhirnya kami pun decide ambik ayam yang saiznya agak besar lah. Makan pasti kenyang lah saiznya tu. Letak ketepi harganya. Hurm.


Pakcik potong potong kan ayam. Bungkus leklok. Total kan semua. Kami pun keluarkan duit nak bayar. Kalut juga lah, bimbang duit tak cukup. Maha Suci Allah, ada seorang pemuda yang kebetulan menunggu giliran bayar di kaunter dengan senyumannya ; 

''takpe saya bayarkan, simpan duit kamu dik''

Macam tu lah lebih kurang ayat dia. Mim pun dah lupa dah. Terkejut sangat tadi ada orang nak offer bayarkan. Ummm rasa terharu pun ada. Sedih pun ada. Memang dapat rasa ukhwah antara Muslim kat sini. Tolong satu sama lain. Dia cakap faham lah lifestyle student ni. Kadang kadang kewangan tak mengizinkan. Segan jugak sebenarnya, tapi dah dia offer kan. hehehehe 


"Mencegah diri dari berbuat kejahatan 

itulahsedekah." 
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Monday, May 19, 2014

Sembang Kosong Bawa Gelisah




Kehidupan di Besancon yang mungkin mematangkan aku, walau hanya seinci. 
Well seinci pun okay lah. Janji ada peningkatan, right ?

Okay, alkisahnya semalam Mim ada usrah kat tepi Gare d'Eau. K, bukan nak cerita part usrah tu. Nak coretkan beberapa kejadian lepas usrah tu. Hurmm. Dalam perjalanan balik ke hostel which is my hotel lah kan, Mim hanya berdua, dengan usrah mate sorang. For sure lah perempuan. So jangan risau lah ye ;)  Disebabkan hotel kami agak jauh lah dari tempat usrah tu maka kena lah naik bas kan.

Dalam bas, entah macam mana terkeluar lah perbincangan pasal nikah kahwin. Like seriously, Mim dah kurang gemar cakap pasal ni. Hew hew hew. I think Mim dah melepasi range umur terkinja kinja cakap pasal Mr Right sampai larut malam tu. Maybe sebab Mim dah mula buka mata banyak laaaaagi benda lain yang kena Mim baiki. Baik pulih. Elleh rumahku syurgaku konon. Tangga simen tiang rumah ntah ke mana lagi tu. Hahaha.


But seriously, persoalan yang baru saja sahabat Mim ajukan seolah olah ermm emm, tak perlu dijawab kot. Riak muka Mim of course lah berubah. Maaf kalau sangat obvious. Mim dapat rasa macam darah zzzup berhenti mengalir dah. Taknak dengar soalan tu. Macam macam emm entahlah. 


'' Kau tahu kan lelaki Malaysia, I mean lelaki yang belajar Malaysia takda rasa nak pikat gegadis yang belajar oversea ni. Tahu kan kaan ? Apa kau rasa Mimi ? takut tak kalau nanti takda orang nak ? ''



Gigil. Gigil. Gumam.  Gamam.


Subhannallah. Gigil terdiam tu bukan sebab tak laku or what, tapi ada faktor lain sahabat. Tak pernah terlintas pun Mim nak persoalkan jodoh ni. Mim tahu lah awak sudah dipetik orang, sudah jadi tunangan orang. But that question just break my heart okay. Just like erghh a ton of stone jatuh bedebok atas kepala. Soalan tu menarik untuk dibincangkan. Mim boleh considered lah nak spend masa one hour even more pun untuk tahu lebih lanjut kan. Lebih lebih lagi sujet ni agak rapat dengan kita. But.... girl, please be aware of your tone, expression of your eyes, your word.. 


10% of conlifts are due to difference in opinion.
90% are due to wrong tone of voice.
:'(

Sorry to say, but.. you just broke my heart. Just beware next time okay !
Cara pandangan mata awak, tona suara awak, seolah olah awak pandang rendah kat saya. Masha Allah rasa diri ni macam takde nilai dah. Why so annoying ? T_____T


You dont have to reponse. Maybe its my fault. I have to refresh back. Maybe I did something wrong ? Maybe Allah wanna test my patience level ? Have faith in Allah Mim. He's the best planner insha Allah! 


Im just thank to Allah Azwajjalla sebab beri Mim kekuatan untuk jawab persoalanmu sahabat, even ton suara dah turun naik. Nak nangis lah tu kot. 

'' Allah dah tentukan semuanya awak. Kalau jodoh saya tak ditakdirkan di dunia, insha Allah kami jumpa di syurga''

Sunday, May 11, 2014

10 Tips Percutian Bajet di Eropah

Assalamualaikum and hai everyone ! Okay lets go !


Apa tips tips mahu bercuti di negara negara Eropah ?


Like a boss. Plan to go here and there :)


1. Reserve tiket flight awal awal. Bagi aku, tiga bulan tu okay lah. Dah start book dah. Compare betul betul company mana yang offer tiket murah. Rujuk website Skyscanner ni untuk compare harga flight. Biasanya, harga tiket berbeza jugak ikut tempat kan. Contoh kat France ni, company Easyjet memang famous lah untuk student. Ala ala AirAsia dia punya servis. So kalau nak ke Italy German France Suisse Istanbul Amsterdam tu boleh guna servis ni. Disaraankan :)


2. Untuk penginapan. Ini kurang sesuai untuk perempuan. Tapi aku layan je. As long as partner travel sanggup, and yang penting murah dan tak ganggu kita punya tugas as a Muslim. Seriously, cari hostel for backpackers je. Jimat dan biasa biasa saja. Alah korang beli tiket filght mahai mahai bukan untuk tidur kat tempat baru kaaan, of course nak jalan jalan. So simpan duit korang tu untuk entrance site site menarik not for luxurious hotel okay. Hehe. Ni yang aku selalu usha kalau nak travel Booking.com dan juga Hostel.

Ni hostel kitorang waktu di Amsterdam. Sepuluh orang sebilik sekali bilik air, all girls, dapur, peti ais, micro vawe, towel, conforter and so on lah. Plug pun sorang akan dapat satu tepi katil masing masing. So no need to wait for your turn nak charge battery camera or what so ever, right ? Tapi still saya prefer untuk bawak extension jugak. Hehe. Dua untuk kamera, satu untuk phone, satu untuk powerbank. Ish ish teknologi T__T


3. Please kaji betul betul pasal tempat yang nak pergi tu. Especially bila nak ke negara empat musim. Contohnya kalau nak ke Amsterdam musim sejuk. Itu tak kena lah kan. Since Amsterdam terkenal dengan ladang tulips terbesar tu. Eloklah pergi musim bunga. Ini penting sebab nak tengok jugak kan keperluan pakaian yang nak dibawa. Mana lah nak sama wintercoat and tshirt pagoda tahan panas tu. Ye dak ?

Pergi Amsterdam musim bunga, so dapat lah tengok bunga. Subhanallah lawooooo :')


4. Prepare Apps dalam phone anda. Sebolehnya yang boleh berfungsi tanpa internet, Apps offline. Ini seriously penting tahap gabak dah. Especially city map and plan public transport macam line tramway bus semuma tu. Mostly negara Eropah, public transport memang mencukupi dah untuk travel dari satu tempat ke tempat lain. Seingat aku, tak pernah lagi nak visite sampai kena call teksi. Hehehe. Antara yang aku pernah guna ; 9292 untuk Amsterdam dan RATP untuk Paris.


5. Wherever you are, whenever you walk, whatever places you go, please please be aware of your personal belongings. Especially kota kota besar macam Paris, Amsterdam, Rome and so on la. Hati hati. Ramai orang duk perhati korang. Tunggu masa je nak terkam. Yang gegirl jangan duk sewonokk sangat selfie here and there sampai terlupa pasal tas tangan. K remind diri sendiri ni. Hehe. Dalam metro or subway especially, jaga beg korang. Member saya dah pernah kena. Lecturer pun dah. Sekelip mata hoi. Tipsnya ; sedia kan beg silang kecik muat muat untuk duit and beberapa identity card je. Yang perempuan pakai kat leher sorok bawah tudung. Takpe leceh sikit janji selamaaaat. INGAT sebelum KENA.


6. Jalan jalan jugaaa, solat jangan lupa bang! Eh. Sepatutnya yang ni list number satu. Tapi takpe lah. Kang karang kena cop bajet alim pula. Astaghfirullah. Cuba bawak fikir positif sikit Mim. Hehe. K kepada travellers Muslim, jangan lupa bawak keperluan solat. Kompas manual lah utamanya. Saya kurang yakin dengan kompas dalam apps phone tu, tu yang memang kena bawak kompas manual. kalau korang yakin memadailah yang dalam phone tu ja. Untuk yang menginap di hostel bawak sejadah ya. Sebab biasa lah, hostel ni, kadang share sepuluh orang sebilik, sorang masuk pakai kasut, sorang bawak balik arak, sorang bawak anjing. So untuk yakin, bawak lah sejadah. Sembahynag pun tenang je, tak gitu ? And one more, banyak kan berdoa okay. Doa orang dalam musafir ni mustajaaaab.


Since kitorang malas nak bawak banyak banyak barang, sampai aja hotel rehat sepuluh minit. Then keluar cari mini market. Carik makanan lah uols. Biasanya beli pisang je lah. Breakfast pisang, lunch pisang, dinner pun pisang. Hehehe. Takde lah kedekut sangat. Tapi biasanya kitorang akan spend duit sikit last day, untuk makan di restoran ke apa. Just untuk rasa makanan tradisional diorang. Gitu lah.  


7. Then, aku sarankan korang travel by yourself. I mean handle semua sendiri. Tak perlu lah nak beragen agen ni. Bukannya nak kata servis agen tak elok, cuma banyak benda yang korang peroleh kalau korang discover sume tu sendiri. Sesat tu takyah kira lah kaaan. Menda wajib kot. Hehehe. Ye betul, agen akan bawak korang ke tempat tempat menarik, tapi tak semuanya sama taste ngan korang kan. Agen bawak korang ke Zoo, sekali korang ni muka muka muzium. So macam errr. Lagi satu, agak leceh nak travel dalam agen ni, kuantiti ramai like errr, takda privacy. Nak posing teruk teruk kang malu lak nanti orang nengok. Kang dah buruk imej Malaysia. Duta Malaysia lah kononnya ni. Hahaha. K perasan !


8. Jangan lupa bawa makanan! Faham faham je lah orang Asia ni kuat makan. Memang lah agak kolot je kan, tapi, yeah sila rujuk semula tajuk entri ni. Bajet rendah okay. So korang takyah segan silu lah ye bawak bubur segera ke, mihun segera ke. Apa apa je la. Jangan risau nak masak kat mana nak masak. Sebab mostly backpackers hostels memang dia sedia dapur beserta kelengkapan dah. Kalau tak berapa yakin, tanya siap siap kat hostel tu ada dapur tak. Haruuuus! Nanti kang kecewa bawak bubur Adabi sekali takleh masak pun. Hehehe. Dapur, thermos, pinggan mangkuk, pencuci semua. Tinggalnya bawak bahan nak masak je. Jangan lah sampai berkampung bawak budu sambal ketuk plak ye. ^^



9. Akhir kalinya, forget you trolley bag girls! untuk percutian yang awesome. I love travelling bag so much. In love okay. Alah yang beg besar gedabak yang kita galas tu. Senang okay. Memandangkan dalam travel ni biasalah ada waktu kita terkejar kejar flight, terkejar kejar train, nak panjat tangga here and there lagi kan. Jangan bila tiba waktu meruncing cemni, baru lah menyesal, alahai ngape lah aku tak guna bagpack je. Kan senang. Lariii je. Memang orang akan tengok pelik sikit, ye lah Asian girl tingginya setakat mana lah sangat, bawak plak beg gedabak gitu. Kadang beg tinggi lagi dari kepala. Hahaha. Ah lupakan pandangan orang. Ingat, pendek itu cute je. Hew hew hew.

Nak sama tinggi dengan beg dah. Hehe. Ni waktu dekat airpot kat Switzerland. Flight sampai je, bangun ambik beg atas kepala (cabin) and then keluar. Takyah tunggu beg kargo keluar ke apa. Trust me, double senang lah travel dengan travelling bag ni ;)



10.  Taktahu apa nak share dah, sebab banyak sangat tips. Haha. K sesampai saja di bandar yang korang nak pergi tu, the first thing is cari mana letaknya Tourism Office. Please ya. Sebelum office tutup, sebelum korang sepuluh kali sesat, sebelum booking hotel korang tercancel sebab lambat sampai and sebelum apa apa je lah. Okay korang pergi sana mintak maps city tu. Kalau boleh minta dia lorekkan kat mana train station, kat mana main road and apa apa yang penting lah. And kalau terdesak sangat, tunjuk je alamat hotel korang. Mintak dia explain. Kang lagi senang pencarian tu nanti. Hehe. Jangan risau takde charge punya. Sebab ini governement punya. Lain lah kalau korang termasuk dalam kedai agent ke. Hehehe. Tak habis habis nak boikot agen. Ops.


K tu je lah tips nya so far. Harap berguna untuk bakal bakal travellers muda. 
K bon voyage!




Thursday, May 8, 2014

Approaching 21

Subhanallah Maha Suci Allah. Beberapa hari saja lagi, umurku bakal menginjak ke umur 21 tahun. Lama sudah aku di bumi. Lama sudah aku menghirup nikmat nikmat oxigen pemberian Allah. Lama sudah aku dikelilingi malaikat malaikat kecil di sekeliling samada hadir buat sementara mahupun hadir yang seketika. Semua ku hargai. Semua ku sayangi.




Terpukul dengan macam macam dugaan hidup. Sebolehnya tak mahu lalui detik hari lahirku nanti. Yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Terus ke hari 14 Mei boleh kah. Aku tak rasa aku perlukan 13 Mei. Oh mim! Dulu biasalah budak budak kan. Hari lahir ulangtahun maknanya kek di sisi, belon belon lagi. Nyanyian usah di kiralah. Tapi aku tak rasa aku perlukan itu buat masa sekarang.


Cuba fikirkan Mim. Macam mana kau boleh bersuka suka tiup lilin, suap menyuap kek, tanpa insan yang lahirkan kamu ? I miss my mom. Entah. Aku rindu sangat sangat pelukan arwah mama. Tak sanggup rasanya mahu raikan hari kelahiran tanpa mama, insan yang lahirkan aku.


Monday, April 21, 2014

Vacation Citadelle Besançon Franche-Comté


Hai and assalamualaikum all :)


Sempena cuti printemps, voila, we alls decide untuk ke Citadelle of Besancon diilhamkan oleh Monsieur Vauban atas arahan King Louis XIV. Secara ringkas, ini sebenarnya kubu pertahanan kerajaan France abad ke-17 dulu. Kos pembinaannya tersangatlah mahal sehingga dilabel ''Walls of Gold''. Kelas kauu jah! Dengan keluasan sebelas hektar kat atas atas bukit, maka luas lah kawasannya dengan macam macam monument penting kat atas sana tu.

Oh yaa, kat puncak ni, ada dibuka zoo juga. Best ! Zoo dibahagikan ikut kategori. 

Okay. Inilah yang kita dapat lihat. Berbaloi baloi kena penat panjat tangga sikit. Hihi. Boleh nampak keseluruhan bandar kecil Besancon. Sungai tu plak dipanggil Sungai Doubs. Subhanllah, so cantik !


Okay. Ini plak drama sebelum masuk. Since kami student kat area sini saja, so rasanya berbaloi je untuk langgan untuk setahun. Did you know that i love animals ? Wahaha. So kalau buat annual ni, lain kali boleh datang lagi takyah bayar dah. leulz. 

K ni sedikit update pasal entrance fee : 
Full Price : 9,60 euro
Student/Penganggur : 6 euro
Under 4 : Free
Family pakej : 30 euro

Okay, and then, kalau nak khidmat tour guide, tambah 0,50 euro je untuk seorang. Wow. So murah. Tapi kitorang tak ambil pun, since pergi hanya untuk posing posing. Haha


Picnic time ! Sekarang musim bunga, so cuaca memang sangat lah sesuai nak piknik bagai ni. Best jugak kumpul ramai ramai macam ni. Buat potluck! Thanks kawan kawan masak sedap sedap. Ada sandwich, makanan korea, kek from Italie katonya, strobewi, air macam macam perisa, bubur lambuk and so on lah. Wahhh im so in love ! 


 Classmates. Bagi can lah kat diorang nak posing sekejap. Yang berkaca mata hitam tu lah yang masak masakan korea tu. Soryy lupa apa dah nama makanan tu. Tappi sumpah sedaaap! Sekejap je dah habis. :D


 Geseran violin menggetar sungguh. Syahdu syahdu gitu. Yang show ni, tak selalu ada. Hanya dua hari ni je. Sempena perayaan Pacques. So nak cakapnya, kitorang bertuah ah ni boleh tengok show high class free free ? Hew hew hew


 Concert musikal. Nyaman sungguh. 


And again. Open show. Camni lah gaya pemakaian askar askar French zaman dulu. Nice. Merah putih and biru memang warna utama meraka. Kat bendera pun, ada tiga warna ni. :D


 Yang ni best! Sebab boleh sentuh ikan ikan ni. Haha. Orang terpilih je boleh sentuh. Dunno why, tapi tiap kali mim masukkan tangan je, for sure ikan terus melencang berenang pergi tempat lain. Aduhh kecewa. 


 Perempuan berhati bunga. Eh


Haiwan pertama lihat. Kira penyambut tetamu lah ni. Ostrich. So tinggi woihh. Ada banyak lah jugak ni. Jalan asyik berkelompok je. Mesti takut kena attact ni. Kat belakang tu tembok tinggi. And boleh naik! So coool ! :p


 Lion dan anak anak nya sedang main. Sangat comel okay. Lama juga habiskan masa kat sini. Tengok gelagat diorang. Anak main sorok sorok ngan mama nya. Awhhh so sweet. Risau taw maknya anak hilang. Sudahnya, anak tu nyorok belakang kayu tu je pun. K tak lawak lah lions :D


 Harimau Siberia. Ada dua ekor je. Laki and perempuan kot. Mim dan kawan kawan berpeluang dengar ngauman nya. Allahu Akbar. Rasa macam tengah kembara dalam hutan tebal je. Sangat kuat bergema bunyinya. Sekali dia nganga mulut, kaku !


 Kambing pun ada. Ambik lah jugak picture sekeping dua. Hilangkan rindu kambing kat kampung. eh


 The monyet gurun. Memang takde pokok pun kat bahagian diorang ni. Ada batu batu. And iorang terror panjat panjat batu. Perghhh


 The bonding time. Tengah menyorok lah ni. Hihi nakal


 Knggarooo. K dah jumpa dah. Tkayah pegi Australia lah lepas ni. Hehe

K dah penutup. Mak jemah tengah tinjau rakyat jelata. Mbahaha


Sabar menunnggu kad Citadelle sampai kat rumah. 
Dua minggu katanya. K kita tunggu. Jumpa lagi Citadelle ;)



Thursday, March 6, 2014

Apa itu One Day One Juz ?


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah pilih aku untuk masuk dalam golongan ini. Mereka sangat hebat. Masha Allah.

Mana tahu pasal ni ?
Dengan izin Allah, mim terserempak dengan page One Day One Juz Malaysia di homepage facebook, ada seorang sahabat share kan. Berguna jugak facebook rupanya ya. Eh. Seharian jugaklah mim scroll page itu. Seriously, mim was like wujud ke usaha usaha macam ni ? Lagi lagi kat Malaysia ? Maafkan mim, sebab pandang rendah pada negara sendiri. Allah.. Im kagum tengok effort anak muda yang sentiasa dekat dengan alQuran. Subhanallah.

So, apa itu One Day One Juz ?
Okay, actually ini merupakan salah satu kempen untuk membudayakan juga menghidupkan alquran dalam kehidupan. Satu juzuk iaitu lebih kurang 20 helai alquran nak dihabiskan dalam masa sehari macam mustahil je kan ? Tapi subhanallah, dengan izinNya peserta mampu habiskan nya sedar tak sedar. 

Macam mana pelaksanaanya ?
Stepnya sangat mudah. Bagi anda yang berada di Malaysia hanya klik link di bawah :

Insha Allah, anda akan dimasukkan dalam satu group whatApps sebaik sahaja cukup 30 hamba Allah yang mahu menyertai. Kitaran ni akan berterusan. Dalam setiap group, memang akan ada learder nya. So, dont worry. Insha Allah semuanya teratur. Setiap hari, ODOJer akan dapat satu juzuk seorang untuk dihabiskan sebelum jam 8 malam. Kalau kita tak mampu habiskannya sebelum jam 8, boleh 'lelong' dalam group whatApps tu. Insha Allah sentiasa ada yang membantu. Ukhwah ;')




Mampukah aku ? :(
Ini juga soalan yang keluar di benak fikiran mim. Komitmen belajar kelas pagi sampai petang. Assignement yang tak pernah habis. Memang menang perit sikit pada permulaannya. Tapi mim beranikan diri jugak masuk daftar selepas tersedar, orang lain boleh kenapa aku tak boleh ? Masing masing mahu ke  sorga bukan ? Alhamdullilah, team yang hanya kita kenal di group whatApps sentiasa bagi support, bagi sokongan. Mereka ada yang lagi banyak komitmen rupanya. Siang hari bekerja, pulang kerja uruskan hal makan suami anak anak, masha Allah. Kagum ! Mereka pembakar semangat mim ! Lillahi Ta'ala.


''Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai 
juru syafaat bagi pembacanya.” 
(HR Riwayat Muslim)


Ko nak masuk sorga kan ? Nak.
' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih '



Thursday, February 20, 2014

10 Tanda Hati Mati

Sahabatku, ku kongsikan beberapa tanda hati mati. 
Tidak lain tidak bukan,

untuk peringatan ku jua.

1. Mengaku kenal dan cinta Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya

2. Mengaku cinta sayang Rasullah, tetapi mengabaikan sunnahNya

3. Membaca al Quran tetapi tidak beramal dengan hukum di dalamnya

4. Makan nikmat Allah,tetapi tidak mensyukuriNya

5. Mengaku musuh syaitan tetapi mengikutnya

6. Mengaku nikmat syurga tetapi tidak berusaha mendapatkannya

7. Mengaku ada siksa neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya

8. Mengakui kematian akan datang, tetapi tidak bersedia apa apa

9. Sibuk membuka aib orang tetapi aib sendiri terabai

10. Hantar dan iring jenazah ke kubur tanpa mengambil pengajaran darinya





Allahu, terasa diriku begitu kerdil di bumi ini.
Moga bermanfaat




Thursday, January 2, 2014

Pengalaman Hidup di Bumi Perancis

Assalamualaikum warahmatullahirabarakatuh.

Baru beberapa bulan, terasa macam terlalu awal untuk mim taipkan komen mahupun kritik terhadap budaya hidup di negara Eropah ni. Belum cukup pengalaman untuk diceritakan. Namun, memandangkan ramai teman yang menanyakan. Di sini mim coretkan serba sedikit ya. Insha Allah. Mungkin boleh membantu pembaca yang akan further study di sini or voyage di sini ke. Who knows kan ;)

Macam mana life kat sini ? Okay tak ?
Ohkay, ini soalan paling famous so far. Hehe. Susah juga nak jawab sebenarnya. Alhamdulillah, semua okay kat sini. Cumanya perlukan masa lah sikit nak adapt kan. Seminggu pertama, merah jugak aa mata menanges rindu abah umi kakak meow. Tapi adat lah kan. Nak menuntut ilmu, semua ku redah. Pura pura kental ah kekonon. Gitteww. But seriously, lama lama boleh adapt punya. 


Makanan susah tak nak cari kat sini ?

Haa bukti makanan tak susah nak cari di France.
Macam macam boleh masak. Sate pun hado. Ni sewaktu student gathering Raya Aidiladha.

Ermm, nak kata senang, memang tipu lah kan. Prinsip mim senang je, kalau hang jenis memilih, semua akan jadi susah. Believe me! Walaupun jarang jumpa kedai muslim or halal, but we still have kedai roti. Senang lah nak dapatkan sandwich sardin dengan harga standard 5euro. And the kebab also boleh dapat harga 7euro. Barang barang basah pun boleh dapat kat sini. Biasanya, dalam setiap daerah akan ada kedai asiatic. Thats mean kedai yang jual santan ubi kayu kayu manis semua benda tu lah. Wujud je kat sini. So incase rindu nak makan gulai kari ke hape, boleh masak sendiri. Hihi ^^


Pakai tudung jadi isu tak ?
Alhamdulillah. So far tiada halangan pun nak bertudung kalau nak ke kelas. Kalo orang tengok pelik tu. Alah buat tak nampak je lah ye. Hati kena kental aa sikit. Make sure sebelum datang belaja sini, anda yakin on how to explain why you have to wear that tudung. Sebab orang Perancis sangat lah gemar bertanya dan berdebat. Buat list sesiap kenapa aku bertudung ? Hee

Solat macam mana ?

Bila kat sini, mim perasan satu benda yang positif. Alhamdulillah. Kat sini lebih menjaga wudhuk. Sebelum keluar ke kelas or ke mana mana, make sure diri sudah berwudhuk..
Sebabnya agak menyulitkan bila nak berwudhuk di tempat public. Mostly toilet di sini tak guna air :(
Sumber gambar


Okay ini sedih sikit nak cerita. Memandangkan France mengamalkan secularisme, maka wujud undang undang di mana sesiapa yang berada di bumi Perancis dilarang mempamerkan identiti keagamaan masing masing. Maknanya, takleh solat di tempat terbuka seperti di negara Eropah yang lain. Takboleh berpurdah. Nasib baik tudung diberi kelonggaran. Menyedihkan, dekat kampus mim sendiri tak disediakan bilik atau ruang untuk solat. So we have no choice. Terpaksa solat di bawah tangga or kadang kadang dalam library. Pernah terkantoi dengan pihak pentadbir, terus dia tampal notis. But, we have no other choice. Still solat kat situ jugak. Pandai pandai laa cover line.


Murah ke nak melancong sana sini ?
Hehe. Ni pun soalan femes gak ni. Macam dah jadi trend kat student oversea ni minggu ni jalan sana. Minggu depan ke situ plak. Bajet nya takde lah murah sangat. Sebenarnya benua Eropah ni kecik aje. Kejap je dah sampai sempadan. hehe. So tu lah antara faktor yang membenarkan kami melancong dengan lebih kerap.